Buku Denaihati

22 January 2014

Ada Apa dengan Maybank Cardless Withdrawal

بسم الله الرحمن الرحيم

Teringat dulu masa blaja jauhh nun kat utara sana.. lepas je keluar result terus dapat sambung belajar tak sempat nak buat akaun bank semua. Payah jugak nak keluarkan duit sebab hanya ada akaun Bank Islam je. Kesian kat Madam setiap kali nak bank duit belanja sebab Bank Islam jauh sangat dari rumah dan jauh dari tempat kerja dia. KadangII nak guna duit cepat kene guna akaun Maybank kawan atau  tunggu je smpi Madam free nak g Bank Islam. Memang payah.


Tetapi sekarang tidak susah lagi kerana adanya Maybank Cardless Withdrawal. Hanya transferkan dari akaun Maybank2u / Maybank2u App kepada penerima dan penerima boleh keluar duit tanpa menggunakan kad di mana mana cawangan mesin ATM Maybank. Mudah kan? If korang bukan pelanggan Maybank pun BOLEH juga menggunakan Maybank Cardless Withdrawal ni.


Bagi yang belum mengaktifkan Maybank2u app boleh aktif dengan ikut cara di dalam video ni..




Yang bestnya gunakan Cardless Withdrawal ni kalau dah keluar nak shopping or makan then terlupa bawak wallet boleh guna kaedah Cashless Withdrawal ni. Kan mudah tak ada la gabra semacam je kan.. hehehe


Langkah Langkah Menghantar:-
  • Login ke Maybank2u korang.
  • Pilih "Accounts Banking"
  • Klik "Transfer" *rujuk gambar dibawah* 

  • Tekan "Open Cardless Withdrawal" *rujuk gambar dibawah*



  • Masukkan maklumat semua ok. Yang tanda "*" WAJIB. 
  • Dah siap klik "continue".


  • Requset TAC dan masukkan. Kemudian klik "confirm".


Transaksi anda berjaya. 



Setelah berjaya, akan diberikan ID Transaksi 16 Digit dan Kod Pengeluaran 6 digit. Jika kita sendiri adalah penerima, ID dan Kod  diterima oleh kita sendiri. Jika sebaliknya, pengirim harus memberikan kod itu kepada penerima kerana tanpa kedua-dua kod ini, pengeluaran wang oleh penerima adalah dalam masa 24 jam.

IMG_3526
Contoh ID dan Kod yang diterima.


Dah setel semau langkah tadi penerima boleh pergi ke cawangan ATM Maybank yang berdekatan untuk mengeluarkan duit tanpa menggunakan Kad. 


Langkah-Langkah Pengeluaran:-

  • Tekan dan pilih " Pengeluaran Tanpa Kad "

IMG_3534

  • Masukkan 16/17 digit ID yang diberikan.
IMG_3535

  • Masukkan 6 digit " Kod Pengeluaran" yang diberikan oleh penghantar. Keluarkan duit dan senyum bahagia. hheehe
Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm dengan maybank


Siap dah.. Macam mana? Mudahkan? Sememangnya diakui mudah dengan Maybank Cardless Withdrawal ni. Antara kebaikannya yang ketara:-

  • Mudah
  • Boleh digunakan dalam keadaan terdesak pada masa tertinggal dompet atau tanpa kad ATM.
  • Boleh hantar kepada sesiapa sahaja termasuk bukan pelanggan Maybank. Cara kedua selain menggunak Interbank Transfer. 
  • Boleh digunakan pada diri sendiri jugak. 
  • Dikeluarkan dimana sahaja cawangan mesin ATM Maybank diseluruh Malaysia.

Cuma kene BERHATI-HATI dan TELITI semasa memasukkansegala maklumat yang diperluakan. Belum habis lagi tau.. haaaa ni


Berita Baik untuk SEMUA Pengguna Maybank Cardless Withdrawal!!!

Pihak Maybank menawarkan  hadiah RM500 setiap hari sehingga 5 February 2014 kepada 3 yang bertuah bila korang menggunakan Cardless Withdrawal ni. Ya ampun dah la senang dan mudah lepas tu dapat pulak RM500. Apa tunggu lagi? Jom cuba sekarang. ! :)



Apa pandangan anda mengenai Maybank Cardless Withdrawal?? Kongsikan jom.. Sumber gambar: Eyriqazz.Com



No comments:

Post a Comment