Buku Denaihati

25 September 2013

Fizz Fairuz & Almy Nadia Bakal Nikah Tahun Hadapan

بسم الله الرحمن الرحيم






Pelakon Fizz Fairuz mengakui kembali bercinta dengan pelakon Almy Nadia dan merancang akan berkahwin pada awal tahun hadapan.

"Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.

"Tapi sebelum itu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. InsyaAllah saya rancang nak kahwin tahun depan," Katanya kepada Malaysian Digest.



Pada awal tahun lalu, Fizz Fairuz mencetuskan kontroversi apabila memutuskan hubungan cinta selama tujuh tahun dengan Almy Nadia, dan kemudiannya bertunang dengan seorang gadis. Namun pertunangan itu tidak bertahan lama apabila rahsia gadis tersebut terbongkar bahawa tunangnya itu adalah isteri orang.

"Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana."

Tambah pelakon berusia 33 tahun ini lagi, dia tidak akan memaksa atau meletakkan harapan tinggi kerana dia percaya jodoh adalah ketentuan Allah.




2 comments:

  1. Akhirnyaaaaa . Tahniah . suka dorang berdua . sweet ... kalau dah jodoh tak kemana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul kalau dah memang jodoh pasti bersatu jugak ;)

      Delete