Buku Denaihati

31 August 2013

Joint Color Chiffon Dress

بسم الله الرحمن الرحيم



Joint Colour Chiffon Dress

RM60.00 *include postage*

Material: Chiffon with Silk Full Inner Lining
Measurement: 
Length: 140cm 
Bust: 92cm 
Waist: 60-90cm 
Shoulder: 36cm 
Sleeve: 60cm 


For order: SMS or WhatsApp 0179458752











For order: SMS or WhatsApp 0179458752




Pencarian Bakat JoHaRa ERA kembali lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam petang peeps..




Korang banyak bakat terpendam yang selama ini tak dipertonton kan ? Bakat yang luar biasa ? Jom sertai pencarian bakat JoHaRa ERA yang kini kembali lagi untuk musim yang kedua.


Bakat yang korang boleh serlahkan dalam masa 20 saat korang memang layak untuk menang tawaran hadiah yang ditawarkan. Cukup lumayan sangat.. RM50,000.00 tau.. tak cukup ke? kehkehkeh (^_^)


Untuk maklumat lanjut mengenai Pencarian Bakat JoHaRA ERA ---> http://bit.ly/18nRs7g





Tonton Online: Kampung Girl Episode 6

بسم الله الرحمن الرحيم


 



Alternatif --> Dowload Kampung Girl Episode 6 - ZipS | HotF




Full Episode --> HERE
Have a nice day :)



Tonton Online: Kampung Girl Episode 5

بسم الله الرحمن الرحيم 












Full Episode --> HERE
Have a nice day :)








28 August 2013

6 Manfaat Serai untuk Kesihatan

بسم الله الرحمن الرحيم






Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 


Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 


Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.



Memutihkan gigi 

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 




Mengatasi masalah perut 

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 




Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 




Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 




Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 




Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.




Peluang Orang Muda Beri Idea Bajet 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


Orang ramai khususnya golongan muda dan profesional boleh menyuarakan pandangan dan idea mengenai keperluan mereka untuk dimuatkan dalam Bajet 2014.

Mereka boleh menyalurkannya menerusi Twitter Prebudgetlab2014 atau akaun Facebook PreBugdet Lab 2014 untuk dibentangkan dalam PreBajet Lab 2014 (makmal pra-bajet 2014), yang akan diadakan antara jam 2 hingga 5 petang pada 3 September ini. 


Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata saluran itu diwujudkan untuk memastikan orang muda dan kumpulan profesional tidak ketinggalan dalam perancangan bajet negara. 




Ambil kira keperluan rakyat

Pandangan dan idea mereka amat penting memastikan Bajet 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Oktober depan lebih mantap memenuhi kehendak rakyat.

Kita tidak mahu ada rasa tidak puas hati selepas Bajet 2014 diumumkan. Oleh demikian, Pemuda UMNO mengambil langkah proaktif untuk mengambil kira segala bentuk keperluan dan kemahuan orang ramai untuk dimasukkan dalam bajet.

Semua idea dan pandangan bernas akan dijadikan resolusi dan diserahkan kepada Perdana Menteri sebelum 8 September ini, katanya, semalam.





Jerebu Dijangka Kembali Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم




Malaysia kini dalam keadaan berjaga-jaga apabila bilangan bintik panas bertambah di Sumatera dari 86 ke 308 pada Sabtu lalu menurut Pusat Meteorologi Asean di Singapura yang memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat di kawasan utara semenanjung Malaysia terutama Kedah dan Pulau Pinang.
Pada 9 pagi ini, Sungai Petani mencatatkan bacaa IPU tertinggi iaitu 98. Seberang Jaya (92) manakala di Langkawi keadaannya berjerebu dengan bacaan IPU 84.
Beberapa kawasan yang berisiko juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dan antaranya ialah Bukit Rambai, Melaka (93), Seri Manjung, Perak (89) dan Pelabuhan Kelang, Selangor (80).
Bacaan IPU di antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan atas 300 adalah merbahaya.


Jerebu kembali lagi, bintik panas bertambah di Riau

Jabatan Alam Sekitar masih belum mengeluarkan amaran namun masih dalam berjaga-jaga memantau keadaan. Agensi Alam Sekitar Singapura memberi amaran kepada rakyatnya dan meletakkan negara itu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan amaran jerebu kembali.

Lebih 200 sekolah di Johor, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur diarah tutup apabila bacaan IPU mencecah paras bahaya 300 pada Jun. Situasi bertambah kritikal terutama di Melaka apabila bacaan IPU melebihi 700.
Tiga minggu lalu, kerajaan meminda arahan supaya sekolah perlu ditutup apabila bacaan IPU mencecah 200 mengikut piawaian antarabangsa. 

Jerebu dari Indonesia menjejaskan negara jiran berikutan keadaan kering di antara Mei dan September. Agensi Geofizik dan Meteorologi Pekanbaru memberitahu pembakaran hutan semakin membimbangkan sejak tiga hari lalu.
“Pada jam 5 pagi Rabu, kami mengesan 297 bintik panas sementara jumlah bintik panas seluruh Sumatera adalah 407,” kata penganalis jabatan itu, Warih Budi Lestarim.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru terpaksa menunda beberapa penerbangan disebabkan asap tebal yang mengehadkan jarak pandangan.
Sementara itu, Menteri Perhutanan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan kes berkaitan jerebu  dirujuk kepada polis.
“Polis menahan puluhan mereka yang terlibat. Tunggu sahaja hasil siasatan selesai. Tidak kira sama ada warga tempatan atau pekerja asing, mereka yang bersalah akan dihukum,” katanya.



Virus Kencing Tikus Ragut 28 Nyawa

بسم الله الرحمن الرحيم



 Sebanyak 28 kematian direkod daripada 2,925 kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di seluruh negara sejak awal tahun sehingga 24 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam. 

Beliau berkata, sebanyak 48 kematian direkod daripada 3,665 kes jangkitan virus itu tahun lepas berbanding 55 kematian daripada 2,268 kes pada 2011 dengan Selangor merekodkan kes paling banyak iaitu 806 kes, Wilayah Persekutuan 351 kes dan Perak 299 kes. 

"Jadi, saya minta pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkat usaha mereka memastikan kebersihan,khasnya di premis makanan. 


"Mereka kena buat pemeriksaan yang lebih rapi dan mengambil tindakan terhadap premis kotor bagi mengurangkan bilangan jangkitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 


Dr Subramaniam berkata ancaman penyakit itu, yang berpunca daripada penularan wabak kencing tikus atau leptospirosis, hanya boleh diatasi jika masyarakat menjadikan kebersihan sekitar satu tanggungjawab. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti riadah di tempat berpotensi dicemari seperti berkelah dan berenang di kolam atau sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna. 

"Elakkan daripada berenang atau bermain di kawasan bertakung atau aliran air atau sungai yang perlahan. Elakkan juga daripada meminum air sungai atau kolam yang tidak dimasak, dan dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala penyakit," katanya. 
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata Malaysia bertanggungjawab melaksana semua peruntukan di dalam Perjanjian Antarabangsa Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), yang menggariskan langkah kawalan komprehensif bagi melindungi kesihatan rakyat daripada kesan kemudaratan penggunaan tembakau. 


"Kementerian telah menggaji dan mendapati peruntukan di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh memberi kesan negatif terhadap langkah kawalan tembakau di negara ini dan menjejaskan komitmen negara terhadap konvensyen WHO FCTC. 

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong usaha mana-mana negara atau pertubuhan yang berpendirian sama agar segala peruntukan berkaitan tembakau dan hasil tembakau dikeluarkan daripada TPPA. - BERNAMA-




25 August 2013

Kenangan Perkahwinan Dalam KTM Intercity

بسم الله الرحمن الرحيم



Pasangan pengantin Mohd Izwan Mohd Zaki, 29, serta Maizatulakmam Mohd Takhir, 23, menyaksikan persembahan silat pengantin semasa melansungkan perkahwinan mereka di dalam tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Lumpur pada SAbtu.-Foto -BERNAMA-



KUALA LUMPUR: Bagi pensyarah dan bekas pelajarnya, majlis perkahwinan mereka di atas kereta api KTM Intercity serta resepsi di platfrom Stesen Kuala Lumpur, pastinya suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Mohd Izwan Mohd Zaki, 29, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)cawangan Terengganu dan isterinya, Mazitul Akmam Muhamad Takir, 23, menyifatkan perkahwinan mereka yang bermula di dalam KTM Intercity dari KL Sentral ke Stesen Kuala Lumpur, adalah satu pengalaman yang unik dan berharga.

Walaupun diadakan di dalam keretapi yang bergerak perlahan, program perkahwinan itu tetap mengekalkan adat dan upacara perkahwinan orang Melayu termasuk menukar hantaran serta bersanding.Pasangan pengantin dan anggota keluarga diarak dengan paluan kompang untuk memasuki keretapi khas dua gerabak yang telah diubah suai termasuk sebuah pelamin dan bilik pengantin.

Mazitul Akmam berkata mereka berdua sangat teruja dengan peluang keemasan untuk meraikan majlis perkahwinan di dalam tren yang dicadangkan perunding perkahwinan. Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Noordin Kimi berkata majlis resepsi yang diadakan oleh KTMB itu merupakan antara usaha dalam mempromosi kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan KTMB.

"Program perkahwinan yang mengekalkan ciri-ciri tradisional ini dapat menarik minat pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. "KTMB mengalu-alukan pasangan yang ingin mengabadikan sejarah indah perkahwinan mereka dengan mengambil pakej 'Bring Back Romance To The Train' untuk merasai keunikannya yang tersendiri," katanya.

Pakej yang dilancarkan sejak awal tahun ini akan dijalankan secara berterusan dengan mengenakan bayaran kos minimum sebanyak RM15,000 termasuk pengurusan makanan, perhiasan pelamin dan sewa gerabak tren.-BERNAMA-




22 August 2013

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

بسم الله الرحمن الرحيم



Siapa nak duit raya ? Kali ini duit raya dari sis Yui. Tamat 9.00 malam ni, sesiapa yang free lets join the GA. Syarat dikenakan pun mudah.. Hanya perlu buat entry yg kreatif dan menarik untuk korang dipilih sebagai pemenang.


LETS HIT the BANNER :)



Hadiah yang sis Yui tawarkan RM10.00 untuk 2 orang pemenang :)


sis Yui yang comey kita nak sbb before this dah terlepas hadiah bantal FELT.. huwaawawa menyesal tak sudah mak jemah..kalau sis Yui pilih kita sis orang yang ke-6 bagi duit raya.. hehehe bila dah besar ni kurang dah dapat duit raya. ngehhh~
- dan kalau dipilih juga untuk dapat RM10.00 dari sis Yui boleh tambah duit untuk beli arnab yang baru untk gantikan arnab yang mati kelmarin.. huwahwawa..




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin sis Yui (^_^)








Nahas bas di Genting: Kaki dan cebisan organ dalaman mangsa ditemui

بسم الله الرحمن الرحيم



Nahas bas di Genting: Kaki dan cebisan organ dalaman mangsa ditemui
KETUA Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor, (duduk) kelihatan memeriksa sisa-sisa barangan milik penumpang bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands di sini semalam. - Foto BERNAMA



GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu. 
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini,katanya kepada pemberita disini hari ini. 


"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa. 

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya. 

Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas. 

"Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam," katanya. 
Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma. 

Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. - BERNAMA-






Senarai Nama Mangsa Maut Nahas Bas di Genting Highland

بسم الله الرحمن الرحيم




KUALA LUMPUR: Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis. 

1. Nama: Chan Fook Choy 
K/P: 511105-08-5421
Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara, 47100 Puchong, Selangor 


2. Nama: Chan Lai Huat
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
KP: 420806-10-5596 Jantina: Perempuan
Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4. Nama: Sukhviv Singh
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh. 


6. Sek Sooi Chan
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

7. Nama: Lee Fok Wah
KP: 510409-10-5319
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

8. Nama: Law Tiaw Meng
KP: 771015-14-5339
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

9. Nama: Law See Kee
KP: 940715-08-5838
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

10. Nama: Auther Mash
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

11. Nama: Yap Hing
KP: 520313-10-5807
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
KP: 520828-04-5305
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada.

13. Nama: Ng Ah Heng
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

14. Nama: Choo Peng Kwan
KP: 470131-08-5363
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
No Pasport: QC 692665
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh 

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan.-BERNAMA-



Lain berita: KLIK SINI, KLIK SINI.




Review tempahan Softly Shop

بسم الله الرحمن الرحيم



RM 60 * PM HERE

CK 10154 ~ Long Sleeve Chiffon Jubah 
Color Available: Pink/Light Blue/Blue
Measurement: Length: 140cm Bust: 80-92cm Waist: 60-90cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Material : Chiffon With Full Inner Lining

POSTAGE : RM 7





THE GA by Softly Shop --> CLICK HERE






Softly Shop Dress Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم


CLICK BANNER !







September Giveaway by www.cikyaya.my

بسم الله الرحمن الرحيم




klik banner untuk join !


SENARAI HADIAH

tempat Pertama, Kedua dan Ketiga = button bagde dan sebuah novel
10 peserta bertuah = button badge dan buku ilmu agama
5 peserta bertuah = topap RM5 (digi, celcom, maxis)
hadiah akan bertambah jika penyertaan memberangsangkan.

#button badge (limited edition dari www.cikyaya.my)





Segmen Gempak Mieza Jhaa K

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.






Random Giveaway by FD

بسم الله الرحمن الرحيم




CLICK BANNER !



Hadiah yag dipilih:-

-Bawal roses.
Coklat & teddy bear.
Inner jersey 2 tone.


Tamat 01.09.2013.
*mungkin akan dicepatkan*




OHBlogger Blogger Baru

بسم الله الرحمن الرحيم 




CLICK BANNER


Pembaca blog Cik Wanie yang newbie lagi dalam dunia blogging dijemput join segmen OHBlogger Baru by Hasrul Hassan before 9 a.m. today. He act my fav blogger yang banyak sharing tip blogging. Seriusly mmg dia langsung tak lokek ilmu.. before this tak pernah miss share tips by him. Lately ni busy sikit. All the tips mmg sangat berguna.


Tujuan HH buat segmen ini dibuat untuk memberikan peluang dan ruang untuk blogger baru memperkenalkan blog mereka dan sekaligus bantu blog mereka untuk diterjah rakan blogger lain - baik yang lama mahupun baru. Kepada korang jangan malu jangan segan untuk join yea. ada masih lagi 8 jam (^_^)

Syarat yang dikenakan pun senang:-
  • Segmen terbuka kepada semua blogger Malaysia, namun HH galakkan blogger baru terutama yang ada jumlah pengikut yang kecil untuk sertai segmen ini.
  • Korang mesti membuat satu entri berkenaan segmen ini, dengan meletakkan tajuk - "OHBlogger Blogger Baru".
  • korang hanya perlu buat entry berkenaan blog korang dan perlu diselitkan beberapa perkara berikut, nama, nama blog, mengapa pilih nama blog tersebut, link blog, bila mula berblog dan tujuan berblog. Berikan juga sebab mengapa sertai segmen ini. 
  • Bonus - 3 Blog baru paling menarik dari segi penampilan, kekemasan dan kandungan blog akan diberikan hadiah berupa wang tunai.  
  • Semua peserta segmen dimestikan untuk LIKE FB hasrulhassan.com (klik) dan kongsikan entri yang korang buat tadi di Kelab Blogger Belia (klik).
  • Tamat 22 Ogos 2013 jam 9 pagi.


Nama: Nor Syazwani Nor Afandi. Lebih details click OWNER kat bahagian atas :)

Nama Blog: seperti URL blog jugak SyazwanieAfandi Blog Celup Celup. Bila orang tanya hanya cakap blog celup celup je

Kenapa Pilih nama blog begitu? Semua ada..dicampur aduk maka jadilah celup celup. 

Mula berblogging pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-17 tahun. 08.02.2010. Kembali aktif semula tahun 2011 selepas laptop keluar dari bengkel. 

Tujuan berblogging tak berapa ingat cuma entry pertama adalah entry ulang tahun kelahiran yang ke-17 tahun. Zaman itu kawan kawan kat asrama mostly ada blog jadi kami saling bertukar URL blog untuk keep in touch tapi sampai sekarang hanya ada berapa kerat sahaja yang keep going writing. Dan yang paling penting nak kongsi dan cerita apa sahaja mengenai diri sendiri untuk bacaan anak cucu dan pada hari tua nanti. Mengimbau kenangan gitu.. (^_^)

Tujuan join segmen oleh HH untuk perkenalkan blog saya. Menambah kenalan blogger dan mungkin satu hari nanti boleh gathering sesama. Dan juga perkongsian saya dalam blog ini memberi sesuatu kepada semua pembaca. (^_^)






GA Paisley Blouse & Tribal Square by Labyrinth

بسم الله الرحمن الرحيم


Terima kasih sudi jemput saya. Sekarang gue nak jemput pembaca blog Cik Wanie join GA cik Zafirah kita ni.. 




CLICK BANNER untuk JOIN :)




Hadiah - hadiah :





Duit Raya RM 5 x 2 orang



p/s: Terima kasih jemput join (^_^)