Salam sejahtera dan Assalamualaikum.....
Walau apa pun hidup ni mesti diteruskan. Untuk apa lagi berpaling kebelakang kalau yang tinggal hanya kenangan pahit yang akan mengingatkan kita pada yang lepas. Setiap apa yang kita lalui dalam sehari pasti akan berbeza dengan hari esok dan akan datang.
Jadi untuk itu sentiasa lah tabah menghadapi dugaan yang mendatang.
Hati rasa kosong. Kosong sangat. mungkin ape yang dicari selama ni belum ditemui. Kosong kerana ape ? Cinta? Harta? Iman? Kasih Sayang ?
Semua bercampur menjadi seribu tanda tanya dalam hidup aku.Itu hidup aku. Yang diluar sana ?
Pada setiap orang kita boleh kata kita suka. Betul tak ? Tapi untuk mejadi lebih dari suka bukan sesuatu yang mudah. Untuk memupuk perasaan kasih sayang itu bukan mudah bagi yang pernah putus cinta. Mungkin.
Jumpa sesorang itu tak mungkin kita akan jatuh cinta pada dia dengan hanya sekali padangan. Cubalah selami hati. Fahami dia.
Untuk apa banding-bandingkan seseorang itu hanya untuk menyakitkan hati. Semua yang diciptakan adalah sama disisi DIA. Yang beda ialah dimana kita nak cari kelainan antara kita dengan seseorang itu. rambut sama hitam tapi hati yang didalam lain sama sekali.
Bercakap sesuatu itu menggunakan akal fikiran bukan hanya mengikut kata nafsu diri sendiri semata mata.
"Saya suka dia" Tak semestinya apa yang kita lafazkan sama macam yang datang dari hati kita. Itu datang dari pandangan pertama kita melihat dia. Suka membawa maksud yang bermacam macam. Sehingga kadang kadang kita tak dpat nak tafsirkan kita suka akan sesuatu kenape.
Kita berhak untuk berkawan dengan sesiapa tapi yang penting berhati hati apabila memilih seorang kawan. setiap manusia ada niat dan ada tujuan dalam hidup dia.
Hargai apa yang ada disisi kita sekarang jangan biarkan ia pergi meniggalkan kita, kerana setelah ia hilang diri sendiri yang merana.
Jika seseorang itu tak menghargai kita bermakna ia bukan untuk kita.
Kata "Sayang" bagaikan sesuatu benda biasa yang senang diucapkan oleh sesiapa sahaja. Tapi jika ia ikhlas dari hati orang meluahkan yang mendengar pasti akan merasainya.
Luahan rasa hati yang disimpan setelah sekian lama. Slia beri sebarang komen yang membina untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment