بسم الله الرحمن الرحيم
Cerita pagi tapi aku cerita sekarang sebab busy melayan hati dan perasaan.. konon la kan.. hurmm aku tak tahu nak rasa apa, perlu ke sedih, marah, gembira n whatever.. since aku dah lama tak ber"selfcam" setelah lama terperap masam hobi aku uh.. dan nak dijadikan cerita my sis request a pic fromm me.. my new pic... so bermula la hobi aku... so sedang aku ber"selfcam" saje lah buat bermacam gaya,beribu cita rasa kan.. then i found a pic.. make me speechless...
YES! that picture above..so aku pun decide menjadikan DP facebook, twitter, Google+, WhatsApp, and my handphone wallpaper.. so ada la a few yang tegur.. tegur something yang aku masih mampu tersenyum lagi..
tapi tak pulak bagi seorang hamba Allah ni.. she asked me
"kenapa pic u macam uh?"
tapi tak pulak bagi seorang hamba Allah ni.. she asked me
"kenapa pic u macam uh?"
"u sekolah tahfiz ke post macam uh?"
dari aku mamai aku boleh terus semangat nak balas IM dia.. well I asked my self n her....
"orang yang sekolah tahfiz sahaja ke yang boleh buat apa yang aku buat ?"
jawapan dia " u post macam ni macam u sakit jiwa"
hahaha skang ni aku rasa dia yang sakit jiwa lepas aku post gambar ni...
then she share PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH... motif dia kerana aku sakit jiwa.
Jom baca..
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8)Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
perkongsian yang menarik...singgah ziarah blog ni...
ReplyDeletecantikla gambar macam tu..=)
ReplyDeletelet it be. orang takkan berhenti bercakap raite? i face the sameproblem too. lupakan apa yang orang kata. sebab kita hidup di dunia adalah untuk mencari keredhaan Allah. bukan keredhaan manusia untuk menilai apa kita niatkan. walau mungkin belum sampai tahap kita serius. tapi Tuhan Maha tahu.
ReplyDelete