Buku Denaihati

22 December 2012

Magnesium bantu Hidup Ceria.

Bismillah..
 
Selamat pagi semua. :)
 
 
Sebagaimana yang kita tahu magnesium merupakan keperluan gizi seharian bagi orang dewasa yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti jantina, berat dan saiz adalah 
 
 
300 - 400 mg / sehari.
 
 
Bagaimana pula kalau kurang magnesium ?
 
Kekurangan magnesium mengakibatkan kekejangan otot yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.
 
Secara amnya, faktor faktor kesibukan, stres, tidak menjaga pemakanan seperti pengambilan makanan segera mengakibatkan seseorang kekuranagn magnesium.
Kita tahu sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat molekul klorofil mengandungi magnesium.
Selain itu kekacang dan biji bijian dan sesetengah bijian sempurna juga adalah sumber magnesium yang baik.


Air juga mengandungi magnesium tetapi kandungannya berubah mengikut bekalan air.Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakkan makanan, ia biasanaya wujud dalam jumlah yang sedikit. 



Magnesium tidak dapat tercapai melalui hanya satu jenis makanan. Oleh itu, kita perlu makan beraneka jenis makanan termasuklah 5 sajian buah buahan dan sayur sayuran setiap hari dan banyak bijian untuk memastikan keperluan pemakanan magnesium mencukupi.


Gejala kekurangan magnesium.

Dibawah senarai gejala dan tingkah laku yang menunjukkan kemungkinan besar kekurangan magnesium dalam tubuh badan.
  • Luka / lebam yang lambat sembuh ( selain dari disebabkan kencing manis )
  • Mudah naik angin / marah.
  • Angina ( sakit dada tapi sebenarnya sakit jantung )
  • Mudah rasa cemas, dengupan jantung tidak stabil.
  • Penyakit lelah (asam ), bronkitis.
  • Migrain, kerap sakit kepala.
  • Sindrom letih keterlaluan.
  • Rasa sejuk dihujung jari kaki.
  • Sukar fokus, senang keliru.
  • Murung dan kemurungan lepas bersalin.
  • Kencing manis jenis 1 dan 2.
  • Fibromylgia ( sejenis sakit otot / sendi )
  • Ketagihan karbohdrat, coklat, masin dan makanan segera.
  • Tersedak, tercekik apabila makan dan minum.
  • Sakit jantung . dengupan jantung terlalu cepat.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Senang terkejut disebabkan bunyi bising.
  • Melahirkan anak yang mengalami penyakit Cerebral Palsy.

*yang garis tu yang dirasakan aku sendiri sejak kebelakangan ni.. hehehe :)

Tu yang kadang kadang mak, adik adik n membe teman aku pun tak faham dengan aku sebab aku tak suka kipas dan keadaan sejuk melainkan sejuk yang semula jadi. ( macam kat cameron highland tu )

Hope korang tak ada macam ape yang aku rasa dan yang aku senaraikan dekat atas ni.. Teruskan kehidupan ceria korang semua. :)


Nota tangan: Magnesium merupakan sumber elemen yang melegakan badan dan minda kita selain peranannya dalam kesihatan.


Bayam (1/2 cawan ) = 80 mg
Mentega kacang tanah ( 2sudu ) = 50 mg
Bacang bol ( 1/2 cawan ) = 45 mg
Susu rendah lemah ( 1 cawan ) =40 mg


Enjoy reading :)


No comments:

Post a Comment