Buku Denaihati

11 November 2011

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN JKE :)

ARAHAN PEPERIKSAAN

SEMUA CALON HENDAKLAH MEMATUHI ARAHAN-ARAHAN BERIKUT

  1. Calon diminta berada di luar pusat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  2. Calon yang lewat lebih daripada 30 minit selepas peperiksaan dimulakan adalah dilarang masuk ke pusat peperiksaan dan seterusnya, tidak boleh menduduki peperiksaan bagi kursus tersebut.
  3. yang lewat tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan dimulakan akan akan dibenarkan menduduki 
  4.  peperiksaan tetapi waktu tamat peperiksaan bagi kursus tersebut adalah sama dengan calon yang lain.
  5. Calon di kehendaki membawa kad pelajar dan slip pendaftaran kursus. Kegagalan membawa kad pelajar boleh menyebabkan calon dihalang daripada memasuki pusat peperiksaan untuk menduduki peperiksaan kecuali mendapat kebenaran bertulis dari pegawai peperikaa.
  6. Calon dilarang meninggalkan pusat peperiksaan dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan tamat. Dalam keadaan tertentu di mana calon perlu keluar dan masuk semula, kebenaran daripada pengawas adalah diperlukan.
  7. Calon dilarang meniru, cuba meniru atau memberi tiru dengan apa-apa cara jua semasa peperiksaan.

(Rujuk buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Penilaian Edisi Ke-3 Februari 2009)

14.11.2011 ( ISNIN )

BB101 ~ ENGINEERING SCIENCE
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B28

15.11.2011 ( SELASA )

ET 101 ~ ELECTRICAL TECHNOLOGY (DEP2A,DET2C,DET3D,DEP3B, DEP1D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B21



16.11.2011 ( RABU )

BA101 ~ ENGINEERING MATHEMATICS 1 (DEP1D,DEP2A,DET2C,DET2D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: BLUK 1



17.11.2011 ( KHAMIS )

EE 101 ~ MEASUREMENT (DET1D,DEP2A,DET2A,DET2C,DET2D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B28

10 November 2011

Berterus Terang Jeee !!

emmm. . . topic 4 today??? thinking 4 a while. .

hah dah jumpe dh. .ni dye. . . .

SEBUAH KISAH YANG SESUAI DIBACA UTK PASANGAN YG SEDANG BERCINTA :P

Saya suka ... tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..




02 November 2011

Petua ~ Petua :)

Empat perkara menguatkan badan
 

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 


Empat perkara melemahkan badan
 

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
 

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 


Empat perkara merosakkan mata
 

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat 


Empat perkara menajamkan fikiran
 

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rrajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama 


4 CARA TIDUR
 

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH ~ Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN ~ Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. . .



sama ~ sama kita renungkan :)