بسم الله الرحمن الرحيم
Cuti cuti Malaysia di A Famosa hari kedua. Sebelum mula aktiviti seterusnya sarapan pagi dahulu di Golffer's Terrace Club House. Menu sarapan pagi terdiri dari Nasi Lemak, Ayam Goreng, Kuih Muih, Bubur, Mushroom Soup. Untuk kanak kanak ada disediakan Coco Cruch, Honey Star with Milk. Untuk breakfast aku bagi 4 bintang.
Ini terbaik........ Butter Puding Bread.
Safari Wonderland ini lain dari yang lain. Kenapa lain? Ada Safari Adventure. Korang akan naik satu truck dan akan explore kehidupan dan persekitaran haiwan liar seperti Zirafah, Gajah, Harimau, Singa dan ada lagi. Mengambil masa 25 minit.
Kedua yang menarik ada Monkey Island. But on that day aku pergi monkey kecik kecik je ada so aku skip and next time nak explore semula. Menurut apa yang diterangkan Monkey Island ni korang naik bot dan akan pusing tasik yang khas diletakkan segala jenis monyet.
Ketiga, melihat haiwan lebih dekat dan beri makan. Kawasan berdekatan ada sediakan makanan jadi boleh beli dan bagi haiwan tersebut makan. Harga dalam RM5.00 - RM10.00. Haiwan ini semua jinak jinak belaka. Bila kita bagi haiwan makan rasanya berbeza dengan bila kita hanya mampu tengok haiwan tersebut. Contoh masa jalan hari itu pegang kuda, rasa kulit dia macam karpet. Nampak tak bila kita mampu pegang haiwan itu baru kita dapat rasa dan tahu.
Keempat, Orang Utan's of Borneo.Keluarga Orang Utan ini ada 6 semuanya. Lain kan ? Untuk alami semua ni jom bercuti di A Famosa Resort Melaka.
Dan salah satu pengalaman yang paling best dan tidak dapat dilupakan. Feeding Tiger atau nama lainnya Tiger Encounter. Dulu pernah bagi buaya makan, sekarang bagi harimau pulak. Mula memang rasa takut, takut harimau ambil tangan bukan ayam. Peluang ada jangan dilepaskan kan ?
Jadi inilah saya tengah bagi harimau makan. Harimau lebih tinggi dari ku.
Belum lagi habis menjelajah Safari Wonderland. Pukul 12.00 tengahari pergi tengok Colour of Birds Show. Show ni lain dari yang pernah aku tengok sebab sini aku dapat tengok Eagle dan Burung Kenyalang secara langsung. Eagle ini agak besar dan berbahaya. Lain dari itu burung burung yang pandai bercakap dan buat aksi melucukan.
Selesai sudah aktiviti pagi. Lunch hari kedua di Lake View Restaurant. Terletak dalam Safari Wonderland. Makanan semua menarik dan tertarik. 5 bintang.
Lokasi terakhir adalah Water Theme Park. Untuk menikmati segala tarikan yang ada di Water Theme Park A Famosa Resort anda harus meluangkan masa satu hari baru puas mencuba segala jenis permainan yang ada. Terkini Water Theme Park A Famosa Resort akan melancarkan satu permainan baru yang dinamakan Big Ice Cream. Memang big dan anda semua wajib rasai.
akan dilancarkan tidak lama lagi.
sebelum rancang nak naik patuhi syarat yang ditetapkan.
Dalam masa terdekat akan dilancarkan. Bersempena dengan musim cuti sekolah A Famosa Resort telah adakan package yang berbaloi untuk anda sekeluarga bercuti. Rancanglah percutian bersama keluarga ke A Famosa Resort Melaka.
Entri berkaitan: Bercuti di A Famosa Resort Melaka
toddless...
beraninya dengan harimau tu... akak walaupun berjaring akan tetap seriau dengan harimau...
ReplyDeleteBestnya dapat bercuti :)
ReplyDeletelama kot xg melaka
ReplyDelete