05 November 2013

Resepi Kek Coklat Moist Kukus.

بسم الله الرحمن الرحيم



Lama tak melayangkan jari jemari kecil kat keyboard... Rindu.. tapi tak berapa sihat skang. Harap sudi sudi singgah lagi yea korang. Malam ni nak share satu resepi iaitu Coklat Moist Kek. Wujudnya rasa kegigihan dan rasa mengidam sebab nampak resepi dari Namee Roslan. Kalau beli kat luar kecik cenenot je.. haha tak puas.. coklat ni kene makan puas puas baru rasa kenikmatan yang tak terhingga kau. hihihi


Okay bahan bahan yang diperlukan:- 
Tepung Gandum.
Gula Perang.(Brown Sugar)
Serbuk Koko (aku guna Van Hauton)
Susu pekat.
Susu Cair (Full Cream Dutch Lady)

Soda bikarbonat.
Baking powder.
Minyak masak.
Butter.
Telur 3 biji.
Esen Vanila.


Hahh dah ada semua ni baru boleh buat. kalau tak cukup tak jadi.. ekeekee


BAHAN DAN CARA BUAT KEK:-
Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu X, Y dan Z.



Bahan X

  • 1 cawam gula perang
  • 1 cawan serbuk koko -ayak dulu. 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat


    Masukkan gula perang, susu cair, susu pekat dan minyak. Panaskan atas api perlahan. Dan confirm gula masak masukkan serbuk koko kacau sampai sebati.

Bahan Y

  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila

    Pukul telur sehingga kembang sekembangnya.
Bahan Z
  • 1 1/4 cawam tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

    Campurkan kesemua bahan Z ni dan ayakkan. Kenapa kene ayak ? supaya nanti tak ada ketul ketul hah nanti dah masuk dalam bahan X akan cantik and smooth. 


Okay dah siap semua bahagian kan.. (maaf la tak ada gambr yea sbb buat sorg2 tak ada PA) kalau nak gambar boleh tengok  SINI.



  1. Masukkan bahagian Y kedalam X.
  2. Kacau sehingga sebati betul betul sebati.
  3. Kemudian masukkan bahagian Z. kacau lagi sehingga sebati jugak.
  4.  Masukkan adunan tadi kedalam loyang (cake pan) atau cup cake. (separuh supaya kek tak terkeluar dari landasannya)
  5. Kukus selama 1 jam 20 minit atau 1 jam atau sehingga masak.

dah siap kukus selama 1 jam 10 minit. 



Untuk topping:-
Bahan-bahan:-
  • 1 cawan serbuk koko/ 1 bar coklat masakan.
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu butter
Cara, masukkan semua bahan. Sentiasa kacau dan kacau tau kalau tak coklat hangus. Untuk lebih selamat masak guna kaedah double boiler. Siap!



Dah siap semua tadi.. sapukan coklat (topping) atas kek sebanyak mana korang suka. Taburkan coklat rice sebanyak yang korang suka.. nak letak coklat cip pun boleh. Tadaaa siap untuk dimakan. 









Selamat Mencuba :)



5 comments:

  1. mmm..selalu jugak buat ni kalau ada permintaan. sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Lame fiza tak buat kek coklat moist ni..nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap...suka sangat makanan yg ada kaitan dgn coklat...

    ReplyDelete
  4. nyum..nyum...nak kek...dah lama tak membaking sendiri

    ReplyDelete