Buku Denaihati

26 September 2013

(TAHNIAH) Adam AF Sah Suami Fiza Elite Dengan Sekali Lafaz

بسم الله الرحمن الرحيم






Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.


Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi. Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan perkahiwinan pertama bagi Adam selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Semoga kedua mempelai bahagia hingga keakhirnya hayat. (^_^) Jom tengok ada beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan. Kredit picture to Roti Kaya & BaeutifulNara.



















2 comments: