Bismillah.......
Saya sedar yang saya banyak melakukan kesilapan bukan hanya sehari atau sekali.
Kadang kadang kita rasa betul je dengan apa yang kita buat padahal ianya tidak betul. So nampak tak yang kita boleh jugak melakukan kesilapan dalam kita TAK SEDAR dan juga SEDAR beserta NIAT.
Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dalam diri dia. Jika rasa ada silap dimana mana cepat cepatlah perbetulkan mana yang yang tak betul, bukan lagi mengeruhkan keadaan yang telah terjadi.
Kadang kadang kita cuba fikir untuk ubah keadaan menjadi seperti sedia kala tapi ianya hanya angan angan Mat Jenin, sama seperti apa yang terjadi sekarang ni. Keinginan membuak buak di hati ini tapi hanya tinggal angan angan sahaja. Angan angan tanpa usaha ibarat sia sia.
Dan kadang kadang juga kita tak cuba untuk fikir dan biarkan benda yang terjadi berlaku seperti tiada apa apa.
Boleh juga terjadi berfikir dan biarkan kerana kita tak bersalah. Saya Tak Bersalah.
Mungkin apa yang terjadi sekarang ini adalah tanda tanda untuk bagi kita sedar. Kadang kadang Allah takkn bagi balasan "cash " kepada hamba-Nya sebaliknya secara beransur ansur untuk sedarkan hamba-Nya.
Terpulang pada diri kita sama ada mahu dan tidak mahu saja. Jalan dibuka seluasnya untuk setiap hamba-Nya. Terpulang pada diri kita sama ada ingin melalui jalan itu atau jalan pintas yang lain. Walau pun ianya jalan pintas yang menyenangkan kita,kita kene ingat pasti ada halangan yang kita tak tahu sbb kita terlalu mahukan sesuatu dengan cepat dan pantas Dan ingatlah ianya tak semestinya kita akan dapat. Terserlah ketidaksabaran dalam diri.
No comments:
Post a Comment