12 August 2013

Planes dalam versi Bahasa Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم



Planes yang akan terbang ke udara akan ditayangankan jugak dalam Bahasa Malaysia. Cast Suara (BM):  Haniff Bin Hamzah (Era FM, JoHaRa Pagi Era). Kenal kan ?






Sinopsis.

“Planes” ialah filem animasi terbaru daripada Disney yang menampilkan Dusty (menggunakan suara Dane Cook dalam versi Ingeris dan suara Haniff dari Era FM dalam versi Bahasa Melayu) sebagai sebuah kapal terbang kecil yang mempunyai impian untuk berlumba di seluruh dunia. Malangnya, Dusty bukanlah kapal terbang yang dicipta untuk perlumbaan, malah dia amat takut dengan ketinggian. Untuk mencapai impiannya, dia meminta bantuan daripada kapal terbang askar yang berpengalaman. Dengan bantuannya, bukan sahaya Dusty mendapat kelayakan untuk berlumba dengan wakil kapal terbang dari negara-negara lain, tetapu juga dengan juara perlumbaan “Wings around the Globe” tahun sebelumnya.

Keberanian Dusty teruji apabila dia terpaksa terbang pada ketinggian yang amat sukar dalam perlumbaan. Kejayaan Dusty mencapai matlamatnya, telah memberi inspirasi kepada semua peminatnya. “Disney Planes” akan memulakan penerbangan di Pawagam pada 15 Ogos 2013.




 







No comments:

Post a Comment