Buku Denaihati

13 December 2012

Suara Hati

 
 
 
Bismillah.....


Aku bukannya dilahirkan seorang yang pandai, cuma aku cuba menjadi sesuatu yang berguna kpd keluarga or maybe untuk seseorang yang bermakna pada aku. Yeahhh mungkin. Sbb aku bukannya sempurna dan tak ada yg diluar sana yang sempurna. Kerana hanya DIA yang sempurna sebagai mana yg kita tahu.


Aku hanya insan biasa yang tiada apa yang teristimewa. Dan cuba jadi yang teristimewa untuk menjadi sesuatu yang berguna pd sesiapa sahaja. 



Walaupun kadang kadang aku lemah. Lemah sehingga aku mampu mengalirkan air mata. Lemah ketika dan waktu aku sunyi, sepi. Lemah ketika aku memikirkan tiada siapa yang menyayangi aku lagi di bumi ini. Sehinggakan yang bersarang dalam fikiran aku ini hanya yang negatif. Sehinggakan aku sudah putus asa.



Ye kadang kadang juga aku terjatuh, tersungkur dan juga lumpuh mungkin bila sesuatu kejadian datang pada aku. Cuma aku perlukan ketabahan dan kekuatan serta doa yang tidak putus putus kepadaNYA untuk menghadapinya......



tapi sampai bilakah aku mampu bertahan itu yang menjadi persoalan ku......


Aku tertanya tanya dan sehingga hari ini aku belum ada jawapan untuk itu.....




Mencari dan menanti.............. 
Semoga aku berjaya. Doakan aku.



Dengan perlahan dan penuh ketabahan aku menghadapinya. Aku


  
Bangkit.......Bangun.........



meneruskan kehidupan dengan bermacam ragam manusia




dan terus tersenyum dan membayangkan


Kau.

 
Aku perlukan kau disaat aku gembira mahupun terjatuh, tersungkur atau paling teruk lumpuh. Untuk aku bangkit kembali menghadapi realiti kehidupan kita. Kembali ke dunia nyata, walaupun macam mana hebat dugaan itu sekalipun biarlah kita harunginya bersama. Hadapi dan tempuh kehidupan susah senang itu bersama.




" Engkau terlalu istimewa dimata yang tidak ternilai dengan emas dan permata mahupun wang sebagai gantinya. "



" Hidup harus diteruskan selagi nyawa dan peluang diberikan kepada kita. "


Janji tetap janji.




No comments:

Post a Comment