Buku Denaihati

28 August 2013

Peluang Orang Muda Beri Idea Bajet 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


Orang ramai khususnya golongan muda dan profesional boleh menyuarakan pandangan dan idea mengenai keperluan mereka untuk dimuatkan dalam Bajet 2014.

Mereka boleh menyalurkannya menerusi Twitter Prebudgetlab2014 atau akaun Facebook PreBugdet Lab 2014 untuk dibentangkan dalam PreBajet Lab 2014 (makmal pra-bajet 2014), yang akan diadakan antara jam 2 hingga 5 petang pada 3 September ini. 


Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata saluran itu diwujudkan untuk memastikan orang muda dan kumpulan profesional tidak ketinggalan dalam perancangan bajet negara. 




Ambil kira keperluan rakyat

Pandangan dan idea mereka amat penting memastikan Bajet 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Oktober depan lebih mantap memenuhi kehendak rakyat.

Kita tidak mahu ada rasa tidak puas hati selepas Bajet 2014 diumumkan. Oleh demikian, Pemuda UMNO mengambil langkah proaktif untuk mengambil kira segala bentuk keperluan dan kemahuan orang ramai untuk dimasukkan dalam bajet.

Semua idea dan pandangan bernas akan dijadikan resolusi dan diserahkan kepada Perdana Menteri sebelum 8 September ini, katanya, semalam.





No comments:

Post a Comment