10 April 2014

Rasa Tanggungjawab

بسم الله الرحمن الرحيم

Hi,


Rasa sedih kene anak tirikan blog sejak dah kerja.. tapi lagi sedih sedih bila ada manusia yang tiada rasa sedikit or sebesar kuman rasa tanggungjawab dalam diri. Bukan nak kata diri saya sangat bertanggungjawab cuma saya rasa dalam diri setiap insan perlu ada rasa TANGGUNGJAWAB.


Contohnya macam ni pergi shopping mall, jalan jalan cari baju okay nak cubakan so masuk dalam fitting room.. dah cuba semua tapi tak ngam so keluar balik baju tadi letak kat mana? ada bakul kan disediakan tepi fitting room apa salah masukkan dalam tu tak perlu tinggalkan dalam fitting room sbb orang lain nak guna jugak nnt fitting room tu.. bukan awak sorang -_-


Kedua pada masa bila okay mula mula berkenan dengan baju kucing amik konon nak beli la kan.. jalan jalan lagi jumpa baju bunga.. amik lagi pastu perasaan rasa macam nak cancel je baju kucing tadi sbb dah jatuh suka kat baju bunga tuh.. disebabkan MALAS nak letak kat tempat asal korang letak je kat tempat baju bunga. Nampak tak kat situ dah tunjuk TANGGUNGJAWAB. Rasanya tak salah pun if korang letak semula kat tempat yg korang ambil tadi kan? or korang boleh bagi pada staff situ dan bagitahu korang tak nak baju tu. simple as ABC kn..

Setengah orang mesti kata "alaaa pekerja dia ada kan biar la dorg buat" bayangkan suatu hari nanti korang pulak berada kat tempat dia orang kata macam tu.. apa rasa? hah tak suka kan.. jadi pupuk rasa tanggungjawab dalam diri.. sedikit pun dah okay.. bukan nak suruh awak jadi pekerja tapi nak awak rasa TANGGUNGJAWAB. -_-


Shopping mall besar ada sediakan bakul tapi kalau butik ke mesti tak ada kan jadi apa salah kalau pulangkan semua ke kaunter dan bagitahu staff kata tak nak baju tu.. tak susahkan.. bila buat macam tu nampak RASA TANGGUNGJAWAB.

Sama juga bila mana korang nampak sampah besar macam botol plastik kat kawasan awam.. munculkan RASA TANGGUNGJAWAB dalam diri.. kutip botol tersebut dan buang dalam tong sampah.. hah senang je kan.. kita menyenangkan orang lain untk berjalan dalam masa yang sama percaya pada diri sendiri akan ada ganjaran buat kita sebab kita dah buat sesuatu yang baik...



p/s: Setiap sesuatu yang baik kita lakukan akan ada ganjaran untuk kita. Yakinlah




2 comments:

  1. nice entry. perkara kecik yang selalu diambil ringan

    ReplyDelete