Buku Denaihati

29 January 2013

4 Pantang semasa Temu Janji.

Bismillah......



Temu janji... Temu janji sama ko dengan dating ? Okay korang jawab sendiri ye.. Jawapan aku biarlah rahsia ea. muehehehe



Pantang yang pertama.
Tidak menepati masa.

Si perempuan selalunya berdepan masalah kiranya si kekasihnya lewat atau salah masa daripada apa yang dijanjikan. Kiranya, banyak kali juga si gadis ni terpaksa menunggu atau membuat aktiviti lain terlebih dahulu untuk menunggu kekasihnya tiba. Alasan klise jalan sesak. Hoooohoo ada sesetengah tu kata terlajak tidur. Lelaki ni kalau dah tidur memang tak ingat dunia dah.. HAHAHAHA kepuasan hati itu penting.

Tapi tak kurang juga dengan golongan gadis yang ada kalanya seperti :tidak faham bahasa, suka sanagat membuat kekasih tu hah menunggu di luar rumah semata mata ingin menunggunya bersiap. Lain kali kalau nak keluar pukul 12 bangun pagi pagi dan berdandan awal awal ea.. Kalau keluar rumah selepas berjam jam berdandan, jadi macam neeolafa lain cerita, ini sama je gayanya. HAHAHAH...


Pantang kedua.
Jangan terlampau melayan telefon semasa berjumpa dengan sidia.

Kepada si jejaka atau si gadis yang begitu komited terhadap kerja, tolonglah letak sebentar segala tanggungjawab itu ke tepi kerana jika terlalu kerap “bermain” telefon atau menjadi penyelesai masalah ketika bertemu janji, ia akan menimbulkan rasa menyampah atau sakit hati kepada pasangan anda. Ayat yang biasa kita dengar” amboi sibuk mengalahkan perdana menteri”. 
Dan sekarang lain situasinya.. Kepada si jejaka dan si gadis yang begitu komited terhadap laman social spt facebook dan twitter tolong lupakan sebentar dan beri sedikit masa kepada pasangan masing masing untuk berbual.  Lain masa macam tak boleh main je kan.. HAHAHHA......


Pantang ketiga.
Jangan membebel kerana ia boleh menjejaskan “mood” si dia.

Pantang tersalah atau silap sikit, terus saja membebel tanpa berhenti. Lebih menakutkan, mulut mengomel dan membebel lebih sejam sedangkan perkara yang dibisingkan itu kecik sahaja. Hahaha rasakan... 
Itulah realiti kebanyakkan gadis kononnya mengambil berat, tapi tanpa sedar, sikap itu mengingatkan si jejaka kepada ibu mereka. Takkan masih nak ingatkan karakter ibu kalau hendak bertemu janji. Lebih baik menemani saja ibu mereka ke pasar dan dengar bebelan ibu mereka. So kepada jejaka buatlah pilihan yang tepat ye.. 


Pantang keempat.
Elak bercerita hubungan lalu.

Karakter banyak cakap atau terlalu lurus bendul akan mudah terjerumus kepada kesalahan ini. Bercerita atau dengan selamba berkongsi kisah cinta yang lalu kepada kekasih sekarang.
Itu adalah satu perkara yang sepatutnya dielakkan kerana boleh membuatkan pasangan anda terasa atau kecil hati lebih lebih lagi berkongsi saat manis dalam hubungan terdahulu.
Lain pula dengan pasangan yang sibuk ingin tahu pasal hubungan lalu, kononnya ingin membandingkan dengan cinta dulu dan kini. Ada sesetengah nak membuktikan yang cinta dia kini lebih tulus daripada yang dulu. HAHAHA ada ke ? . Itu adalah satu penyakit yang harus dibuang jauh sekirannya anda tergolong dalam kategori itu.

Dan juga lain ceritanya sekiranya seseorang itu boleh menerima cerita mengenai hubungan masa lalu tuh.. tapi sekarang susah nak dapat seseorang yang senang menerima dan berfikiran terbuka. 





Nota tangan: Saya terima 3 pantang jewk... :) Hidup ini biarlah sentiasa menceriakan kita. Jika ada masalah diselesaikan dengan cara yang mendatang seseuatu kepada kita bukan yang membuat diri kita rugi. Hidup pada hari ini cuma satu kali tiada ulangan dan tiada punat untuk berpatah balik. 

Walaupun masa atau waktu hari ini kita mengalami pada keesokkan harinya dan akan datang tapi belum tentu apa yang kita dapat hari ini boleh dapat pada keesokkan harinya. 





Have a nice day all :)





2 comments:

  1. Bab masatu memang agak pantang sikit lah.
    Tapi setuju dengan semua.
    Kalau nak ada relationship, kenalah bkorban sikit kaan :)

    ReplyDelete