Buku Denaihati

14 February 2013

Days

DUA.


Apa yang boleh aku katakan aku sudah jatuh ditimpa tangga. Ye memang aku jatuh cuma tak ditimpa tangga je. aku yang timpa tangga tu.

Sangat malu. tersangat malu. hahahaha malu dengan kakak aku n dia. seriusly aku memang tak nampak yang ada lagi anak tangga. padahal anak tangga last je pun.. nasib air yang aku pegang tu tak tumpah.. pastu jatuh macam sopan kot.. haha *perasan jap* nak tahu sopan ke tak kene tanya orang yang nampak aku jatuh. hahaha 




dah jatuh tu sempat lagi jerit...  " Makkkkkk "


Alhamdullilah tak ada kecederaan serius.. lepas jatuh tu aku sempat lagi jalan jalan cari pasal kat masjid india kot... aku sendiri pun tak tahu aku ikut jewk.. dah balik umah bawu terasa sakit kat ibu jari kaki. 


TIGA

Semalam dah kes jatuh tangga..... hari ni kes apa pulak.. owhhhh hari ni tak ada kes besar pun.. hahaha
Hari ni jumpa dia. Dia datang hantar kasut.. haishhh malu pun ada.. semua benda pinjam dye punya.. awak.. terima kasih banyak banyak.. banyak banyak terima kasih tau :)


Hari ni pun ada juga perkataan malu.. HAHA






EMPAT

Hari ni start kerja. Kerja dan kerja. Semangat nak keja tapi bila pagi pagi je aku jadi budak yang diam seribu bahasa. Sampai opiz baru aku bercakap dengan orang. TENSION !!!


Aku TENSION sbb pagi pagi aku macam tuh.


dan pagi hari ni juga lah aku kehilangan sesuatu. aku hilang HANDPHONE aku. 


Wei aku sayang hp tuh sbb aku beli guna DUIT PTPTN aku. *jujur*
Sbb aku yang beli bukan parents aku yang beli.
Sbb itu hp kedua yang aku beli sendiri.
Sbb hp tuh aku beli dengan kakak angkat aku kat KEDAH.
Sbb aku beli hp tuh kat KEDAH. *ok ni saje gedik* HAHA


Dan yang paling penting aku hilang semua mesej mesej dia. Dan aku hilang semua mesej yang bermakna dari dia. 

Setiap hari aku cuba perah otak aku untuk ingat 6 perkara yang di pernah mintak kat aku. 6 perkara mudah dari dia. Kadang kadang masa aku nak mandi aku stil cuba untuk ingat pasal 6 perkara tuh. Masa aku duduk dalam bilik sorang sorang tanpa buat apa apa. sebab tuh bila aku duk sorang sorang aku akan layan SUDOKU sampai otak aku jem nak selesaikan.


Nak sangat 6 perkara tuh.... tolong datangkan 6 perkara tuh dalam mimpi ku. 


" Hmmm redha la wey"
" Aq pn pnah rse mcm ko rse"


Ye aku terima. Tapi kadang kadang aku teringat kat hp tuh.. Walaupun hp tuh tak secanggih hp yang ada sekarang tapi hp tuh sangat value pada aku. Tersangat. 
Hp tuh penah rase kene baling. Mandi hujan. Jatuh dalam air hujan. Jatuh. Ditindih. Walaupun apa aku buat dia masih berkhidmat dengan elok kat aku sampai dia hilang hari ni.

Nak 6 perkara. !!!



LIMA

Aku dah berhenti berharap. Aku tahu aku tak mungkin dapat hp tuh balik. Dan aku pun tak semangat nak g buat sim card baru. 

Hari ni aku jalani kehidupan seperti biasa. Biasa dan biasa tanpa hp tuh. 



ENAM.

Aku cuba untuk ingat contacts dalam hp tuh.. hanya certain je aku ingat. Maaf la ye pada yang aku tak ingat tuh..

Dia.
Mama.
Along. 
Kakak Amy.
Senget.
Aretiq.


Ni je yang mampu ingat. Nampak tak betape teruknya aku. ye aku tahu memang aku teruk.





TUJUH.


Hari ni baru aku buat pengumuman yang hp aku hilang. Aku tak rancang pun nak bagi tahu tapi sbb perempuan hipokrit tuh aku terpaksa buat semua ni.. Arggghhhh tak habis habis... 


Hari ni aku masih dail lagi no yang tak mungkin berjawab tuh... Uwaaawawa sedihhnya....



LAPAN.

Sweet TWENTY to myself. HAHAHA..





Memang terseksa sikit 3 hari berturut turut ada je benda tak kene. Aku mengharapkan hari akan datang selepas 20 tahun nanti sentiasa diberkati ilmu, rezeki dan kesihatan yang diberikan, dimurahkan rezeki yang DIA bagi pada aku, diberi kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal.



Thanks for reading :)
Okay bye.



No comments:

Post a Comment