Buku Denaihati

14 December 2011

15 Tanda-Tanda Orang MALAS

Selamat pagi :) Asalamualaikum readers :)

Ini hah aku share something yang aku bace dari sebuah buku :) tajuknye seperti diatas tu..


Betul atau tak hanya anda tentukan :)
Kesemuanya ada Lima Belas (15 )
  1. Mereka yang tahu melakukan tapi tidak mahu melakukannya.
  2. Mereka yang boleh melakukan tapi enggan melakukannya.
  3. Merek yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
  4. Mereka yang sanggup melakukan tapi ingkar melakukannya.
  5. Mereka yang ditugas melakukan tapi menolak atau tidak menjalankan tugas.
  6. Mereka yang berpeluang melakukannya tetapi mencari alasan tidak mahu melakukannya.
  7. Mereka yang diberi kemudahan melakukan tetapi menganggap payah melakukannya.
  8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak melakukannya.
  9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak melakukannya.
  10. Mereka yang sering melakukan tapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
  11. Mereka yang mahir melakukan tapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
  12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu cuba melakukannya.
  13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak daripada melakukannya.
  14. Mereka yang berkelapangan melakukan tapi mendakwa suntuk melakukanya.
  15. Mereka yang berdaya tapi berpura-pura tidak boleh buat.

 Komik berkaitan MALAS :D

So janganlah jadi macam ni ye :) hehe dan disini ad doa



Kalu kabur boleh click http://1-800-amirah.blogspot.com/2011/06/saya-berpenyakit-malas.html

Happy reading readers :)