26 February 2013

#3 Asam Garam

Bismillah.....


Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah.
Bila hati masih gundah.
Bila syaitan membisik mudah.


Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah.
Bila hati mudah berubah.
Bila manusia memandang rendah.



      Berubah itu payah,
      Bukan semudah berkata madah.
      Tapi sejauhmana kaki melangkah.
      Sekuat mana mengekalkan istiqamah.



      Berubah itu payah,
      Bila diri dikawal amarah.
      Nafsu membara dengan mudah.
      Kelak diri makin parah.




Berubah itu payah,
Bila manusia tak henti menyalah.
Bila teman sudah tak kisah.
Bila teman disisi tiada sudah.




Berubah itu payah,
Namun segalanya tak susah.
Mudah bila kerana Allah.
Mudah bila kena pada kaedah.



Berubahlah walaupun payah.
Walau manusia sudah tak endah.
Walau masa silam selalu menerjah.
Kerana ajal dijangka susah.
Takut bila tak sempat berubah.
Kelak akhirat merana tak sudah.


Berubahlah,
Segalanya pasti indah.
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah.



                    Berubahlah,
                    Jika tidak dirimu parah.
                    Kelak menyesal tak sudah.
                    Jangan menyerah bila susah berubah.
                    Kepada-Nya kita berserah.
                    Di akhirat moga dikurnia Jannah.



InsyahAllah.




posted from Bloggeroid

2 comments: