HAPPY BIRTHDAY to you......
HAPPY BIRTHDAY to you......
HAPPY BIRTHDAY to ...... Nurul Atiqah binti Abidin.
HAPPY BIRTHDAY to you......
*baca sambil nyanyi*
Mungkin aku orang yang terakhir ucapkan Selamat Hari Tua buat kau tapi aku tak pernah lupa detik 12 malam 8 April 2014. Terlalu letih dan sibuk dengan kerja yang kalah bangladesh ni membuat aku jadi manusia yang lupa segala. Ya Allah ampun... sobssss
Kawan,
Aku doakan kau bahagia walaupun aku jauh dari kau. Banyak kenangan kita berdua dan kawan lain yang buat aku rasa nak nangis. sobsss
Semoga dengan pertambahan umur masuk ke fasa 20-an kita sama sama semakin matang dalam membuat keputusan dan pilih jalan kehidupan yang diredhai oleh-Nya.
Aku harap persahabatan kau dan aku till jannah. Sayang kau kawann..
Radiance Signature™ Whitening & Glowing Series. Satu-satunya supplement yang memberikan kulit cerah dan gebu secara sekata seawal 3 hari.
✘ Tak Perlu Bancuh
✘ Tak Perlu Shake
✘ Tak Perlu Kemam
Hanya koyak dan minum.
Inovasi terbaru dari Radiance Signature.
Ok, ni info pasal Radiance Signature™ - Whitening & Glowing Series. Sesuai sangat dengan u all yang nak putih dan gebu di samping khasiat kesihatan yang lain.
Kecantikan: . Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan. . Memberikan kulit yang cantik dan sihat. . Menjadikan kulit glowing secara natural. . Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya. . Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda. . Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. . Menghilangkan sel kulit mati. . Mengecutkan dan menghilangkan jerawat. . Menghilangkan jeragat. . Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat. . Menghilangkan kesan lebam di bawah mata. . Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan. . Mengecilkan pori-pori.
Kesihatan: . Anti kanser. . Menstabilkan tekanan darah. . Menstabilkan hormon lelaki dan wanita. . Merawat ekzema. . Merawat imsonia. . Merawat resdung. . Merawat penyakit kencing manis. . Merawat dan mencegah kanser payudara. . Merawat dan mencuci buah pinggang. . Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. . Bertindak sebagai Anti-Body. . Memberikan tenaga serta merta. . Memberikan tidur yang nyenyak. . Merawat keputihan pada alat sulit wanita. . Menegang dan menganjalkan payudara. . Merapatkan alat sulit wanita yang longgar. . Merawat rambut gugur dan tidak bermaya. . Melawaskan pembuangan.
Bentuk Badan Yang IDEAL . Mengawal berat badan. . Membuang toksin dalam badan. . Meningkatkan kadar metabolisme badan. . Memberikan rasa kenyang. . Mengawal nafsu makan.
Radiance Signature™ - Whitening & Glowing Series juga: . Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. . Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. . Hanya koyak dan minum. . Hanya 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik. . Boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu. . Mempunyai kolagen gred AAA yang berkualiti tinggi. . Menggunakan Pura Sweet sebagai pengganti gula. . Sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis. . Mengandungi ramuan dan kandungi aktif. . 100% natural base. . Tanpa Sapuan. . Tanpa Bahan Terlarang. . 100% Natural Base.
. Produk berstatus GMP Certified . Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM 120314/03/149 . Mendapat Kelulusan HALAL . Produk Selamat & Berkesan
Cara Pemakanan: ► Hanya koyak dan minum. ► Hanya perlukan 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik. ► 1 sachet di waktu malam sebelum tidur.
Kesan Terbaik: ► 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur. ► 1 sachet pada waktu pagi sebelum breakfast
Proses: 1. Merawat dalaman badan terlebih dahulu sekirannya dalaman badan mempunyai masalah. 2. Merawat dan menggantikan sel kulit mati. 3. Menambah kandungan kolagen dalam badan. 4. Menjadikan kulit cerah dan gebu secara sekata.
* Perubahan setiap orang berbeza. * Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik & hormon individu.
Rasa sedih kene anak tirikan blog sejak dah kerja.. tapi lagi sedih sedih bila ada manusia yang tiada rasa sedikit or sebesar kuman rasa tanggungjawab dalam diri. Bukan nak kata diri saya sangat bertanggungjawab cuma saya rasa dalam diri setiap insan perlu ada rasa TANGGUNGJAWAB.
Contohnya macam ni pergi shopping mall, jalan jalan cari baju okay nak cubakan so masuk dalam fitting room.. dah cuba semua tapi tak ngam so keluar balik baju tadi letak kat mana? ada bakul kan disediakan tepi fitting room apa salah masukkan dalam tu tak perlu tinggalkan dalam fitting room sbb orang lain nak guna jugak nnt fitting room tu.. bukan awak sorang -_-
Kedua pada masa bila okay mula mula berkenan dengan baju kucing amik konon nak beli la kan.. jalan jalan lagi jumpa baju bunga.. amik lagi pastu perasaan rasa macam nak cancel je baju kucing tadi sbb dah jatuh suka kat baju bunga tuh.. disebabkan MALAS nak letak kat tempat asal korang letak je kat tempat baju bunga. Nampak tak kat situ dah tunjuk TANGGUNGJAWAB. Rasanya tak salah pun if korang letak semula kat tempat yg korang ambil tadi kan? or korang boleh bagi pada staff situ dan bagitahu korang tak nak baju tu. simple as ABC kn..
Setengah orang mesti kata "alaaa pekerja dia ada kan biar la dorg buat" bayangkan suatu hari nanti korang pulak berada kat tempat dia orang kata macam tu.. apa rasa? hah tak suka kan.. jadi pupuk rasa tanggungjawab dalam diri.. sedikit pun dah okay.. bukan nak suruh awak jadi pekerja tapi nak awak rasa TANGGUNGJAWAB. -_-
Shopping mall besar ada sediakan bakul tapi kalau butik ke mesti tak ada kan jadi apa salah kalau pulangkan semua ke kaunter dan bagitahu staff kata tak nak baju tu.. tak susahkan.. bila buat macam tu nampak RASA TANGGUNGJAWAB.
Sama juga bila mana korang nampak sampah besar macam botol plastik kat kawasan awam.. munculkan RASA TANGGUNGJAWAB dalam diri.. kutip botol tersebut dan buang dalam tong sampah.. hah senang je kan.. kita menyenangkan orang lain untk berjalan dalam masa yang sama percaya pada diri sendiri akan ada ganjaran buat kita sebab kita dah buat sesuatu yang baik...
p/s: Setiap sesuatu yang baik kita lakukan akan ada ganjaran untuk kita. Yakinlah
Hai...siapa suka minyak wangi? mestilah semua orang sukakkan.. boleh dikatakan minyak wangi salah satu benda yang paling penting bagi wanita.. opsss bukan wanita je lelaki pun.. setuju tak? Mestilah setuju sebab semua orang nak wangi sampaikan kereta, bilik tidur ada bahan pewangi. Tapi apa yang kita tak sedar adalah risiko terhadap kesihatan kita.
Terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.
Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan kita kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.
Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.
Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.
Jadi alternetif lain boleh menggunakan produk wangian tanpa alkohol yang semakin bnyk dipsaran kita.. Antaranya ada keluaran SUCI, One Drop Perfumes dan SCARF Perfume. If korang ada suggestion lain boleh cadangkan di komen. :)
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat (hidung)."
Hye... ini malam nak update for CLEARANCE STOCK sampai terjual.. nak JUAL jugak sampai habis walaupun lamaa kene sabar. hehe untuk tak kene lama sabar jom sambar cepat okay.. plus akan dapat free gift untuk setiap anda yang membeli.. heee
Ni semua baju baru, barang baru, barang baik, barang cantik.. berminat boleh SMS/WhatsApp 0193283549 okay..
If baju dah terjual i will state there SOLD. Penghantaran pada hari ISNIN sahaja.
LIGHT GREEN
LIGHT PEACH
Material: Lycra
Size: Free Size (fit S to L)
RM75.00(SM) RM80.00(SS) free postage
np: RM95.00
Jenama: Loius Cuppers.
Size: 39 EUR
Harga: RM55.00 free postage (SS +RM3.00)
np: RM99.00
Reason jual salah saiz beli online.
Ni antara stock yang nak diclearance kan...
Tajuk: Sayang Awak, Sayang...
Harga Novel: RM24.00
postage: RM6.00(SM) RM9.00(SS)
**pembalut belum dibuka lagi** beli terlebih jadi nak jual heheeee
Ni semua baju baru, barang baru, barang baik, barang cantik.. berminat boleh SMS/WhatsApp 0193283549 okay.. Penghantaran setiap hari ISNIN sahaja. Nak COD?? Boleh jee harga sama. Tempat COD: KTM Padang Jawa, Alam Avenue 2 Seksyen 16 Shah Alam.
Assalammualaikum... i love blogging..dah lama ditubuhkan blog ini sebenarnya dengan nama budakkechik.blogspot.com kenapa budak kehcik aku pun tahu kenapa nak kata aku ni kecik tak kecik pun gemuk ada la..beza dulu dan sekarang.. Aku suka sangat blogging sbb aku suka menaip. Blogging ni ala ala menaip gitu jadi apa benda yang perlu taip semua aku suka sbb dulu masa zaman sekolah rendah kat rumah ada komputer besar gedebak yang zaman dulu kala tuh pastu kalu En.Afandi suruh buat report dia aku volunteer sbb aku suka menaip.. dan yang paling tak bestnya aku tak tahu nak tulis apa. hahaha jadi aku tulis je la benda yg penting konon la.. Bufday aku 8.2.2010. hohoho tu la entry pertama aku dalam dunia blogging ni... bila baca balik ya ampunn hudusss la hancus bahasa segala..biasalah zaman budak nak masuk alam remaja.
Kemudian aku active follow sana sini dan godek godek untuk cantikkan blog.. konon laa tapi sampai sekarang tak cantik pun.. last last aku buat ala sedap mata memandang jek.. kemudian aku pun tukar la url sbb url budak kehcik tuh macam tak sesuai.. tah berapa kali dah tukar aku pun tak ingat n lastly aku stay dengan url syazwanieafandi.blogspot.com Kenapa aku pilih Syazwanie Afandi? sbb aku ada terjumpa sudah ada orang guna Cik Wanie jadi gue pun tukar laaa sbb i tak suka sama dengan org lain uolss.. hahaha
Dan kerana blogging ni jugak la aku jebak kan beberapa sahabat terdekat aku untuk buat blog jugak. Ada la beberapa kawan poli aku ada blog.. isi blog depa apa pun aku tak kisah sbb bagi aku dengan blog ni aku dpt baca kisah sahabat aku.. contoh mcm one of my sis ni jarang beno dia nak cerita kisah cinta dia tapi dalam blog dia ada ceritakan so dari situ aku tahu.. sesetengah orang jadikan blog ni sebagai diari dan begitu juga sebaliknya. Bagi aku blog ni apa apa boleh jadi, peribadi, bisnes, berita semasa, tip, rujukan dan sebagainya yang positif. Macam blog aku blog rojak jalanan macam macam ada. As long as aku rasa sesuatu tu bermanfaat pada org lain aku happy.
Pernah orang tanya " dalam blog awak tak ada cerita pasal belajar pun? "
Sentap. Aku bukan tak nak cerita cuma jika aku cerita ia akan memudaratkan aku dan keluarga dan pada masa yang sama belum masa untuk ceritakannya. Maybe one day. Perhaps No.
Dear Friend,
I Love You because your care about me. Thanks for being my friend. I hope our friendship lasting for ever and ever.
Bali... Bali Indonesia yang terkenal sebagai tempat bulan madu. Dan menjadi salah satu tempat yang aku nak jejak kan kaki bersama Incik Suami. hehehe
Kenapa Bali? Dan Apa yang menariknya?
Menariknya pasti pemandangan dan i nak shopping di Indonesia dan daerah berdekatan serta mengenali Negara orang. Nak tahu apa yang menarik di Bali, Indonesia? Jom baca catatan perjalan seorang sahabat blogger Mr. Jocko.
Tahukah anda bahawa rokok seperti JOHN adalah sebahagia daripada sindiket jenayah terancang Rokok ini diseludup masuk secara haram. Dan berita mengenainya telah tersebar luas di kaca TV.
Lebih lanjut mengenai Rokok Tidak Sah, --> KLIK SINI
Mainkan peranan anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Laporkan aktiviti jualan rokok seludup ke pihak Kastam di talian 1800 888 855
Hai guyss.. malam malam pagi macam ni baru ada feel nak update blog. Mood masa sekarang sangat mendamaikan ditambah dengan angin sepoi sepoi bahasa gitu. Esok mata akan jadi mata panda.. hohoho pastinya panda comel dari aku. hmm.
Tadi ada bukak facebook sepintas lalu ternampak status ini --> TEKAN
Nak dijadikan cerita, kita menang cash RM10.00 dari pengajur sebab jadi peserta yang join contest pada hari kita post entry "Ephyra Idaman Saya". Dah lama nak join contest ni sebelum pergi Melaka nak join dah tapi disebabkan kekangan masa tak join. Mood nak join datang masa itu gagah dan semangat taip entry dan penganjur nak beri hadiah tambahan pada hari tersebut, rasa sangat bertuah.. terima kasih to bro Eyriqazz.com
Dan.... hari ini nak share pada korang yang belum lagi join contest ini jom join sekarang. Mana tahu jika korang PESERTA KEDUA TERAKHIR yang join contest ini akan dapat cash RM20.00. Seperti yang beliau perkatakan --> TEKAN
Cuti cuti malaysia. Cuti rehatkan minda. Bila namanya cuti maknanya hari untuk hargai diri sendiri, berikan rehat yang terbaik untuk diri sendiri. Kali ini nak kongsikan pengalaman dan tempat menarik sepanjang percutian aku di A Famosa Resort Melaka baru baru ni bersama 4 orang lagi bloggers. Diharap pengalaman ini dapat memberikan serba sedikit info untuk korang merancang percutian bersama keluarga.
A Famosa Resort dari Stesen Keretapi Tampin hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dan 15 minit dari Tol Alor Gajah. Mudah untuk dicari. Aku gerak dari Pelabuhan Klang mengambil masa kurang dari 2 jam. Sampai di A Famosa aku turun padang untuk Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh pihak A Famosa. Kepada kaki pancing atau kaki joran jika ingin libatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak A Famosa Resort boleh layari laman web www.afamosa.com dan LIKE HERE untuk aktiviti terkini.
Ikan comel dalam kotak ini telah selamat menjadi milik my driver.
Selesai event memancing tadi baru dapat check in hotel. Kita duduk dekat D' Savoy Club House. Apartment 2 bilik. Satu blik boleh duduk 2 orang jadi 1 apartment boleh masuk 4 or 5 orang. Kalau nak masuk lebih pun boleh sila dapatkan extra tilam dan bantal.
Macam mana? Menarik dan tertarik uolls. Kalau tak percaya sila alaminya sendiri yea.. Kedua dua blik dan ruang tamu ber air-cond. Setiap bilik ada bilik mandi dan salah satu bilik mandi ada bath tab. Kalau nak feeling feeling spa boleh bawak set spa sekali yea bila datang. Ada meja makan dan dua ruang dapur yang selesa. Serta dilengkapi dengan peti ais. Sterika juga disediakan.
Selesai memberi rehat diri sendiri kami semua dibawa oleh PR A Fomaso melihat accommodation seperti Resort Hotel, Condotel, Villa and Villa Suite. Gambar boleh tengok di Instagram saya.
Memang awesome sangat. Lagi lagi Vila Suite yang ada jakuzi dan interior design yang sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang merancang berbulan madu. First impression sangat la wowww macam tak percaya.
Setelah selesai, makan malam pertama di A Famosa di Golffer's Terrace Cafe Club House. Yang penting semua makanan berat yang dihidangkan aku rasa. Lauk lebih banyak dari nasi. Semestinya sedap. Lagi sedap baked fish yang disediakan. Tak perlu nak fikir tulang belulang, cedok sikit masuk mulut kunyah. 5 bintang aku bagi.
Banyak side dish yang disediakan, ada bubur,bermacam jenis kek, kuih muih, salad, buah buahan dan puding. Ni buffet jadi korang boleh makan selagi termampu.
Aktiviti sebelah malam aku pergi Cowboy Town atau nama barunya Old West. Tapi yang tak best sebab tak ada camera on that night. Cowboy Tow bukak pukul 6.00ptg-12.00 malam.
Macam macam ada dalam ini antaranya bowling centre, 4D cinema dan yang paling penting akan ada 2 show yang superb best dan menghiburkan. Red Indian Show dan Carnival. Red Indian Show bermula pukul 8.15 malam dan akan diikuti dengan Carnival Show pada pukul 9.15 malam. If korang tak nak terlepas semua show ni pastikan datang tepat masanya.
Selepas Carnival Show memang wajia ada FireWorks. Hah ni kita ada record sikit video. Maaf jika tak clear.
11.00 malam selesai semuanya dan masa untuk berehat.. Hari kedua sambung di entry baru.
Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata "Sabar nak, Sabar ye sayang".
Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad… Ketika jenazah ibu nak dimandikan… di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib… Sentuhan ibu, sentuhan kasih… Boleh membawa ke Syurga Firdausi… Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…
Bagi pengguna yang Topup handphone hari hari.. hah dengan pendaftaran sebagai agen Topup anda boleh terus Topup tanpa perlu ke kedai. Dan untuk pelajar boleh jual Topup kepada rakan kolej anda dan jadikan ia sebagai pendapatan sampingan.