Buku Denaihati

31 January 2013

Tip Pilih Hadiah untuk Pasangan

Bismillah....



Pilih hadiah ?? hadiah pun kene pilih ke ? Kalau main rembat je tak boleh ke ? Boleh untuk diri sendiri la HAHAHAHA... :D


Hadiah untuk ulangtahun perkahwinan, hari lahir dan segala hari la dan tak lupa juga hadiah untuk menghargai pasangan kita. Hadiah tak semestinya diberi sempena ulang tahun je.. bukan ulang tahun pun boleh bagi wokey...



Cari barang yang disukai pasangan.
Mesti korang dah kenal pasangan masing masingkan so seharusnya korang tahu apa yang pasanagan korang suka dan tak suka. Pada yang tak tahu jangan malu nak bertanya. Kalau tak bertanya nanti sesat jalan pulak... sekiranya pasangan korang syak sesuatu korang boleh dapatkan maklumat tu dari sumber yang lain. Contoh keluarga, rakan rakan atau adik beradik dia.



Beli ikut bajet.
Tadi dah tahu barang apa yang dia suka dan tak suka kan. Now korong kene periksa poket korang atau akaun bank korang. Pastikan barang yang dibeli itu ‘selesa’ dengan poket korang jangan sampai terpaksa ikat perut atau berhutang. Tak berbaloi baloi langsung. Beli sekadar mengikut kemampuan korang.



Hasilkan hadiah sendiri.
Selalunya kita lihat perempuan yang rajin buat macam ni. Pada kaum lelaki ada juga tak tak ramai. Mungkin sekali sekala korang boleh cuba kaedah ni. Dari sini Nampak korang lebih ikhlas dan bersungguh sungguh untuk memberi kepada pasangan korang. Walaupun ianya hanya sekeping kad ucapan aku rasa ia amat bermakna buat korang. Kalau tak percaya cubalah.. pasangan korang akan terasa dia dihargai baik laki mahupun perempuan sendiri.



Kiriman nota cinta.
Korang boleh create satu nota cinta buat pasangan korang. Tak semua jenis yang romantic dan meluahkan rasa cinta kepada pasangan masing masing kan. So dengan kiriman nota cinta ini boleh dijadikan medium untuk korang yang malu malu atau ego untuk meluahkan rasa cinta korang pada pasangan masing masing. Dan nota nota cinta ini boleh disimpan sampai bila bila sebagai kenangan.




sekian sahaja tips dari saya.. tak ada hadiah ke untuk saya.. HAHAHHAAH :D


Happy always all peeps :)
picture credit to uncle google :D



2 comments: