Buku Denaihati

28 December 2012

Maybe Second.......

Bismillah....


Selepas makan dan berjalan-jalan berdua sahaja, Ammar terus memandu keretanya ke Putra Heights. Rumah ibu bapanya. Dan juga mertua Aleesya. Ammar hanya diam. Aleesya pula tidak berani bersuara. Kalau dengan orang lain bolehlah macam poyo je. Tapi dengan Ammar dia tidak boleh. Kang kena sebijik, buat sakit hati je.

            “ Hoi, bangunlah. Dah sampai.” Ammar mengejut Aleesya. Kasar. Ganas. Dia terus keluar dari kereta tanpa mempedulikan Aleesya yang terkulat-kulat.
            “ Ammar, tunggulah.” Aleesya menahan. Tapi, Ammar buat tatau je. ‘ Haih! Apa punya lakilah dia ni.’ kutuk Aleesya dalam hati. Aleesya bergegas keluar dari kereta Ammar yang ‘lawa’ ni. Tidak mahu pula mertuanya menantinya. Macam ‘princess’.
            “ Assalamualaikum.” Aleesya memberi salam. Dia terus bersalaman dengan mertuanya. Ammar terus menghilangkan diri. ‘ Mamat ni ingat dia biskut ke nak hilang-hilang macam ni. Huh!’
            “ Kamu berdua dari mana?” tanya Datin Aisyah. Datuk Farid hanya memandang dengan penuh minat.
            “ Oh. Tadi abang ajak keluar. Kami dari luarlah ni. Alang-alang tu kami datang sini sekalilah.” jawab Aleesya ramah.
            “ Jadi, kamu berdua tidur sini malam ni. Lagipun Sya takda kelas kan. Cuti kan? Kamu tinggal lah sini sementara cuti ni.” Datin Aisyah memberikan cadangan.
            “ Yalah Sya. Kamu tidur sini je.” Datuk Farid menyokong. ‘ Hailah, tidur sini maknanya satu bilik dengan Ammar. Kerja gila. Nana,  tolong aku!’ Aleesya menjerit dalam hati.
            “ Okay ma. Sya tidur sini. Sya naik atas dulu nak bagitahu abang.” Aleesya memberi kata setuju. 

Tidak sanggup untuk menghampakan ibu mertuanya yang sangat baik. Dia terus menghilangkan dirinya menuju ketingkat atas. Bilik Ammar.

*********************************************************************************************************************************

Aleesya menolak daun pintu perlahan-lahan. Terjingkit-jingkit untuk masuk bilik Ammar. Gaya macamlah  dia seorang pencuri. Nak curi apa dalam bilik ni? Hati Ammar? Haih!  Lagilah harapan.

            “ Kau buat apa masuk bilik aku ni?” satu suara mengejutkan Aleesya.
            “ Oh mak aku baik!” Aleesya melatah. Kuss semangat. Nasib baik aku ni sihat dan kuat. Aleesya memandang Ammar. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi gaya Ammar yang tidak mempedulikannya membuatkan apa yang mahu diperkatakan terbantut. ‘ Macam mana ni? Takut pulak aku dengan dia ni. Dengan orang lain okay je. Siap boleh wrestling-wrestling lagi.
            “ Eh. Takda apalah. Awak turun tau makan.” Aleesya terus berlalu. ‘ Matilah aku lepas ni. Makan hati punya lah.’

********************************************************************************************************************************

Suasana meja makan keluarga Datuk Farid sangat meriah. Tadi, anak sulung Datuk Farid dan Datin Aisyah, Kak Rina bersama anak-anaknya serta suaminya datang singgah. Hanya ingin melawat. Alang-alang, Datin Aisyah mengajak mereka untu makan malam disini.

            “ Rina, kamu bermalam disini ya?” Datin Aisyah mengajak. Tapi, Kak Rina menolak kerana ingin melawat ibu mertuanya.
            “ Okaylah. Takpe kalau macam tu. Ammar tidur sini, jadi mama ingat nak ajak Rina sekalilah.” Datin Aisyah memberitahu. Ammar memandangku tajam.        ‘ Kan aku dah kata. Mati.’ Aku bergegas ke dapur. Melarikan diri yang pasti.
            “ Weh. Apahal kau tak bagitahu aku?” terdengar suara Ammar dari belakang. ‘ Mana pulak mamat ni datang? Tadi elok dia duduk diam-diam kat depan.’
            “ Aku tanya jawablah. Aku tak suka lah kalau aku tanya tak da jawapan.” Ammar masih menanti jawapan. Dan mula mendekatkan dirinya ke arahku. Dan aku kegelisahan. Aku memandangnya.
            ‘Tadi saya nak bagitahu awak, tapi awak macam taknak layan je.’ Aleesya berkata dalam hati. Kang jawab macam tu naya je.
            “ Saya lupa.” Aku menjawab dua patah. Logik ke jawapan tu? Hah! Tak kisah.
            “ Lupa? Awak ni comellah.” Ammar berlalu meninggalkan Aleesya yang kekeliruan. Putus fius ke apa mamat ni? Apa kena-mengena jawapan aku dengan comel? Tersangatlah berbeza.

           
 Continue........




Nota tangan: Ni mungkin yang kedua kot... hoho plez feel free drop a few comments down there n give support to her... thanks so much... with love.





Enjoy :)



No comments:

Post a Comment