Bismillah...
Sangat mengejutkan berdasarkan satu kaji selidik menyatakan 39% wanita Malaysia mengaku CURANG atau SELINGKUH ( indonesia ) terhadap pasangan mereka.
Adakah anda salah seorang daripada 39% ini ?
Boleh checklist dibawah ye... :)
Siapa dia yang curang ???
Pertama:
Seseorang wanita yang sudah bersuami curang apabila dia merealitikan perasaan sayang, cinta dan kasihnya kepada lelaki lain dalam perlakuan perlakuan salah seperti berjumpa lalu berlaku sentuhan tubuh antara kedua duanya.
Kedua:
Seseorang wanita yang bersuami menjalin hubungan cinta gelap bersama lelaki lain dan perhubungan mereka itu adalah setakat SMS, telefon dan bertemu di tengah orang ramai.
Ketiga:
Wanita yang bersuami meminati seseorang lelaki lain dan menyimpan perasaan dendam berahi terhadapnya dan sering membayang bayangkannya.
Hanya diri sendiri yang tahu sama ada kita seorang yang taat dan hormatkan pasangan atau tidak.
Sayang buah kepayang,
dimakan mabuk dibuang sayang.
Nota kaki: Kamulah wanita yang terbaik lagi beruntung jika hanya tertumpu kepada pasangan yang sedia ada lagi sah. :)
Enjoy your reading :)
No comments:
Post a Comment