بسم الله الرحمن الرحيم
Cuti cuti malaysia. Cuti rehatkan minda. Bila namanya cuti maknanya hari untuk hargai diri sendiri, berikan rehat yang terbaik untuk diri sendiri. Kali ini nak kongsikan pengalaman dan tempat menarik sepanjang percutian aku di A Famosa Resort Melaka baru baru ni bersama 4 orang lagi bloggers. Diharap pengalaman ini dapat memberikan serba sedikit info untuk korang merancang percutian bersama keluarga.
A Famosa Resort dari Stesen Keretapi Tampin hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dan 15 minit dari Tol Alor Gajah. Mudah untuk dicari. Aku gerak dari Pelabuhan Klang mengambil masa kurang dari 2 jam. Sampai di A Famosa aku turun padang untuk Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh pihak A Famosa. Kepada kaki pancing atau kaki joran jika ingin libatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak A Famosa Resort boleh layari laman web www.afamosa.com dan LIKE HERE untuk aktiviti terkini.
Ikan comel dalam kotak ini telah selamat menjadi milik my driver.
Selesai event memancing tadi baru dapat check in hotel. Kita duduk dekat D' Savoy Club House. Apartment 2 bilik. Satu blik boleh duduk 2 orang jadi 1 apartment boleh masuk 4 or 5 orang. Kalau nak masuk lebih pun boleh sila dapatkan extra tilam dan bantal.
Selesai memberi rehat diri sendiri kami semua dibawa oleh PR A Fomaso melihat accommodation seperti Resort Hotel, Condotel, Villa and Villa Suite. Gambar boleh tengok di Instagram saya.
Memang awesome sangat. Lagi lagi Vila Suite yang ada jakuzi dan interior design yang sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang merancang berbulan madu. First impression sangat la wowww macam tak percaya.
Setelah selesai, makan malam pertama di A Famosa di Golffer's Terrace Cafe Club House. Yang penting semua makanan berat yang dihidangkan aku rasa. Lauk lebih banyak dari nasi. Semestinya sedap. Lagi sedap baked fish yang disediakan. Tak perlu nak fikir tulang belulang, cedok sikit masuk mulut kunyah. 5 bintang aku bagi.
Banyak side dish yang disediakan, ada bubur,bermacam jenis kek, kuih muih, salad, buah buahan dan puding. Ni buffet jadi korang boleh makan selagi termampu.
Aktiviti sebelah malam aku pergi Cowboy Town atau nama barunya Old West. Tapi yang tak best sebab tak ada camera on that night. Cowboy Tow bukak pukul 6.00ptg-12.00 malam.
Macam macam ada dalam ini antaranya bowling centre, 4D cinema dan yang paling penting akan ada 2 show yang superb best dan menghiburkan. Red Indian Show dan Carnival. Red Indian Show bermula pukul 8.15 malam dan akan diikuti dengan Carnival Show pada pukul 9.15 malam. If korang tak nak terlepas semua show ni pastikan datang tepat masanya.
Selepas Carnival Show memang wajia ada FireWorks. Hah ni kita ada record sikit video. Maaf jika tak clear.
11.00 malam selesai semuanya dan masa untuk berehat.. Hari kedua sambung di entry baru.
waa. meriahnye .. :D
ReplyDeletememang meriah.. :D
DeleteTumpang tanya, bajet utk semua aktiviti di sini berapa ye?
ReplyDeleteTeena Tna bajet untuk aktiviti Water theme park+Cowboy Town(Old West)+ Safari Wonderland terbahagi dua ada weekday and weekand.
DeleteWeekend: RM90.00(DEWASA) RM73.00(KANAK2)
Weekday: RM80.00(DEWASA) RM63.00(KANAK2)
Ni untuk tiket masuk sahaja. :)
Tumpang tanya ye....apartment 2 bilik tu berapa harganya....
DeleteThanks
Sofea boleh terus rujuk ke laman web www.afamosa.com
Deletebest. (Y)
ReplyDeletesalam sis, nk tnye sis book direct website hotel ni or dari website lain ( agoda, booking.com and etc)? Sbb saye tngok kt agoda gmbr apartment die x same. condition bilik ok ke?
ReplyDeletewasalam dear... saya sarankan dear book direct dari website A Famosa Resort.. www.afamosa.com Selain tu di website tu mcm mcm info boleh dpt :)
DeleteMungkin gambar lama kot sbb yang kami amik ni gmbr the latest one :)
Keadaan bilik pulak semua dalam keadaan baik dan selesa :)
Saya harap ini membantu awak :)
Tumpang tanya sis, semua aktiviti2 ni disediakan dalam A Famosa Resort itu sendiri? Macam best je..Tak sabar nak gi..hehe
ReplyDelete