Bismillah...
Aleesya mundar-mandir di hadapan
rumahnya sendiri. Kelibat orang yang dinanti tidak kelihatan. Haish, kemalangan
ke mamat ni? Ya Allah, mintak dijauhkan. Aleesya. Aleesya. Ada ke patut doakan
orang macam tu. Cuba berfikiran positif. Tarik nafas. Hembus nafas. Tenang.
Relaks. Aleesya mendail nombor Ammar. Huh! Tak angkat. Menempah maut betullah
mamat ni.
“ Sya, Ammar
tak sampai lagi ke?” prihatin Nana bertanya. Sebenarnya sakit mata tengok anak
dara sorang ni dok mundar-mandir depan mata. Rimas. Tak reti nak dok diam.
“Belum. Tengoklah
mamat ni. Ni mesti mummy dia yang paksa. Kalau tak takda maknanya dia buat plan
macam ni. Pelik.” Aleesya mula membebel. Dah kenal sangat dengan perangai Ammar
yang satu ni.
“ Sya, cuba
kau duduk kat sofa ni. Beli mahal-mahal tapi nak juga berjalan kehulu-kehilir.
Relaks. Nanti sampai jugak mamat tu depan rumah kita ni.” Nana cuba menyedapkan
hati Aleesya. Dan juga mencuba mengurangkan prasangka Aleesya terhadap Ammar.
Aleesya
duduk di hadapan Nana. Masih sabar menanti. Sepatutnya dia keluar ‘date’ dengan
Ammar lima belas minit yang lalu. A least, kalau lambat seminit, dua minit tak
kisah lah jugak. Nanti kau Ammar.
“So Sya,
Ammar nak bawak kau ‘date’ kat mana ?” Nana tersengih-sengih. Dia juga seperti
Aleesya yang terkejut apabila Ammar kata nak bawak Aleesya keluar. Dia tahu
hubungan Aleesya dan Ammar macam mana. Sorang keras kepala. Sorang lagi ego
melangit.
“ Cik Nana
sayang, this is not a date. Macam lah kau tak tahu Ammar tu.” Aleesya
menafikan. Dia tahu kalau bukan kerana Datin Aisyah, Ammar tak mungkin akan
membawanya keluar sampai bila-bila.
Dalam asyik
bersembang, sempat juga Aleesya menyediakan Nescafe untuknya dan Nana. Lima belas minit tambah
lima belas minit = tiga puluh minit. Okay. Aku ‘fed up’ dengan mamat ni.
**********************************************************************************************************************************
Bunyi
kenderaan dihadapan rumah sewa Aleesya membantutkan ‘perbincangan’ yang sedang
berlangsung. Aleesya mengintai. Oh no, Ammar!
“ Nana,
Ammar dah sampai. Jadi, aku ‘chow’ dulu. Jangan rindu aku tau” Aleesya
mengenyitkan mata.
“Euw, siapa
kau untuk aku rindu. Baik aku rindu Umar.” Nana menjelirkan lidah.
“ Anyway,
kau hati-hati ye. Berlembut sikit dengan Ammar tu.” Nana cuba memberikan
nasihat.
“I’ll try.”
Aleesya menjawab dua patah. Dia keluar pantas. Karang ‘singa jantan’ mengamuk
satu hal pulak.
**********************************************************************************************************************************
“Assalamualaikum.” Aleesya memberi
salam memandangkan Ammar sibuk mengadap jalan dengan telefon bimbit di tangan.
Benda alah tu lagi penting daripada aku ke? Huh!
Ammar
berpaling. Dia cuma menjawab dalam hati. Ammar memandang Aleesya atas bawah.
Kemeja purple bunga-bunga, jeans dan shawl yang dililit dengan kemas
menambahkan kecantikkan Aleesya. Memang tak dinafikan pun. Patutlah mamanya
berkenan. Dia? Entah.
“ Sorry aku
lambat. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.” Ammar memberi alasan.
Sebenarnya, beria-ia Karina mengajaknya
keluar. Terpaksa lah diturutkan walaupun dia sudah membuat ‘plan’ dengan
Aleesya.
“ Oh, it’s
okay.” Aleesya menjawab perlahan. Tahulah aku ni siapa, tapi ‘appreciate’ lah
aku sikit.
“ Mummy
kirim salam. Malam ni kita singgah sana. Sekarang ni kita pergi jalan-jalan.” Aleesya
terkejut. Jalan-jalan dengan Ammar. Berdua? Wah! Tidak kusangka.
“ Saya ikut
awak je.” Aleesya menurut. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Keluar dengan
mamat ‘handsome’ ni. Kereta Ammar meluncur laju meninggalkan rumah sewa
Aleesya.
continue............
Nota kaki: sebenarnya aku tak tahu mane mula mana akhir... nak mintak tolong bagi komen dan support untuk dia sambung balik cerita dia je..
Enjoy :)
No comments:
Post a Comment