Buku Denaihati

05 September 2013

#4 Hadiah dari Blogger Zamani84

بسم الله الرحمن الرحيم




Lama tak berbicara kat sini. Sekarang dah busy dengan bisnes kecil kecilan secara online di FB masa amat terhad untuk update blog. Kadang kadang dah taip satu perenggan boleh pulak tertidur walaupun niat nak update blog tadi berkobar kobar. Taip entry dalam mimpi la jadinya.. huhu


Disebabkan kesibukkan yang kecil tadi dah lama tak blogwalking kengkawan blogger tapi setiap hari wajib bukak blog sendiri untuk tengok jejak yg ditinggalkan. So pada siapa yang tinggalkan jejak memang akan singgah blog korang untuk baca entry terkini korang. Cuma I suka jadi "pembaca senyap" yang sentiasa mengikuti perkembangan cuma tak meninggalkan jejak sahaja. (^_^)



Dan juga dalam kesibukkan tu dapat hadiah daripada Abang Zamani

Zamani 84

Hadiah misteri sempena komentar di entri  Blogger Sekalian.. Tolong Aku Sound Dak Blogger Baru Ni Boleh Tak?







Memang tak perasan pasal ni tapi Abang Zam komen kat entry blog dan dia bagi tahu.. memula memang tak percaya.. terus terjah blog dia terus jadi speechless... teruja kejap.. sampai nak cakap apa pun tak tahu dah... (^_^) hahaha... Hadiah yang misteri yang dimaksudkan adalaahhhh...............



Ada 10 pilihan warna yang boleh pilih.. tapi kita pilih yang dalam gambar atas ni sebab ada leb leb tu hah nampak sweet gitu.. haha Sekali lagi terima kasih kepada Abg Zam untuk hadiah misteri ni... mmg betul betul misteri sampai jadi tak terkata.

Jom terjah blog Abg Zam korang (^_^) ---> http://zamani84.blogspot.com





p/s: camera on the way untuk sampai ke rumah. Dalam minggu ni sampai kata Gdex. Next entry will review the camera :)





2 comments: