Buku Denaihati

27 July 2013

Trauma dan Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni selangor cuti.... cuti sempena Nuzul Al-Quran... seharian duduk rumah.. baru teringat jap g malam ada pasar macam UpTown DK uh.. nak cari minyak wangi n tudung jekkk... Before that g makan sekejap dgn adik.. lepas makan makan jalan2 cari tudung n minyak wangi... around pukul 9 dah balik sebab duit pun dah habis... hahahha.. bawak duit cukup cukup untuk beli yang diplan sahaja. so jadi jimat :)



dengan RM20.00 dapat 3 helai tudung :) 2 helai tudung plain and sehelai tudung bawal corak paisley :)






dan minyak wangi..kecik comel ni RM10.00 suka bau dye...sbb bawu vanila :) 




semuanya indah belaka tadi masa berbuka.. masa g cari tudung n minyak wangi... tapi malang tidak berbau... sampai je kat simpang umah kene rompak... Ya Allah masa tuh dah rasa tak sedap hati.. sebab dari jauh nampak ada motor kat kawasan simpang umah dalam keadaan mencurigakan.. dengan lampu tak ada... oleh kerana kawasan rumah ni agak loaded jiran jirannya maka aku dah target awal awal kalau nampak motor kene terus lari.. sebab hanya 3 rumah sahaja ada motor.. dan mereka jarang keluar malam.. senang cerita kawasan ni semua tak ada keluar malam sendirian dan menaiki motor..


Dah jerit dekat adik suruh berhenti sebab dye jalan depan aku, dia toleh belakang je motor tadi dah sampai depan aku dengan menunjukkan screw drive kat tang perut.. hohoho masa uh sempat pandang apa yang digunakan untuk ugut aku.. dia mintak duet so aku decide nak bg duet kat dia.. time nak keluarkan beg duet dari pergelangan tangan masa tu la amik masa cilok simpan telefon celah ketiak.... lepas bagi barang beli tadi dan beg duet terus lari sekuat hati sampai rumah.... huhhh selamat. ! tapi tak selamat lagi sebab kene call bank untuk buat sekatan kad ATM.. menggigil 1 badan..


Tak ada cedera apa pun cuma trauma.. masa taip ni masih trauma.. nak tidur kat bilik sendiri pun takut.. takut sebab terbayang bayang kejadian tadi.. rasa macam dia ada lagi kat kawasan sekitar sini.. lagi pun kejadian dekat simpang rumah je.. sangat sangat takuutt :( Alhamdullilah tak meroyan kuat sangat.. hehe cuma masa call pihak bank tu je la.. cakap teketaq ketaq, tersasul bg no IC kene ulang 3 kali.. nasib pihak bank uh faham.. siap pesan " Jangan nangis ", " buat report ASAP" and " hari isnin jangan lupa buat IC " rasa ketaq ketaq kurang sikit.. lepas selesai call pihak bank terus g balai buat report..


Masa g buat report satu soalan tak dapat jawab.. " Bila kejadian berlaku ? " serius tak ingat.. mak yang jawabkan.. masa buat report tangan sejuk.. muka lagi lah tak ada perasaan.. mmg tak bercakap la melainkan disoal. Huaaaaaaaaaaaa rasa nak meraung je lepas buat report tadi.. sekarang daku dah faham apa perasaan orang orang yang kene samun semua.. buat masa ni memang tak akan keluar rumah sendiri dah.. nak pulih kan kekuatan dulu.. cehhhh nak tambah power, nanti boleh lawan :)



Buat sahabat sahabat diluar sana...... sekarang dah nak raya... lagi pun ni dah hujung bulan.. majoritinya dah masuk gaji nak shopping untuk raya kan ? sila lah berhati hati yea... beg duet kalau boleh elakkan ditayangkan di khayalak ramai.. second rancang apa yang nak beli.. jangan bawak duit banyak banyak... third elakkan parking dan jalan ditempat gelap.... mata kene pandang sekeliling jangan pandang baju jek.. hehehe.. nampak orang yang mencurigakan pergi kat tempat ramai orang... lagi lagi perempuan yea.. saya dah rasa.. sangat trauma.. tak rasa dah nak membeli macam sebelum sebelum ni...



Saya nak mintak jasa korang semua klik love kat bawah ni.. cadangnya nak cashoutkan sebelum 1 AUG untuk tampung duit buat IC and Kad ATM.. saya perlukan dalam RM20.00 untuk cash out.. bantulah saya dengan klik korang semua yea.. Terima kasih semua.. 


     









2 comments:

  1. kesian nya awak.. hmm nasib baik awak x jadi ap2 hmmmm

    ReplyDelete
  2. uish,seram jgak..ok,lepas nie kena lebih berhati2 sebab bila nak dekat raya nie perompak pon bekerja overtime..huhu

    ReplyDelete