Buku Denaihati

19 August 2013

Pasangan Suami Isteri Nyaris Terkena Peluru Sesat

بسم الله الرحمن الرحيم




KOTA TINGGI, 18 Ogos (Bernama) -- Sepasang suami isteri nyaris terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Daiman Jaya dekat sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi ketika kedua-dua mangsa yang mengusahakan katering sedang memasak di dapur.


"Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol jenis 9 milimeter dan kami percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh itu," katanya kepada pemberita di sini. Menurutnya seorang penduduk juga terlihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran beredar dalam keadaan tergesa-gesa sejurus selepas tembakan itu.

Berikutan kejadian itu, Mohd Nor berkata polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan berkenaan. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jamuri berkata beliau bersama isterinya sedang berada di ruang dapur di tepi rumahnya.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan dan apabila diperiksa ada satu kesan peluru di jeriji bahagian dapur rumah, nasib baik tidak terkena kami," katanya.

Meskipun terselamat, pasangan tersebut masih trauma dengan kejadian itu. -BERNAMA-



2 comments:

  1. Macam tak waras lah diorang nie, nak tembak org suka hati jer...

    ReplyDelete
  2. bahayanya malaysia skrg ni..dah mcm cerita hollywood main tembak-tembak >.<

    ReplyDelete