Buku Denaihati

03 January 2013

Tip Membeli Sayur Sayuran

Bismillah........



Pernah ke aku beli sayur ? Of coz la pernah.. haishhh lelaki kat luar sana pun pernah takkan le anak dara yang comel ni tak pernah.. hohoho masuk lift tekan sediri sekejap.

Agak lama jugak aku tak pergi beli belah sayur kat pasar.. bak kata adik aku beli sayur ni best.. apa yang best aku tak sempat nak temu ramah sbb dia dah balik asrama. maybe next entry. konon. @_@

manyak kan ? :)



Tips membeli ye dato, datin, tuan, puan, cik dan adik adik sekalian:-


Kobis:-
  • Jenis yang ringan.
  • Apabila dipotong, kelihatan rongga rongganya besar. Kobis begini adalah lebih lazat dan manis, tidak berasa pahit.
Sawi:-
  • Daunya lebat tetapi batangnya kecil. 
  • Sawi berbatang kecil lebih sedap berbanding sawi yang berbatang besar, kadangkala pahit.
Tomato:-
  • Agak kehijau hijauan sedikit. Tomato begini lebih padat dan rasanya lazat.
Timun:-
  • Pililah jenis yang lurus.
  • Kurang warna hijau tua di pangkalnya. Jika banyak warna hijau tua itu, rasa timun pahit.
Bawang:-
  • Pangkalnya tidak busuk dan lembik.
  • Baunya tidak berubah. Kadangkala di luar kelihatan baik, tetapi didalamnya busuk.
  • Tidak sedikitpun pada bahagian bawang itu berair.
Ubi atau keledek:-
  • Jenis lurus.
  • Tiada tanda potong.
Okay ni diantara banyak banyak sayuran yang wujud kat bumi ni. Yang lain checkout later. semoga berjumpa lagi dalam tips yang lain. 


Enjoy your day :)


2 comments: