Buku Denaihati
Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

10 June 2014

Cuti Cuti Bajet: Pakej Percutian Murah ke Korea Selatan 2015

بسم الله الرحمن الرحيم



Hi,

Ini nak cerita mengenai pakej yea bukan percutian sebab daku tak mampu lagi untuk sampai ke sana mungkin satu masa nanti.. heheee Pakej Percutian ke Korea Selatan ini dianjurkan oleh Uzair OthmanPakej selama 7 hari 6 malam bakal memberikan korang percutian yang terindah yang selama ini korang idamankan dengan kos yang rendah serta menjimatkan. Pakej ini berkonsepkan backpakcer sesuai untuk semua peringkat umur yea....



Antara yang menarik di Korea Selatan:-

Trick Art Museum



Seoul Tower



Hello Kitty Cafe

20140426_112832(0)
Masjid Antarabangsa Itaewon

20140430_115803
Berbasikal di Nami Island

20140426_193447
Beli belah di Gangnam Underground


dannn banyak lagi tempat menarik....




HARGA PAKEJ (SEOUL + JEJU ISLAND)
  • RM 3750 per person (Penginapan dorm/hostel)
  • RM 4250 per person (Penginapan family room)
    ***Deposit bayaran RM 2000 Per person dan bayaran penuh sebelum 30 November 2014***


    TAMBAHAN JIKA MAHU (Tidak wajib)
  • Luggage 20 kg = RM 140 per person (Flight KL-SEOUL pergi balik)
  • makan dalam flight KL – SEOUL = RM 35 (pergi balik)
  • Flight Insurance = RM 50

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin sambung lawatan ke Everland Theme Park? (TAMBAHAN SEHARI)
  • Pakej termasuk tambahan sehari penginapan, Lunch & Dinner, Tiket Everland dan Transport.
  • Tarikh lawatan anda akan menjadi seperti ini 17-24 April 2015 (8 hari 7 malam)
8 HARI 7 MALAM (JEJU + SEOUL + EVERLAND)

  • Penginapan Hostel : RM 4100 per person
  • Penginapan Family Room : RM 4570 per person



PAKEJ TERMASUK:-
  • Tiket penerbangan pergi & balik (Airasia KL – SEOUL / Not include Luggage)
  • Tiket penerbangan pergi & balik (Seoul- Jeju island with 15 kg luggage)
  • Penginapan di Jeju Island & Seoul (Hostel/Dorm Concept)
  • Transport (subway/shuttle bus)
  • Airport transfer ke Incheon Airport
  • Makan seperti dalam Itinerary (Halal/Pork Free)
  • Tiket masuk tempat lawatan (seperti tertulis di Itinerary)
  • Tour Guide (Malay/English)

KELEBIHAN PAKEJ INI:-
  • Tempah awal untuk dapat harga semurah ini.
  • Airport transfer disediakan untuk pulang ke Airport Incheon
  • Shuttle bus dari Seoul ke Nami Island.
  • Laundry, Iron, Dapur dan water dispenser (heater) di sediakan di hostel.
  • Masa fleksible mengikut keinginan pelancong.
  • semestinya ada WIFI yang pantas !!!
  • Tidak akan bawa ke kedai ginseng atau barang kemas.


Untuk Travel Itinerary JEJU ISLAND + SEOUL (7 Hari 6 malam) anda boleh baca sepenuhnya disini >> PAKEJ MURAH KOREA SELATAN 2015


PERHATIAN!! 
Pakej yang ditawarkan oleh Uzair Othman adalah pakej yang paling termurah untuk ke Seoul dan Jeju Island. Anda takkan akan dapat yang semurah ini ditempat lain. Dan yang paling menarik siapa tempah pakej ini awal akan dapat harga terendah.. 







Untuk tempahan dan pertanyaan anda boleh hubungi beliau melalui cara cara dibawah:-
Email : uzairblog90@gmail.com
Facebook : Uzairothman.com 







13 January 2014

Bali antara Tempat Ingin Jejak Kaki

بسم الله الرحمن الرحيم


Bali... Bali Indonesia yang terkenal sebagai tempat bulan madu. Dan menjadi salah satu tempat yang aku nak jejak kan kaki bersama Incik Suami. hehehe 




Kenapa Bali? Dan Apa yang menariknya?

Menariknya pasti pemandangan dan i nak shopping di Indonesia dan daerah berdekatan serta mengenali Negara orang. Nak tahu apa yang menarik di Bali, Indonesia? Jom baca catatan perjalan seorang sahabat blogger Mr. Jocko. 

17 November 2013

Bercuti di A Famosa Resort Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم


Cuti cuti malaysia. Cuti rehatkan minda. Bila namanya cuti maknanya hari untuk hargai diri sendiri, berikan rehat yang terbaik untuk diri sendiri. Kali ini nak kongsikan pengalaman dan tempat menarik sepanjang percutian aku di A Famosa Resort Melaka baru baru ni bersama 4 orang lagi bloggers. Diharap pengalaman ini dapat memberikan serba sedikit info untuk korang merancang percutian bersama keluarga.


A Famosa Resort dari Stesen Keretapi Tampin  hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dan 15 minit dari Tol Alor Gajah. Mudah untuk dicari. Aku gerak dari Pelabuhan Klang mengambil masa kurang dari 2 jam. Sampai di A Famosa aku turun padang untuk Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh pihak A Famosa. Kepada kaki pancing atau kaki joran jika ingin libatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak A Famosa Resort boleh layari laman web www.afamosa.com dan LIKE HERE untuk aktiviti terkini.

      





Ikan comel dalam kotak ini telah selamat menjadi milik my driver. 



Selesai event memancing tadi baru dapat check in hotel. Kita duduk dekat D' Savoy Club House. Apartment 2 bilik. Satu blik boleh duduk 2 orang jadi 1 apartment boleh masuk 4 or 5 orang. Kalau nak masuk lebih pun boleh sila dapatkan extra tilam dan bantal. 





 Macam mana? Menarik dan tertarik uolls. Kalau tak percaya sila alaminya sendiri yea.. Kedua dua blik dan ruang tamu ber air-cond. Setiap bilik ada bilik mandi dan salah satu bilik mandi ada bath tab. Kalau nak feeling feeling spa boleh bawak set spa sekali yea bila datang. Ada meja makan dan dua ruang dapur yang selesa. Serta dilengkapi dengan peti ais. Sterika juga disediakan.


Selesai memberi rehat diri sendiri kami semua dibawa oleh PR A Fomaso melihat accommodation seperti Resort Hotel, Condotel, Villa and Villa Suite. Gambar boleh tengok di Instagram saya.

Memang awesome sangat. Lagi lagi Vila Suite yang ada jakuzi dan interior design yang sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang merancang berbulan madu. First impression sangat la wowww macam tak percaya.

Setelah selesai, makan malam pertama di A Famosa di Golffer's Terrace Cafe Club House. Yang penting semua makanan berat yang dihidangkan aku rasa. Lauk lebih banyak dari nasi. Semestinya sedap. Lagi sedap baked fish yang disediakan. Tak perlu nak fikir tulang belulang, cedok sikit masuk mulut kunyah. 5 bintang aku bagi.







Banyak side dish yang disediakan, ada bubur,bermacam jenis kek, kuih muih, salad, buah buahan dan puding. Ni buffet jadi korang boleh makan selagi termampu.







Aktiviti sebelah malam aku pergi Cowboy Town atau nama barunya Old West. Tapi yang tak best sebab tak ada camera on that night. Cowboy Tow bukak pukul 6.00ptg-12.00 malam.




 

Macam macam ada dalam ini antaranya bowling centre, 4D cinema dan yang paling penting akan ada 2 show yang superb best dan menghiburkan. Red Indian Show dan Carnival. Red Indian Show bermula pukul 8.15 malam dan akan diikuti dengan Carnival Show pada pukul 9.15 malam. If korang tak nak terlepas semua show ni pastikan datang tepat masanya.





A Famosa, Harga bili A Famosa Resort, A Famosa Resort, A Famosa Resort melaka, A Famosa Waterworld, A Famosa Resort review, hotel di A Famosa Resort, harga tiket A Famosa Waterworld, A Famosa Resort best, tempat percutian A Famosa Resort melaka, melaka, Tourism Malaysia, #VMY2014,



Selepas Carnival Show memang wajia ada FireWorks. Hah ni kita ada record sikit video. Maaf jika tak clear.




11.00 malam selesai semuanya dan masa untuk berehat.. Hari kedua sambung di entry baru.