Buku Denaihati
Showing posts with label Tips Langakah Langkah Cara Cara. Show all posts
Showing posts with label Tips Langakah Langkah Cara Cara. Show all posts

05 November 2013

Resepi Kek Coklat Moist Kukus.

بسم الله الرحمن الرحيم



Lama tak melayangkan jari jemari kecil kat keyboard... Rindu.. tapi tak berapa sihat skang. Harap sudi sudi singgah lagi yea korang. Malam ni nak share satu resepi iaitu Coklat Moist Kek. Wujudnya rasa kegigihan dan rasa mengidam sebab nampak resepi dari Namee Roslan. Kalau beli kat luar kecik cenenot je.. haha tak puas.. coklat ni kene makan puas puas baru rasa kenikmatan yang tak terhingga kau. hihihi


Okay bahan bahan yang diperlukan:- 
Tepung Gandum.
Gula Perang.(Brown Sugar)
Serbuk Koko (aku guna Van Hauton)
Susu pekat.
Susu Cair (Full Cream Dutch Lady)

Soda bikarbonat.
Baking powder.
Minyak masak.
Butter.
Telur 3 biji.
Esen Vanila.


Hahh dah ada semua ni baru boleh buat. kalau tak cukup tak jadi.. ekeekee


BAHAN DAN CARA BUAT KEK:-
Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu X, Y dan Z.



Bahan X

  • 1 cawam gula perang
  • 1 cawan serbuk koko -ayak dulu. 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat


    Masukkan gula perang, susu cair, susu pekat dan minyak. Panaskan atas api perlahan. Dan confirm gula masak masukkan serbuk koko kacau sampai sebati.

Bahan Y

  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila

    Pukul telur sehingga kembang sekembangnya.
Bahan Z
  • 1 1/4 cawam tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

    Campurkan kesemua bahan Z ni dan ayakkan. Kenapa kene ayak ? supaya nanti tak ada ketul ketul hah nanti dah masuk dalam bahan X akan cantik and smooth. 


Okay dah siap semua bahagian kan.. (maaf la tak ada gambr yea sbb buat sorg2 tak ada PA) kalau nak gambar boleh tengok  SINI.



  1. Masukkan bahagian Y kedalam X.
  2. Kacau sehingga sebati betul betul sebati.
  3. Kemudian masukkan bahagian Z. kacau lagi sehingga sebati jugak.
  4.  Masukkan adunan tadi kedalam loyang (cake pan) atau cup cake. (separuh supaya kek tak terkeluar dari landasannya)
  5. Kukus selama 1 jam 20 minit atau 1 jam atau sehingga masak.

dah siap kukus selama 1 jam 10 minit. 



Untuk topping:-
Bahan-bahan:-
  • 1 cawan serbuk koko/ 1 bar coklat masakan.
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu butter
Cara, masukkan semua bahan. Sentiasa kacau dan kacau tau kalau tak coklat hangus. Untuk lebih selamat masak guna kaedah double boiler. Siap!



Dah siap semua tadi.. sapukan coklat (topping) atas kek sebanyak mana korang suka. Taburkan coklat rice sebanyak yang korang suka.. nak letak coklat cip pun boleh. Tadaaa siap untuk dimakan. 









Selamat Mencuba :)



18 October 2013

Tips Kecantikkan: Kebaikan Uncang Teh

بسم الله الرحمن الرحيم


Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Hai peeps.. How are you guys.. ;) sebelum nak share about Kebaikan Uncang Teh jangan lupa temu janji kita Kampung Girl Episode 13 yea... Uncang teh kebiasaannya kita buang lepas guna sekali right ? kadang kadang ada juga sesetengah orang dua kali guna baru buang itu tidak dinafikan. hehe 

Hari ni nak kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda yang gojes lagi hensem dengan hanya menggunakan uncang teh. Disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan


Spa Wap Teh
Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya. 



Surutkan Mata Bengkak
Bancuh dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. 

Betulkan Kuku yang Patah
Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa.



Selamat mencuba ;)



28 August 2013

6 Manfaat Serai untuk Kesihatan

بسم الله الرحمن الرحيم






Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 


Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 


Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.



Memutihkan gigi 

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 




Mengatasi masalah perut 

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 




Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 




Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 




Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 




Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.




20 August 2013

Keringkan jerawat dalam satu malam

بسم الله الرحمن الرحيم





AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan. 



CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya. 



PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat. 



UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih. 


PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat. 



p/s: dah cuba ?? nanti boleh bagitahu feedback dia kat komen yea. hikhok :)  Have a nice day.


19 July 2013

PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita pagi tapi aku cerita sekarang sebab busy melayan hati dan perasaan.. konon la kan.. hurmm aku tak tahu nak rasa apa, perlu ke sedih, marah, gembira n whatever.. since aku dah lama tak ber"selfcam" setelah  lama terperap masam hobi aku uh.. dan nak dijadikan cerita my sis request a pic fromm me.. my new pic... so bermula la hobi aku... so sedang aku ber"selfcam" saje lah buat bermacam gaya,beribu cita rasa kan.. then i found a pic.. make me speechless... 





YES! that picture above..so aku pun decide menjadikan DP facebook, twitter, Google+, WhatsApp, and my handphone wallpaper.. so ada la a few yang tegur.. tegur something yang aku masih mampu tersenyum lagi..


tapi tak pulak bagi seorang hamba Allah ni.. she asked me

"kenapa pic u macam uh?"
"u sekolah tahfiz ke post macam uh?"


dari aku mamai aku boleh terus semangat nak balas IM dia.. well I asked my self n her....


"orang yang sekolah tahfiz sahaja ke yang boleh buat apa yang aku buat ?"

jawapan dia " u post macam ni macam u sakit jiwa"

hahaha skang ni aku rasa dia yang sakit jiwa lepas aku post gambar ni...


then she share PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH... motif dia kerana aku sakit jiwa.


Jom baca..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. 
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8)Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama 

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.










18 June 2013

Jom Melamar Si Dia.

بسم الله الرحمن الرحيم


Comel pulak tengok cara melamar melalui MAKANAN ni (^_^). Jom kita terjah... 


Me and You..  Will you MARRY me ? hikhok

Say it on a pint.



Marry ME? and lets eat the Pizza.. :)
Say it with pizza.



Opppsss....WOWWW :)




With chocolates.. as sweet as chocolates :)
Say it with chocolates.




The bottom of the cup tea... Tea time (^_^)
Say it at the bottom of a coffee cup.



On the TOP... Breakfast time.. (^_^)
Or at the top.



Beware....Be careful.....
Say it with s'mores.




With a cute cupcakes.... (^_^)




With a lots of sweets and colourful CupCakes.... :)





With a sweet cookiesss....:P
Will you marry me? - 9 Cookie Gift Box - Click Image to Close


andddd the last one.....


With a sauce... :) hahaha
Say it with hot sauce.



Notes: Hava a nice days guys..