Buku Denaihati
Showing posts with label Me Myself I. Show all posts
Showing posts with label Me Myself I. Show all posts

17 November 2013

Bercuti di A Famosa Resort Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم


Cuti cuti malaysia. Cuti rehatkan minda. Bila namanya cuti maknanya hari untuk hargai diri sendiri, berikan rehat yang terbaik untuk diri sendiri. Kali ini nak kongsikan pengalaman dan tempat menarik sepanjang percutian aku di A Famosa Resort Melaka baru baru ni bersama 4 orang lagi bloggers. Diharap pengalaman ini dapat memberikan serba sedikit info untuk korang merancang percutian bersama keluarga.


A Famosa Resort dari Stesen Keretapi Tampin  hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dan 15 minit dari Tol Alor Gajah. Mudah untuk dicari. Aku gerak dari Pelabuhan Klang mengambil masa kurang dari 2 jam. Sampai di A Famosa aku turun padang untuk Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh pihak A Famosa. Kepada kaki pancing atau kaki joran jika ingin libatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak A Famosa Resort boleh layari laman web www.afamosa.com dan LIKE HERE untuk aktiviti terkini.

      





Ikan comel dalam kotak ini telah selamat menjadi milik my driver. 



Selesai event memancing tadi baru dapat check in hotel. Kita duduk dekat D' Savoy Club House. Apartment 2 bilik. Satu blik boleh duduk 2 orang jadi 1 apartment boleh masuk 4 or 5 orang. Kalau nak masuk lebih pun boleh sila dapatkan extra tilam dan bantal. 





 Macam mana? Menarik dan tertarik uolls. Kalau tak percaya sila alaminya sendiri yea.. Kedua dua blik dan ruang tamu ber air-cond. Setiap bilik ada bilik mandi dan salah satu bilik mandi ada bath tab. Kalau nak feeling feeling spa boleh bawak set spa sekali yea bila datang. Ada meja makan dan dua ruang dapur yang selesa. Serta dilengkapi dengan peti ais. Sterika juga disediakan.


Selesai memberi rehat diri sendiri kami semua dibawa oleh PR A Fomaso melihat accommodation seperti Resort Hotel, Condotel, Villa and Villa Suite. Gambar boleh tengok di Instagram saya.

Memang awesome sangat. Lagi lagi Vila Suite yang ada jakuzi dan interior design yang sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang merancang berbulan madu. First impression sangat la wowww macam tak percaya.

Setelah selesai, makan malam pertama di A Famosa di Golffer's Terrace Cafe Club House. Yang penting semua makanan berat yang dihidangkan aku rasa. Lauk lebih banyak dari nasi. Semestinya sedap. Lagi sedap baked fish yang disediakan. Tak perlu nak fikir tulang belulang, cedok sikit masuk mulut kunyah. 5 bintang aku bagi.







Banyak side dish yang disediakan, ada bubur,bermacam jenis kek, kuih muih, salad, buah buahan dan puding. Ni buffet jadi korang boleh makan selagi termampu.







Aktiviti sebelah malam aku pergi Cowboy Town atau nama barunya Old West. Tapi yang tak best sebab tak ada camera on that night. Cowboy Tow bukak pukul 6.00ptg-12.00 malam.




 

Macam macam ada dalam ini antaranya bowling centre, 4D cinema dan yang paling penting akan ada 2 show yang superb best dan menghiburkan. Red Indian Show dan Carnival. Red Indian Show bermula pukul 8.15 malam dan akan diikuti dengan Carnival Show pada pukul 9.15 malam. If korang tak nak terlepas semua show ni pastikan datang tepat masanya.





A Famosa, Harga bili A Famosa Resort, A Famosa Resort, A Famosa Resort melaka, A Famosa Waterworld, A Famosa Resort review, hotel di A Famosa Resort, harga tiket A Famosa Waterworld, A Famosa Resort best, tempat percutian A Famosa Resort melaka, melaka, Tourism Malaysia, #VMY2014,



Selepas Carnival Show memang wajia ada FireWorks. Hah ni kita ada record sikit video. Maaf jika tak clear.




11.00 malam selesai semuanya dan masa untuk berehat.. Hari kedua sambung di entry baru. 










05 September 2013

#4 Hadiah dari Blogger Zamani84

بسم الله الرحمن الرحيم




Lama tak berbicara kat sini. Sekarang dah busy dengan bisnes kecil kecilan secara online di FB masa amat terhad untuk update blog. Kadang kadang dah taip satu perenggan boleh pulak tertidur walaupun niat nak update blog tadi berkobar kobar. Taip entry dalam mimpi la jadinya.. huhu


Disebabkan kesibukkan yang kecil tadi dah lama tak blogwalking kengkawan blogger tapi setiap hari wajib bukak blog sendiri untuk tengok jejak yg ditinggalkan. So pada siapa yang tinggalkan jejak memang akan singgah blog korang untuk baca entry terkini korang. Cuma I suka jadi "pembaca senyap" yang sentiasa mengikuti perkembangan cuma tak meninggalkan jejak sahaja. (^_^)



Dan juga dalam kesibukkan tu dapat hadiah daripada Abang Zamani

Zamani 84

Hadiah misteri sempena komentar di entri  Blogger Sekalian.. Tolong Aku Sound Dak Blogger Baru Ni Boleh Tak?







Memang tak perasan pasal ni tapi Abang Zam komen kat entry blog dan dia bagi tahu.. memula memang tak percaya.. terus terjah blog dia terus jadi speechless... teruja kejap.. sampai nak cakap apa pun tak tahu dah... (^_^) hahaha... Hadiah yang misteri yang dimaksudkan adalaahhhh...............



Ada 10 pilihan warna yang boleh pilih.. tapi kita pilih yang dalam gambar atas ni sebab ada leb leb tu hah nampak sweet gitu.. haha Sekali lagi terima kasih kepada Abg Zam untuk hadiah misteri ni... mmg betul betul misteri sampai jadi tak terkata.

Jom terjah blog Abg Zam korang (^_^) ---> http://zamani84.blogspot.com





p/s: camera on the way untuk sampai ke rumah. Dalam minggu ni sampai kata Gdex. Next entry will review the camera :)





08 August 2013

Duit Raya Pertama dari Deq Noor Dot Com

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Hari Raya :) Kalau hari ni update 10 entry habis setiap post aku pulun ucap Selamat Hari Raya hahaha... plezz my readers jangan bosan (^_^)



Cerita dah lama dah hanya terkubur dalam drafs maka dengan itu aku publish kan pada 1 Syawal. 
Kenapa hari ini ? sebab aku freeeeee... holidayyy... dalam minggu lepas ada ternampak post sis Deq Noor kat fb tentang blog dia dah berwajah baru. Rasa ingin tahu membuak buak maka aku tekan link yang diberikan. 



Loadinggggg.............. for a few seconds........



Taraaaa.. WOW.... double WOW gitu kau.. Warna fav I uolls.. Kat bawah ni header sis Deq Noor. Untuk pergi blog dia boleh klik gambar dibawah yea. 



pinjam yea sis :)


Dengan niat nak tengok wajah baru tak sangka sis Deq Noor nak bagi duit raya kepada yang bertuah ... sambil menyela minum air... dah jawab seperti yang diminta... Alhamdullilah terpilih sebagai pemenang .. Itulah duit raya yang pertama untuk ku pada Syawal kali ni (^_^)







Terima kasih kepada sis Deq Noor. Teruskan berblogging dan teruskan perkongsian di tabs Belajar bersama DN.. semoga sukses selalu :)





30 July 2013

#2 Hadiah dari Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdullilah dah sampai akhirnya surat surat cintas dari sahabat dunia blogger ni.. Untuk hari ni sahaja dah 3 kali posmen datang bagi salam n hantar barang :) pagi.... tengahri.... petang.... 


Pagi sampai Bedak Thanaka yang dihantar oleh supplier saya. Bila buat order hari jumaat rasa macam lambat je barang nak sampai ke tangan.. haha perasaan tak sabar itu membuak2 kerana teruja membeli online.. ngehhh



Iklan sebentar.. sesiapa nak order Bedak Thanaka boleh order dengan saya. 
Yang 40g RM20.00 (SM) , RM25.00 (SS).  Beli 3 RM 45.00 (SS), RM50.00 (SS)
Yang 110g RM25.00 (SS) RM30.00(SS), Beli 3 RM55.00 (SM), RM60.00 (SS)
Belian borong INBOX cik wanie yea. 0179458752



Continue.... tengahari posmen datang lagi... hantar baju yang customer ku order.. Alhamdullilah customer dah ambil baju petang tadi jugak dan pun puas hati :) 







Iklan lagi... Nak macam baju kat atas ni ? Peplum? Maxi Dress? Peplum Dress? Blouse? Skirt ?
Jemput singgah kat sini yea, macam macam ada :) ---> TEKAN SINI



Sambung alkisah tadi... petang sampai surat surat dari sahabat dunia blogger :)


 Kad raya dari Emas Putih, Qalesya Humaira, Uzair Othman dot com, dan Minie. 




Dapat kad bisnes dia lagi.. hahaha comel lorhh warna pink.. jeless I tau.. Cik Eymasu kat mana tempah nak jugak.. *gediks* 





Notakaki: Terima Kasih kepada semua yang memberi daku kad raya.. sungguh bermakna.. kenangan berblogging :) 2 tahun lepas dapat kad raya sbb junior pagi sejak dah habis sekolah tak ada dah.. Mungkin akan ada kad raya lagi kottt... haha   Selamat malam... 



27 July 2013

Trauma dan Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni selangor cuti.... cuti sempena Nuzul Al-Quran... seharian duduk rumah.. baru teringat jap g malam ada pasar macam UpTown DK uh.. nak cari minyak wangi n tudung jekkk... Before that g makan sekejap dgn adik.. lepas makan makan jalan2 cari tudung n minyak wangi... around pukul 9 dah balik sebab duit pun dah habis... hahahha.. bawak duit cukup cukup untuk beli yang diplan sahaja. so jadi jimat :)



dengan RM20.00 dapat 3 helai tudung :) 2 helai tudung plain and sehelai tudung bawal corak paisley :)






dan minyak wangi..kecik comel ni RM10.00 suka bau dye...sbb bawu vanila :) 




semuanya indah belaka tadi masa berbuka.. masa g cari tudung n minyak wangi... tapi malang tidak berbau... sampai je kat simpang umah kene rompak... Ya Allah masa tuh dah rasa tak sedap hati.. sebab dari jauh nampak ada motor kat kawasan simpang umah dalam keadaan mencurigakan.. dengan lampu tak ada... oleh kerana kawasan rumah ni agak loaded jiran jirannya maka aku dah target awal awal kalau nampak motor kene terus lari.. sebab hanya 3 rumah sahaja ada motor.. dan mereka jarang keluar malam.. senang cerita kawasan ni semua tak ada keluar malam sendirian dan menaiki motor..


Dah jerit dekat adik suruh berhenti sebab dye jalan depan aku, dia toleh belakang je motor tadi dah sampai depan aku dengan menunjukkan screw drive kat tang perut.. hohoho masa uh sempat pandang apa yang digunakan untuk ugut aku.. dia mintak duet so aku decide nak bg duet kat dia.. time nak keluarkan beg duet dari pergelangan tangan masa tu la amik masa cilok simpan telefon celah ketiak.... lepas bagi barang beli tadi dan beg duet terus lari sekuat hati sampai rumah.... huhhh selamat. ! tapi tak selamat lagi sebab kene call bank untuk buat sekatan kad ATM.. menggigil 1 badan..


Tak ada cedera apa pun cuma trauma.. masa taip ni masih trauma.. nak tidur kat bilik sendiri pun takut.. takut sebab terbayang bayang kejadian tadi.. rasa macam dia ada lagi kat kawasan sekitar sini.. lagi pun kejadian dekat simpang rumah je.. sangat sangat takuutt :( Alhamdullilah tak meroyan kuat sangat.. hehe cuma masa call pihak bank tu je la.. cakap teketaq ketaq, tersasul bg no IC kene ulang 3 kali.. nasib pihak bank uh faham.. siap pesan " Jangan nangis ", " buat report ASAP" and " hari isnin jangan lupa buat IC " rasa ketaq ketaq kurang sikit.. lepas selesai call pihak bank terus g balai buat report..


Masa g buat report satu soalan tak dapat jawab.. " Bila kejadian berlaku ? " serius tak ingat.. mak yang jawabkan.. masa buat report tangan sejuk.. muka lagi lah tak ada perasaan.. mmg tak bercakap la melainkan disoal. Huaaaaaaaaaaaa rasa nak meraung je lepas buat report tadi.. sekarang daku dah faham apa perasaan orang orang yang kene samun semua.. buat masa ni memang tak akan keluar rumah sendiri dah.. nak pulih kan kekuatan dulu.. cehhhh nak tambah power, nanti boleh lawan :)



Buat sahabat sahabat diluar sana...... sekarang dah nak raya... lagi pun ni dah hujung bulan.. majoritinya dah masuk gaji nak shopping untuk raya kan ? sila lah berhati hati yea... beg duet kalau boleh elakkan ditayangkan di khayalak ramai.. second rancang apa yang nak beli.. jangan bawak duit banyak banyak... third elakkan parking dan jalan ditempat gelap.... mata kene pandang sekeliling jangan pandang baju jek.. hehehe.. nampak orang yang mencurigakan pergi kat tempat ramai orang... lagi lagi perempuan yea.. saya dah rasa.. sangat trauma.. tak rasa dah nak membeli macam sebelum sebelum ni...



Saya nak mintak jasa korang semua klik love kat bawah ni.. cadangnya nak cashoutkan sebelum 1 AUG untuk tampung duit buat IC and Kad ATM.. saya perlukan dalam RM20.00 untuk cash out.. bantulah saya dengan klik korang semua yea.. Terima kasih semua.. 


     









23 July 2013

Maafkan Aku !

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir separuh Ramadhan dah berlalu... alhamdullilah...datang Ramadhan setiap tahun mesti teringat memori Ramadhan tahun tahu lepas dengan kawan kawan sekolah n kolej... Well aku kejam dengan readers aku.. korang follow aku tapi aku update entry ntah apa je kan.... so sorryyy.. dulu aku jadikan blog ni tempat aku sharing apa yang aku lalui.. mana aku pergi..sebab nnt dah tua aku nak baca.. hahaha LOL if rasa nak unfollow saya tak marah...saya dah besar saya ok (^_^) tapi serius aku sayang nak berhenti dari dunia blogging ni...



First terjebak dengan dunia ni aku tak kenal pun sesiapa lagi..... aku tulis suka suki hati jek.. pastu bila kawan dok tanye kenape aku suka ngadap laptop...apa aku buat .. so aku introduce la hape kebenda alah ni.. Alhamdullilah.. dia pun buat... pastu bila nak edit dye mai cari aku..  yang dye tahu updated SAHAJA.. aku tolong mana yang patut dengan Tutorial dari Lyssa Secret  hohoho masa tu kenal dia je la...kenal nuffnang denga Churp Churp pun dari Lyssa.. Thanks so much Lyssa Secret. (^_^)



Back to the topic.... Ramadhan kali dah sampai ke fasa pengampunan..... InsyahAllah dengan IzinNYA.. setiap hambaNYA yang memohon serta sujud kepadaNYA akan diampunkan segala dosa. Bukan setiap bulan kita dapat fasa istimewa ni... Hargai saat dan peluang yang ada sekarang.. Tetapkan niat dan hati serta Istiqamah dalam melaksanakannya. InsyahAllah



Jangan kita jadi manusia yang tahu tetapi tidak melakukan atau dengan kata lainnya LALAI... lalai kerana ? banyak punca cuba tanya dengan diri sendiri, " kenapa aku lalai " anda bertanya dan anda menjawab. Sama seperti aku, aku mengaku aku pun selalu lalai.. dan aku buat seperti apa yang katakan tadi tapi cukup aku tahu kenapa aku lalai.. Kita manusia yang tidak lari melakukan kesilapan...... walaupun kesilapan itu sebsar zarah sekalipun.. jadi kita kene saling mengingati antara sahabat, keluarga dan juga saudara kita... kalau bukan kita siapa lagi yang mahu menegur... orang luar ?? anda sendiri tahu jawapannya dan cara menegur juga perlu dengan cara yang betul... bersopan tapi biar padat dengan tujuan kenapa kita menegur..



Dan pastinya setiap dari kita mencari malam Lailatu Qadar.... malam yang cukup istimewa untuk seseorang yang pernah mengalaminya... InsyaAllah setiap dari kita pasti menemuinya yang penting sentiasalah ingat kepada DIA YANG MAHA ESA.


Salam Ramadhan dari saya dan keluarga kepada semua... semua yang membaca, yang singgah, yang makan angin disini... saya hargai setiap komen dan setiap persinggahan kamu semua disini..



"Allah Maha mengetahui isi hati manusia, mengetahui apa yang kita inginkan dan Allah juga memberi apa yang kita perlukan"





02 July 2013

Deep Inside My Heart

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku nak sangat apa yang aku tulis ni semua boleh aku baca bila hari tua. Hari tua dimana aku duduk dikerusi roda maybe dikerusi malas sambil merenung keluar tingkap sambil pegang iPad kot membaca coretan muda mudi dulu.. Takot masa tuh dunia dah maju sangat iPad pun tarak dah..lulz  Semua ni impian aku dan angan angan aku. Sekarang hanya mampu bayangkan jekk..


HIM.

I found my "abang" back. Since aku blaja aku dah loss contact to those yang aku kenal zaman sekolah n blaja sebab aku terlalu teruja dengan kehidupan ditempat orang yang memulanya sangat best dan akhirnya terkeluar kata hikmat ni " Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri" Well tempat lahir tumpah darahku jugak yang terbaik. Walaupun aku keep saying yang Jitra sangat tenang bg aku. *fact sbb aku BEBAS. Siapa tak suka bebas? *sila angkat tangan. Lagi lagi yang jiwa remaja macam aku. Yea aku dulu part of thems yang angkat tangan tadi jadi aku faham. dan yang lebih makan garam dari aku pun faham kan?
But aku still tak percaya selepas siat dan siasat YES. The boy yang aku mesej dari malam sampai ke pagi tu memang dia. antara aku dan dia tiada memori seindah bunga di taman. Just aku tak pernah lupa siapa yang aku pernah kawan even NEVER EVER MEET them ! *fact Well kecik je dunia ciptaan Allah ni dengan kehendakNya, yang terpisah pasti terjumpa dan yang terputus pasti berhubung. Syukran


Deep inside My Heart.

Some part of my heart had changed almost 2 years. Be more double sensitive. More cruel. Double Triple dendam kesumat. hahaha lulz Mungkin luaran aku nampak sama tapi yang dalamnya? Tak kenal maka tak tahu so please tak perlu nak mengadili seseorang tuh dengan pandangan mata kasar. Now kau nampak dia kurus ramping sedangkan dia sedang bertarung dengan penyakit mungkin. Siapa tahukan ? Tak slahkan if some of kita berubah ke arah kebaikan. At the end orang yang berubah yang untung not me or anyone. Tetapi yang patut dipersalahkan dimana orang yang nak berubah Tidak Pernah cuba untuk berubah dan Beribu dengan alasan palsu serta Berjuta janji pahit hempedu. At the end errkkk tin kosong jekk. Takkan selamanya nak duduk dilevel yang sama. If you NEVER moving forward like others you are loser.


Frustated.

Keciwa. Frust. Aku rasa bila aku berubah aku semakin hilang orang yang dekat dengan aku. Sometimes aku juga rasa macam down. Rasa macam argghh macam macam rasa ada. Rasa macam nak stop sbb tak nak hilang apa yang aku ada, tak nak kawan kawan tinggalkan aku... tapi sampai bila aku nak duduk kat situ... dan sampai bila aku nak buku lama yang buruk tuh jadi teman aku... Aku  rela lepaskan semua demi hati yang satu ni. Hati aku perlu aku jaga dulu sebelum aku nak jaga hati orang lain sbb tak ada siapa pun kisah hati ni. *sila angkat tangan siapa yang kisah tentang hati aku lolz. Orang yang sedang berubah dan sudah hampir berubah dan cuba nak berubah Kesabaran, Kekuatan mental, fizikal sangat penting. Cekal kan segalanya sbb bila kita menuju kearah kebaikan ni mana ada yang suka. Kan? Kan? Bila Adam dan Hawa disatukan kita gembira tetapi tidak syaitan. So never ever listen to those yang sedang mentertawakan kita bila kita dijalan yang betul. Selagi kata hati kita betul dan percaya pada yang Maha Esa teruskan. Keep moving forward.






Notatangan: Jiwa sangat parah sbb selalu ingat pada En.Kumbang tapi saya sedar siapa saya. Awak bukan saya punya dan saya bukan seperti yang awak inginkan. Love, WNS




22 June 2013

Big Girl Don't Cry

بسم الله الرحمن الرحيم



Hujung minggu..... Sabtu dan Ahad. Masa untuk berehat... Yeaaaa kadang kadang ada yang sabtu dan ahad kerja kan ? Tak pe demi mencari rezeki. InsyahAllah akan dapat ganjarannya... yang penting ikhlas.


Bulan ni je penuh entry pasal Teduhan Kasih... suka pulak wa tengok cerita ni sebab ??? Ntah...... wa rasa wa macam watak Effa. Sedih woo.. dan hakikatnya jugak wa memang sedih sejak kebelakangan ni about future and life wa esok, lusa, 10 tahun akan datang dan sehingga wa dijemput olehNya. Everday, everyminute wa cuba untuk create a good and a meaningful life.... supaya bila wa dah tua wa ada banyak memory yang indah je.. yang kurang indah tuh biarlah jadi sebagai satu pengajaran untuk wa lebih matang dalam kehidupan ni.



Teringat.... Setiap dari kita mesti ada impian, cita citakan... dulu selalu tulis apa impian dalam biodata bila kawan kawan mintak lepas tuh kene ejek.

" Nak jadi doktor bila besar nanti sebab boleh tolong mak ayah " HAHAHA kene gelak dengan kengkawan...


Pastu nangis ? ishh takkk dulu mana ada nangis nangis ni.. Hati kental. Tapi sekarang semua disimpan rapi dan segala perancangan untuk capai impian dah buat yang tinggal usaha, doa kepada DIA.




Big Girl Dont Cry ! Please !


Big Girl ? Lahai besar dah... dah 20 tahun wa rupanya.. sekejap je masa berlalu... dah tak ada dah sekolah rendah, sekolah agama lepastu sekolah menengah.. Dulu kecik kecik tak nak nangis sekarang dah besar ni barulah nak nangis.. Orang tua tua kata " Buruk Rupa " erkkk bukan selalunya lelaki ke yang kene ayat ni..  
Kalau boleh ditakung air mata ni sungguh wa takung dah.. Bila silap sikit je mula la keluar.. Bila terasa sikit je pun sama. alahaiii dah macam pili paip dah mata ni.. 


Orang senang berkata

 " Sabarlah "
" Chill lah "
" Rilek lah "

Kebiasaannya wa dengar je.. Then wa suka layan diri sensorong kat tepi pantai, memandang kan umah tak ada pantai wa suka duk kat beranda je. Thanks sudi berkata kata dengan wa bila wa sedih.. 


Kadang kadang ada jugak manusia ni yang Tak Boleh Terima. Bayangkan bila awak sedih orang cakap macam tuh.. Rasa apa ? Happy ? Sweet Sour ? Tepuk dada, Ringankan tangan sila comment. HAHAHA Ntah la.. wa sendiri pun tak dapat nak describe apa yang wa rasa.. cuma wa seboleh boleh elakkan untuk mengganggu bila orang sedang beremosi sebegitu. Sebab wa tahu wa akan kene balik... If tak nak kene better " Minds Your Words before Speak Out " 


Sekarang wa cuba Cekal kan jiwa, Kental kan hati.. Tak mau dah bagi sedih sedih...  Biar selepas ni air mata kegembiraan yang keluar. InsyahAllah.



09 June 2013

Pilih dan Memilih

بسم الله الرحمن الرحيم


Luahan rasa seorang anak muda remaja. If ada pandangan lain please drop your comment. Saya sangat hargai.



Pilihan hati sendiri.


Pilihan ibu bapa sendiri.


Sukar membuat keputusan berkenaan dengan masa akan datang yang kita bakal tempuh tanpa ibu dan ayah.


Kita sangat yakin bila kita pilih orang yang kita suka menjadi teman sehidup kita akan bahagia sebab kita cinta dan seluruh kasih sayang telah dilimpahkan kepada si dia. Si dia lebih memahami sebab telah kenal antara satu sama lain. Senang cakap we know each other than pilihan ibu bapa.



Pilihan ibu bapa, entah siapa siapa lah yang dipilih. Hensem/ Cantik ke idak. Macam mana nak kahwin dengan orang yang tak cinta dan sayang. Kenal pun tak. Dating pun tak. Macam macam difikirkan.
Haishhh takkan la mak ayah kita nak kahwin kan kita dengan orang yang dia tak kenal kan.? Of coss la orang yang dia kenal akan dijadikan menantu.. betul tak ??




Pilihan ditangan kita. Pilih la sebaik baik mungkin. :)




Saya belum Sedia.

بسم الله الرحمن الرحيم


Maafkan saya.


Saya bukan tak nak terima awak. Andai kita ada jodoh pasti kita akan bertemu. Semua telah ditetapkan oleh Dia. Saya tak nak awak letak harapan yang terlalu tinggi. Sebab bila awak tak dapat apa yang awak impikan, ia akan menjatuhkan semangat awak.


Ingatlah jodoh yang ibu bapa tetapkan juga membawa bahagia.


Bercinta selepas nikah itu pun bahagia. Lebih bermakna, semuanya halal. Walaupun saya tak menghadapi saya boleh bayangkan. Mungkin rasa janggal tapi semua keadaan masih lagi boleh dikawal. Semua terletak ditangan kita. Kita yang menentukan sama ada kita mahu jalan bahagia atau derita. Semua orang mahu bahagia kan.?


Gunalah sebaik baik masa yang diberi oleh DIA.





06 June 2013

To Che Noor Shuhada

بسم الله الرحمن الرحيم


Strangers. Kawan. Kawan baik. Sahabat. Teman rapat. Teman ketawa. Teman sedih. Teman gembira. Teman duka.


Semuanya bermula disitu. Bermula dalam sebuah kelas. Sehinggalah hari ini....... 3 semester bersama. Segalanya cerita dikongsi bersama. Gaduh itu pasti ada. Tak sanggup bertentang mata pun ada. Rasa nak menyorokkan diri pun ada. hahaha bila ingat balik lucu je rasa. Padahal kita perempuan.. hohoho



Kat mana ada saya kat situ ada awak. Kat mana ada awak kat situ ada saya tapi tak selalu. Sebab saya sibuk menjaga hati orang lain. Sorrryyy senget. I tak sengaja.





Ingat lagi masa ni baju kita sama, tudung sama, seluar sama. alaaaa seluar yang kita beli sama sama uh.. hohoho cuma saiz je tak sama.. kehkehkeh




Dan KFC tempat kita lepak dan tempat fav awak. I ingat lagi boyfie u pujuk u dgn kFC.. terus cair.. hikhok
Bilalah lagi kita dapat makan kFC sama sama ekh senget ?




Dan kita suka gila gila.. Suka buat benda benda pelik.. kan ? hahaha bahagianya kita. Dan disebalik kita bahagia ada juga derita kan senget... I hope u tabah okay ? Tak tahu lah u baca ke tak tapi I tetap nak coret sesuatu untuk U. I tahu U memang dah pollow I lama dah.. hehe


Semester baru tak lama lagi tapi tak tahu lah dapat jumpa ke takkan sebab awak akan praktikal. Before I melalut ke laut,   TAHNIAH untuk result semester lepas. Pencapaian yang sangat bagus. I harap u teruskan dan usahakan lebih untuk semester depan yea. Teruskan perjuangan dan sama sama kita graduate yea. And my hope this friendship lasting forever.




Notakaki: I dah tengok result you.. hehe






05 June 2013

Bahagiamu Deritaku by Hafiz

بسم الله الرحمن الرحيم








Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu






30 May 2013

Hilang Tuju

بسم الله الرحمن الرحيم



Tak tahu nak mula dari mana sama ada atas pun bawah kiri atau kanan. Tak tahu nak bahasakan diri kat sini macam mana. Pening.@_@ Argghhh semuaya jadi serba tak kene. Okay saya mintak maaf sebelum uh if entry sebelum ni ada yang menggunakan 'aku' pada yang lebih tua. Rindu sangat nak menaip macam dulu tapi saya HILANG MOOD.


Have a nice day hensem and gojes. ^_^

10 May 2013

Kebersihan VS Keselamatan = Penting

Bismillah......


Bulan 5. Ye bulan MEI. Hari Ibu. Bila ??? Serius lupa.. Tekanan otak sejak kebelakangan ni. Kene tanye my adik a.k.a baby dye tahu lah sbb bufday dye dekat dengan hari ibu.. hari hari dye ingatkan bufday dye dan hari ibu dye. Macam dye punya ibu sorg je kan ? haishh sabo je lah..






Hari ni practical kat tempat baru. 2 minggu lagi habislah penat lelah kesana sini. Tak pernah pernah aku cerita pasal aku practical kat sini. Sebenarnya bukan nak cerita pasal aku practical tapi pasal apa yang jadi hari ni..


Seperti biasa pergi dan balik kerja sendirian berhad. Seorang diri. Driver awam yang hantar. Semangat aku pagi tadi nak pergi tempat baru. Belajar benda baru. Belajar pasal FIBER. FIBER OPTIC. alaaaa fiber optic yang halus tuh.. alaaa yang kene kendalikan dengan penuh kasih dan sayang tuh..kalau tak habislah tak ada harapanlah korang akan dapat sambungan internet dan telefon. Nantilah aku cerita lebih lebih kat entry lain..


Sebelum tuh aku nak ucap tahniah kat diri aku sebab tadi tepat 8.30 aku sampai walaupun jalan agak sesak. Ingatkan lewat rupanya awal Alhamdullilah... Lapor diri, cerita lah sapa aku n bla bla bla dan barulah sesi perkenalkan kat aku macam mana FIBER ni berfungsi menghantar isyarat ke rumah pelanggan.. rumah korang lah.. rumah aku tak de.. hikhikhi.. Sangat menarik dan tertarik.. Dan kita rehat sebentar bersama Cendol Semangkuk...




Nak ? hehe ^_^


Sebelah petang aku mula sakit kepala yang teramat dan dan nasib lah tak ada kerja sangat.. aku baca buku sambil tido. macam mana ?? alaa korang pun penah buat.. hukhukhuk..


konon je baca buku tapi tido.. hahaha


tepat 5.30 aku balik dan tunggu driver awam amik.. Satu jam baru dapat bas. Tapi bas yang PENUH dan PADAT. Aku ulang yea PENUH dan PADAT. grrrr rasa macam nak suruh je pak cik polis yg ada td saman bas tuh.. Macam mana nak masuk kalau dah keadaan macam tuh.. bayangkan.. berhimpit2.. rapat2 dan korang sambunglah seendiri. Gagahkan diri jugak naik sbb takot pengsan kat situ.. and that timelah batt hp nak habis tapi Selamat.. Selamat separuh jalan je. Separuh lagi........... ni yang buat aku marah teramat. BAU BUSUK.


BUSUK. Sampai melekat kat baju aku. Melekat sbb dye rempuh aku. Sabar je sbb aku hormat dye as Orang Tua. Korang bayanglah sendiri berape banyak busuk sampai boleh lekat kat baju aku.. bukan nak mengata dye atau rasa jijik. Tapi sekurang kurangnya lah kan. Kebersihan itu harus wajib dijaga. Walaupun kau tak mandi jaga bau sudah.. jangan bagi orang hidu.. Kalau orang dah hidu paham paham je la. Cop kau muka tak mandi. Apa yang aku boleh cakap KEBERSIHAN ITU PENTING !!! Tak pernah lagi aku rasa nak buekk buekk dalam bas melainkan bot.. aku cuma mabuk laut bukan mabuk bas. Dan mulai sekarang memang aku dah tak boleh terima keadaan macam tuh.. demand kan ?? lantak lah yang penting keselamatan aku. 





Notakaki:  Dorg nak untung lebih so dorg padat dan penuh kan dari yang sepatutnya. Dan kadang kadang pemandu bas ni pun bukan semua warga MALAYSIA. Bangla x de.. bangla biasa jadi penumpang je.. hikhikhik... Pada korang diluar sana aku nak cakap tak payah lah gunakan kenderaam awam macam tuh... Cari je lain.. Lagi lagi perempuan.. Ok ?



Terima kasih :)