Buku Denaihati

29 June 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap kali menjelang Ramadhan Al Mubarak menikmati berbuka bersama keluarga adalah yang terindah sekali. Pastinya semua tidak melepaskan walaupun sehari untuk berbuka bersama yang tersayang kan? Meh saya nak kongsikan satu Promosi Buffet Ramadhan oleh Ombak Creative. Sempena Ramadhan 1435H Ombak Creative menyediakan hidangan Buffet Ramadan di Casa Ombak, Kuala Lumpur. 









Sebelum bercerita lebih lanjut sedikit info untuk anda, Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.


Mereka telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koprat dan persendirian. 


Lokasi mereka terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur. Yang menariknya, suasana yang disediakan buat pelanggan mereka berkonsepkan ala "garden" yang pastinya santai dan menenangkan. 




Pakej Buffet Ramadhan Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur. 





Menu Utama.

Menu utama mereka adalah hidangan Masakan Kampung. Masakan kampung yang sesuai untuk semua lapisan umur dan berkhasiat kerana terdapat ulam ulaman dan sambal belacan yang menjadi kegilaan ramai. Selain itu, mereka turut menyediakan beraneka jenis juadah dan stall corner oleh Chef mereka yang handsome dengan harga yang sangat berpatutan.


Harga Buffet Ramadhan
Dewasa: RM 55.00nett

Kanak-Kanak: RM27.00nett (5-12tahun)



Kemudahan Bersolat Disediakan.

Berbuka puasa di Casa Ombak Kuala Lumpur anda tidak perlu risau kerana pihak mereka telah menyediakan ruang untuk bersolat untuk muslimin dan muslimah.

Setelah selesai menikmati juadah dan juga santai bersama keluarga boleh la menunaikan solat secara berjemaah.


Lokasi serta Peta dan Tempahan.
Lokasi: No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur. Landmark berdekatan adalah Double Tree Hotel, The Intermark dan juga MCE World Wide.




Tempahan boleh dibuat untuk individu, kumpulan, sekeluarga, syarikat dan lain lain. Anda digalakkan membuat tempahan lebih awal. Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

Seperti yang anda sedia maklum mereka membuat catering, majlis perkahwinan untuk melihat lebih lanjut jenis perkhidmatan yang mereka sediakan boleh like Facebook page mereka Ombak Creative page


Saya nak ucapakan Salam Ramadhan 1435 Hijrah buat anda yang bertandang ke blog saya. Terima Kasih diucapkan. Ampun maaf dipinta andai ada silap dan kata. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih manis, lebih isi  dan lebih bermakna dari tahun sebelumnya. 

6 comments:

  1. Salam Ramadhan, nampaknya Buffet Ramadhan Casa Ombak makin popular disebabkan ramai blogger mempromosikan.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan semoga ibadat tahun ini berganda/ganda pahalanya.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan al mubarak dari saya sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Peraduan Buffet Ramadhan Casa Ombak ini sangat mencabar. Banyak saingan yang perlu disaingi.

    Ikhlas,
    Arieon.my

    ReplyDelete
  5. Salam... Buffet Ramadhan memang terbai. Saya datang dari contest yang sama untuk mengucapkan semoga berjaya.

    ReplyDelete