“Sya, jom gerak Sunway Pyramid?”
Nana mengajak Aleesya yang sedang menonton cerita Housefull. Aleesya buat
tatau.
Nana duduk di sebelah Aleesya. “Sya,
jomlah. Teman aku. Umar takdalah.” Nana cuba memujuk.
“Okaylah. Aku siap kejap.” Aleesya melangkah
ke bilik. Bila Umar takda baru cari aku. Nasib baik aku sayang kau Nana.
Keadaan Mc Donalds sesak dengan orang ramai.
Almaklumlah ni Sunway bukan kedai tepi jalan. Aleesya mengambil tempat yang
agak tersorok. Manakala Nana pergi beratur dan membeli makanan.
“Jadi Sya, apa jadi dekat rumah
mertua kau?” Nana tersengih-sengih. Aku lepuk gak minah ni kang.
“Tiada apa-apa yang terjadi pun.”
Aleesya menjawab selamba. Malas nak layan. Kang lebih-lebih pulak.
“Takkan tak da pape kut?” Nana
menjungkit kening. Tak puas hati. Takkan takda perasaan kut Aleesya ni? Ammar
tu sikit punya handsome, kaya, baik. Ape lagi yang tak cukup?
“ Serious lah Na. Nothing happen.”
Aleesya masih terus sambung dengan makanannya.
“ Tapi kan Sya…..” bicara Nana
terhenti. Matanya membulat. Gaya macam tengok hantu.
“Woi, kau apahal?” Aleesya
melambai-lambaikan tangannya di muka Nana.
“ Tu.” Nana menundingkan jari ke
belakang Aleesya. Aleesya menoleh. Ammar! ‘Apa pulak dia buat kat sini?
Banyak-banyak tempat kenapa mesti jumpa kat sini? Alahai. Macam mana ni?
“ Na, jom lah ‘chow’.” Aleesya
berjalan menuju pintu keluar. Tapi, dia tetap perlu melalui Ammar dan kawannya.
Nana yang terlebih mesra itu menegur
Ammar. ‘Aduh Nana ni. Ni bukan masanya untuk beramah mesra.’ Aleesya hanya
mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan Ammar. ‘Na, jomlah
blah. Jomlah’. Aleesya mencuit Nana perlahan menandakan: kita perlu beredar
segera. ASAP. Nasib baik kawanku terchenta ini faham. Kalau tak aku hempuk je
dengan beg aku yang mahal ni.
“ Bye Ammar. See you again.” Nana
meminta diri. Ammar memandang Aleesya dengan tajam. Aleesya terus menarik
tangan Nana dan meninggalkan tempat itu.
********************************************************************************************************************************
Bunyi lagu ‘Count On Me’ mengganggu Aleesya yang
sedang melayan novel ‘Yes, Boss’. Aleesya mencapai telefon. Mama!
“Assalamualaikum, ma.” Aleesya
memulakan bicara. Novel ditangan dicampak jauh-jauh. Mesti ada hal penting ni.
“Waalaikumsalam, Sya. Minggu ni Sya
balik rumah mama ya. Kan adik nak bertunang hujung minggu ni.” Mama straight
tanpa kona-kona.
Aleesya menepuk dahi. ‘Macam mana
boleh lupa.’ “ Okay ma. Nanti Sya
balik.”
“Jangan pulak kamu balik sorang.
Menantu mama tu jangan lupa. Kamu tu dah berlaki buat cara orang ada laki.”
Mama memulakan bebelan. ‘ Aduhai bonda. Anakanda ingat.’ Bikin malu je. Nasib
baik mama cakap dalam telefon.
“ Ya ma. Nanti orang bagitahu Ammar.
Don’t worry.” Aleesay mematikan telefon bimbit selepas memberi salam. Nak
bagitahu husband aku yang terchenta tu lagi satu kerja.
*******************************************************************************************************************************
Aleeya terus mendail nombor Ammar.
‘Please lah angkat. Urgent ni.’ Aleesya berjalan tak tentu arah di dalam
biliknya. Kalau Nana nampak ni, mesti dia perli aku habis.
“ Hah! Kau nak apa?” Tidak sempat
Aleesya bersuara, Ammar terus mengajukannya soalan. ‘ Aduh dia ni. Cuba
berlembut sikit dengan aku. Ni garang semedang.’
“ Maaflah. Saya nak bagitahu awak
yang hujung minggu ni adik saya nak bertunang. Jadi, mama suruh saya balik. Memandangkan
awak suami saya, mama suruh saya angkut awak sekali.” Buat pertama kalinya
Aleesya bercakap panjang lebar macam ni. Satu kemajuan. Pencapaian yang
membanggakan.
Ammar di talian senyap. Pandai jugak
minah ni cakap panjang lebar. Mungkin sebab sekarang ni dalam phone, kalau tak
sepatah, dua atau tiga patah je.
“ Okay. Aku amik kau pukul lapan.
Kau tunggu je.” Ammar terus mematikan talian. Huh! Macam perempuan cina dalam
cerita Boboiboy lah dia ni. Laju je nak lesap.
******************************************************************************************************************************
Pagi-pagi lagi Ammar sudah terpacak
di hadapan rumah sewa Aleesya dan Nana. Aleesya yang baru bangun tidur,
cepat-cepat siap. Bila period datang, tu yang terlajak tidur . tak ingat dunia.
Dia menyarung kan kemeja hitam dan jeans serta shawl yang dililit di kepala.
Aleesya melangkah masuk ke dalam bilik Nana.
“ Na, aku balik kampung tau. Dengan
Ammar.” Aleesya memberitahu. Kang minah ni tercari-cari aku pulak. Nana hanya
menjawab ‘HMM’. Gila kau Aleesya. Dengan orang tidur pun kau cakap. Ntah dia
dengar ke tidak.
‘ Takpelah. Nanti sampai kampung aku
call dia.’ Aleesya bergegas ke bawah. Beg baju di tepi tangga dicapai. Dan dia
terus keluar dari rumah sewanya. Ammar yang sedang menanti disapanya.
“ Awak. Sorry terlajak tidur.” Mesti
mamat ni fikir bukan-bukan pasal aku. Jatuh saham aku macam ni.
“hmm.” Hanya itu yang kedengaran.
Ammar terus dengan pemanduan dan Aleesya taksub dengan kebisuan yang dicipta
oleh Ammar. Kereta ‘lawa’ Ammar terus membelah lebuhraya.
Nota kaki: Ok ini yang terakhir.... hujung pangkal aku tak tahu... aku pelukan comment n sokongan korang untuk dia sambung lagi cerita yang tergantung macam tali gantung ni.. hahahh
Enjoy :)
No comments:
Post a Comment