Buku Denaihati

03 September 2012

Renung Renungkan Dan selamat Beramal


Hai guys. :) How ur day ? Hope U all enjoy baca conteng conteng Sya ye ^_^
Hari ni nak kongsi something yang Sya dapat dari kawan, Sya rasa sangaatt berguna pada kita semua :)
Lama dah simpan baru jumpa.. *bnyk sangat khazanah zaman dahulu kala

Ni perkongsian pada semua :)

KEIMANAN menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang - orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang - orang yang ahli ibadah.

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap - cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Sahabat yang BERIMAN ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang SETIA bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat SEJATI menjadi PENDORONG IMPIAN. Sahabat BERHATI MULIA membawa kita ke JALAN ALLAH.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu menguburkan aib -aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

"Ingatlah, SABAR itu IMAN, DUIT bukan KAWAN, DUNIA hanya PINJAMAN dan mati tak BERTEMAN".

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana membaca itu sumber hikmah. Menyediakan waktu TERTAWA kerana tertawa itu muziknya jiwa. Menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana berfikir itu pokok kemajuan. Menyediakan waktu untuk BERAMAL kerana beramal itu pangkal KEJAYAAN. 

dan juga menyediakan waktu untuk BERSENDA kerana bersenda itu akan membuat kita MUDA SELALU, Dan menyediakan waktu BERIBADAT kerana beribadat itu adalah IBU dari segala KETENANGAN JIWA.


p/s: Silah lah kongsikan pendapat korang kalau ada. Dan juga korang boleh kongsikan post ni pd sahabat korang yg lain juga :) Thanks for reading ^_^.

No comments:

Post a Comment