12 February 2014

AWAS! Kesan sampingan Minyak Wangi

بسم الله الرحمن الرحيم



Hai...siapa suka minyak wangi? mestilah semua orang sukakkan.. boleh dikatakan minyak wangi salah satu benda yang paling penting bagi wanita.. opsss bukan wanita je lelaki pun.. setuju tak? Mestilah setuju sebab semua orang nak wangi sampaikan kereta, bilik tidur ada bahan pewangi. Tapi apa yang kita tak sedar adalah risiko terhadap kesihatan kita. 


Terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk. 


Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan kita kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.





Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu. 


Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson. 


Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya. 

Jadi alternetif lain boleh menggunakan produk wangian tanpa alkohol yang semakin bnyk dipsaran kita.. Antaranya ada keluaran SUCI, One Drop Perfumes dan SCARF Perfume. If korang ada suggestion lain boleh cadangkan di komen. :)


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat (hidung)."


                   




Thanks sudi baca ...





1 comment:

  1. Okay set! nanti ina cari suci/one drop/scarf perfume ehehhee

    ReplyDelete