Buku Denaihati

02 November 2011

Rumah owwHHHH Rumah

hmmmm. .bila difikrkan balik mmg susah nak cari umah sewa. . bila dh jumpe ad je yg x kene. .contohnye mcm ni:

  • rumah pertama ni okie dh. .pagar mmg dh safety dh. .siap ad bumbung ag 2. .mmg terlindung la dri hujan kn. .then kami pun masuk la umah 2, pintunye lawa. .hehe . . wwoooowww okie not bad this house. .speaking la skajp kn. huhu ruang tamu dye not bad. .okay la. .ad keselesaan. .then kami beralih plak pada ruang dapur dye. .emmmm :( jubin kt dinding 2 dh ad yg tertanggal. .usha plak bilik dye. .sume ad 3 bilik tp yg x bestnye x de kipas so terpaksa la bawak kipas sndri. .(xsuke coz malas nak angkut barang bnyk2, umah jauh la katekn) :) then yg paling penting tandas dye sangat menyeramkan kuasa dua. .huh! mmg x best tang ni la.. mangkuk tnds 2 pech sket. . seram kot nak buang air nnt. .emmm so rumah 2 cancel ! :)
itulah cerita untuk umah pertama. .ni cite umah kedua plak. .

  • hehehe. .umah ni ad la somewhere around here. .hehe :) bersebelahan dgn umah dak laki. .haha :D mcm x best je. .(nnt x leh la nak memekak n memekik) rumah ni nmpk mcm x ok coz pgr dye x safety sangat. .dh la senget benget pagarnye x tahu la boleh tutup ke x lg 2. .haha then kami pun bg la salam. . Asalamualaikum. .lepas 2 kami pun dijemput la untuk tgk umah 2 mcm manew kn. .emmm not bad la coz dye sediakan peti ais, tv, mesin basuh, n dapur. .ni sangat penting sbnrnye. .hehe yg x bestnye rumah ni mcm nak kene bukak lampu walaupn siang hari. .(tinggi bil nnt) then toliet satu je jd jgn la duk2 ramai2 ye. .nnt ad yg x g kelas bila ad yg TEERRRRRRRbangun lambt n sewaktu dengannye :) tp rumah ni dh sold out. !
rumah ketiga. . . . . . .


  • emmm ni cri pun tetibe tergerak hati nak g kt taman 2. .so kami pun pegi la. .taman 2 mmg bnyk la umah kososng tp dorg mcm x nak sewakan je. .(rugi tau. nnt aku nak beli bnyk umah kt kwsan mcm aku study ni then sewakan. .haha kn baik 2) :D kami pun pusing la taman 2. .2 kali tau. .pusing first 2 mmg x jumpe pape pn. .then kali kedua 2 la nmpk la ad pekataan sewa tp kt jalan raya aku nampak 2. .bukan tersangkut t pagar. .haha. .ape lg brek mengejut la kiteorg. .haha sengal je kitaowg ni. .then col no 2 ari 2 jugak kitaowg masuk tgk umah 2 mcm mane. .woooowwww sangat best. .ad 3 bilik n 2 bilik air. . :) suke suke. . lepas 2 disediakan kabinet dapur n dapur, peti ais n mesin basuh :) pagar pun dh safety habis. .kipas pun okie. .complete la katekn. . mmg ad peningkatan yg berkali ganda. TAAPPPPPIIIIII duet yg bakal keluar juga akan berkali~kali gandanye. . hahahaha. . mmg aku suka yg 2. . sewanye adalah RM 700 sebulan. . ayah dok perli aku hang nak duk sane ke? nak jd owg kedah ke? hahaha. . 
     emmmmm x tahu la mcm mane. . . pilihan yg tepat harus dbuat dgn serta mertakan dan teruskan usaha mencari rumah sewa yg lainkn. . ?

    mcm2 insiden n peristiwa lucu, sedih, gembira, sume ad saat mencari rumah sewa ni bersama 'dye' . . :)

    IBU & AYAH

    BESARNYA NIKMAT IBU MENGANDUNG.
    BESAR JUGA TANGGUNGAN SEORANG SUAMI/AYAH.

    • Dia bekerja dengan Tuhan. . jadi ' kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. :)   
      • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati TAPI cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang ye. .jangan bauat cuti sendiri pulak. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. . :)
      • Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. . lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. . Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? ? ? :)
       Marilah kita pegang kepada tali Allah.
      Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid. .Allah izinkan terus masuk Syurga. .

      Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

      • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
      • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. .   

      Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

      Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

      •  Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.   

      Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

      Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........  

      Wallahu'alam


      Sayang mama n ayah ------>>>Puan Suriyati & En. Nor Afandi

      01 November 2011

      Perkongsian Gambaran Hari Kiamat

      Bacalah, jika kamu seorang manusia.

      *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
      • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

      • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

      • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

      • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

      • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

      • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

      • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

      • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

      • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

      • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

      • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

      ⅰ- Pemimpin yang adil.

      ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

      ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

      ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

      ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

      ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

      ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

       
      •  Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
        sama2 kita renungkan........
        petikan ini dipetik dari facebook untuk disebarkan kepada yang lain2 di luar sane. . :) have a nice day u all. .