Buku Denaihati

25 January 2013

Siapa Gila Komputer ?

Bismillah..............



Sedar atau tidak sebenarnya korang sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan ‘gila komputer’ ini..


1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah ‘Entri apa aku nak update hari ni?’ 

hahahaha terasa aku. yapsss memang itu yang selalu jugak but now dah sibuk sangat sampai tak ada masa nak upate ditambah dengan line internet pun dah tak ada skang ni.. huhu :(


2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.

Hahaha.. betull dan sekarang ni dunia dah maju dengan telefon bimbit pun dah boleh melayari facebook, twitter dan segala social network yang ada lah.. bercakap dengan kita tapi mata pandang tempat lain.. apa yang jadi ??? hilang fokus dan dari rancak bercakap boleh jadi lain.. hilang rasa ak cerita.. huhu sabor je lah.. 


3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!

Hahaha.. ini tak pernah lagi lah....korang macam mana ??? cuma terlalu teruja tengok iklang berkaitan komputer ataupun laptop kat surat khabar.. haha bajet macam duet banyak je nak beli kan.. padahal belajar pun tak habis lagi.. ngehhhh~


4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.

:) Walaupun tak update blog or chatting dan sebagainya.. sehari mesti bukak juga laptop nak tengok gambar2.. hahaha layan perasaan.. hhohohoh ~


5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, ‘What is bla bla bla’ atau ‘How to bla bla bla’.

Betulll.... pak cik google n yahoo banyak membantu.. muehehe...


6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.

bukan dengan kawan la tap dengan abg sendiri.. hahaha.. pernah terjadi masa first time nak beli laptop...


7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.

Tak perna h lagi... tapi setiap kali bukak laptop akan usha blog kawan kawan.. :)


8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

Hahahaha... 


9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.

HUHUHU.. tahu x pe.. yang lain download tapi buat penuh je.. hahaha sampai dah tak dapat nak masuk benda lain.. jadi terpaksa la beli external.. 


10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!


Owhhhh ni tidak.... dusta.. belum lagi tahap macam ni.. muehehe.. makan masih makan nasi lagi.. minum masih minum air dari sumber yang sahih.. main? masih main aktiviti sukan yang lain.. tidur ?? masih tido atas katil dengan bantal busuk.. hahahaha..


nota kaki: Suka suka je.. 



Enjoy your reading :)



No comments:

Post a Comment