Buku Denaihati

05 February 2013

6 Rahsia Pemilihan Warna Si Jejaka

Bismillah.................






Ada 6 rahsia pemilihan warna oleh si jejaka.. kini tidak lagi rahsia sebab korang dah baca.. hikhok.. 



PUTIH 
- Melambangkan kesucian dan kesegaran. Simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang pelukis professional. Juga turut melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.


MERAH
- Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya, ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja kerjanya. aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual dan kemarahan.


HIJAU
- Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda. Jaga jaga warna hijau sering dikaitkan dengan perasaan cemburu.. hati hati yooo...


UNGU
- Warna peningkatan spritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.


HITAM
- Warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


COKLAT
- Sering dikaitkan dengan tanda wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Jadi jika mahu mempunyai masa depan yang terjamin, pilihlah sang lelaki yang memilih warna coklat.






Nota kaki: ini sekadar perkongsian.. betul atau tidak.. suka suka.. jika betul maka betul lah.. :)





Peace no war :)

No comments:

Post a Comment