Buku Denaihati

03 January 2013

Ikan boleh Panjangkan Umur ?

Bismillah.....





Ikan merupakan salah satu makanan utama bagi rakyat negara ini. Pelbagai jenis masakan berasaskan ikan yang mampu menarik selera. Di samping itu, berdasarkan satu kajian, ikan juga mempunyai potensi bagi kesihatan kerana kelebihan yang dimilikinya iaitu kandungan asid lemak Omega 3 yang mampu mengurangkan serangan jantung dan payudara.

Kajian yang dilakukan menunjukkan Omega 3 diperolehi dari sumber ikan seperti salmon, tuna dan sardin. Oleh itu, disarankan ia diambil sekurang kurangnya dua kali seminggu. Menurut kajian yang dibuat di UCLA School of Medicine pada tahu 1997 terhadap penghidap kanser payudara didapati kandungan Omega 3 berpotensi menahan pertumbuhan tumor tersebut.

Demikian juga kajian oleh University of Washtingon membuktikan bahawa ikan salmon dapat mengurangkan 50 peratus risiko terkena penyakit jantung. Malahan kandungan Omega 3 yang terdapat dalam ikan tersebut juga boleh meningkatkan kadar asid lemak dalam selaput sel darah, yang boleh menurukan risiko penyempitan koroner. Selain itu, Omega 3 juga dikatakan booleh mencegah diabetes, penyakit kulit dan reumatisme.


Nota tangan : Saya pengemar tegar ikan ^_^



No comments:

Post a Comment