12 March 2011

Pengertian CINTA


 Bismillah..........


Cinta...... Siapa tak pernah bercinta ? Sila tunjukkan diri kamooo.. HEHE

Ramai yang kat luar sana pernah merasa kan sakit kerana cinta, gila kerana cinta dan juga ada yang sanggup meragut nyawa hanya kerana cinta. 



Sesungguhnya cinta itu membawa bermacam rasa manis, pahit, masin dan tawar.  



1. Cinta Mawaddah
Cinta haru biru, membara dan mekar tanpa batas. Orang yang memiliki cinta jenis ini, mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin bersama pasangannya untuk memuaskan dahaga cintanya. dia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak dapat berfikir lain.


2. Cinta Rahmah
Cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dn sedia melindungi. Lebih memrhatikan orang yang dicintainya berbanding dirinye sendiri. baginya kebahagiaan kekasih adalah penting meskipun dia harus menderita serta sanggup mamaafkannya.
Cinta yang mempunyai pertalian darah juga termasuk dalam cinta rahmah ini, terutama cinta ibu ayah terhadap anak mereka dan sebaliknya. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekali gus biasanya saling setia zahir batin dan dunia akhirat.


3. Cinta Mail
Cinta sementara tetapi sangat membara sehinggag terabai seluruh perhatian pada hal-hal lain atau kurang beri perhatian. Contohnya orang yang berpoligami.


4. Cinta Syaghaf
Cinta yang sangat mendalam dan mamabukkan. orang yang diserang cinta jenis ini boleh menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak sedar apa yang dilakukannya.


5. Cinta Ra'fah
Rasa kasih sayang yang dalam hingga mengalahkn norma-norma kebenaran. Misalnya membela anak walaupun salah.


6. Cinta Shobwah
Cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda, "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli".


7. Cinta Syauq
Bermaksud rindu. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauzi dalam kitab 'Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin',syauq(rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih dan korban cinta yang apinya berada dalam hati sang pencipta.


8. Cinta Kulfah
Perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif walupun payah seperti ibu bapa mendidik anaknya.



* Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cendurung kepada maksiat.



No comments:

Post a Comment