Buku Denaihati

24 November 2011

Lukenabeb !

Rumah ku dah bersawang. .al maklum la. . busy sekarang ni. .hehe :)
time 2 bersihkannye dgn citer baru. .huahuahua. . :P

Hah entri kali ni nak cite adalah pasal sorg mamat ni hah. . 

Dye bengang ngn kitaowg kot kn pastu dye siap post kat FB lagi. . adusshhh dye ingt aku x on9 ke. . dye ingt aku x tahu ke sape yang dia maksudkan 2. . mmg mangkuk tingkat betul. . 

ape la mamat 2. .nasib la jauh kalu dekatkn mmg dah aku kejekan mamat sampi lunyai aku buat. .
  Ni hah aku nak cakap kt ko. . yang ko g pecaye ape yang kitaowg cakap 2 kenape ?? huahuahua :P
dah ko pecaye kitaowg pun tewus la g langkah yang seterusnya sampai la ko tahu yang sebenar. .huhu. .kitaowg main wakenabeb so ko la mangsa kitaowg yang petame  . . ngeehhhh ~

Aku ingt lagi ko siap cakap dah tengok gmbar dye tunang.. adussshh aku gelak tergolek2 kat lam bilik aku. .gmbr mane la ko tengokkn. . huahuahua. .

Then aku bukak profile ko ad gmbar album tunang. . mesti bukan ko tgk gmbr dye tunang tapi orang lain punyekan. .hekhekhek.. jgn mrah :P
yang penting x de gmbar tunang dye . . hek 3 !
Mmg bajet HOT la kamu ! hahahaha kalu aku nak printscreen ape ko tulis boleh x mamat ?? hehe aku harap la mamat 2 bce ape yang aku post ni. . huahuahua. . :)

Nak balas balik kat kat aku! ? hahaha :P

p/s : Nantikan episod wakenabeb dgn mangsa seterusnya dari Saya. . hehehe . .

22 November 2011

Indahnya Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaan i rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :

A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.

Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat 105)
“Barang siapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
-Berpesan-pesan sesama insan-

19 November 2011

Kenali Wanita :)

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
p/s : tak tahu la betul ke tak. . alhamdullilah la pada yang betul. . kalau tak betul atau tak sama tu harap dimaafkan :)

Cuti cuti cuti sem laaa. .

Asalamualaikum n selamat sejahtera kawan2 semua :)

Entri kali ni about CUTI SEMESTER SAYA :)

Cuti semester saya sudah bermula. . jgn jeles pada kawan2 yang dah kene masuk blaja ye. . ad yang macam2 ragam yang aku lihat kat laman muka buku. . terpakse, rela terpakse je blik ke tempat masing2 hahaha. . #gelakjahat jgn marah :P

hermmm. .ape la yang aku nak wat ye bila cuti sem ni ? any idea to all my frenszz ??? now me at jitra lagi. . belum lagi balik selangor. . hehe kalu la ayah bagi duet nak sangat g langkawi. . boleh bercuti skjap then nak beli coklat banyak2. . hehehe :) lame dah x g langkawi. .

kalu nak keje pn bukan cuti lame mane pun. . huhu. . so duk umah kehcik kn badan la jwbnye. . hehehe :) nak kuwus ke ? x la. .cume diet je hahaha. . ape lagi yang best ? tgk tv ?mcm x best je. . sbb aku ni bukn la suke tgk tv sngt. . aku tgk kalu aku ikut cite 2 je. . emmmm sangt la buhsan :(

kalu la dpat g karoke. .leh aku melalak sepuas2nya sampai hilang suara ni. . hahahaha. . then g lepas kn geram kt pusat bowling. . huhuhu. . mmg aku suke buat semua 2. . cume ad 1 je yang menghalang dari aku buat semua 2. . jwpannye ialah DUET !!!

nak tahu sbb ape duet yang menghalang dari aku buat semua 2?
sebab aku TAK ADA DUET LA. . .hahahaha :)

hermmmm ad satu benda aku nak share kn nie. . ad sorg yang aku sayang ni akn menjalani pembedahan kat mata dye. . ikutkan tarikh 30 hb ni. . jd pada kawan2 saya semua doakan orang yg saya maksudkan. . harap sume berjalan lancar. .

kepada rakan2 yang bercuti diluar sane manfaatkan la cuti anda sepuas2nye ye. . manfaatkan dgn perkara yang berfaedah. . hehe :)

p/s : kepada pelajar politeknik 21.12.2011 adalah pendaftran anda untuk semester seterusnya. . :)

Final dah tamat :)

Asalamualaikum n selamat sejahtera kawan2 :)

FINAL SAYA DAH HABIS !!!

akhirnye penantian saya sudah berakhir :) Sukenye saya. . hari 2 membilang hari untuk final ni pula saya membilang hari untuk result. . huhuhu. . pada subjek yang x berape nak study sngt 2 hope dapat la lulus jgn la failed. . kalu failed habis la saya. . huahuahua. . mmg kene balun nnt. . huhuh :P

kang x pasal2 kene kawin. .hahaha. . xnak2 ! lambat lagi nak rase benda 2 sume. .huhuhu :P

final yang amat menakutkan. . takot sangat kalu ad yang kene repeat. .

ma n ayah doakan kakak x kene repeat ye. . kalu kakak kene jugak ma n ayah maafkan kakak ye. . kakak tahu 2 sume salah kakak bukan salah sape2. .kakak akan betulkan . . harap ma n ayh bagi sokongan. .kakak tak nak sedeh2 kt sni. . kakak nak hepi je. . sayang sume kt selangor :)

15 November 2011

Pengalaman :)

sebelum ape2 bersihkan dulu kampung ku yang dh berhabuk ni. .huhuhu lame x jenguk. . rindu3! :)

10 minit kemudian.....................

dah bersihhhh. . dah bg seri yg baru. . :) huhu hope ramai yang jengku kampung ku :P


bermulanye pengalaman aku menduduki exam di peringkat IPT . . hehe

ape yg aku boleh ckp mmg sangt best la. . coz tempat duduk x ditetapkan so kita mmg boleh pilih sape yg nak duk sebelah kita. . hehe :)

kedua jarak mmg x jaauuuuuhhhhhh la. . hahahaha. . bayang bgai nak rak ingt jauh la sngt last2 emmmm biasa je. . mmg org sebelah boleh nmpk jwpan la. . lagi2 kalu jwpan objektif mmg boleh copy n paste je. . hehehe :P

keluar ke tandas kene tulis name. . hehe second time aku tgk. . mase first dulu kt sepang time bulan puasa. . hehe
dorg wat cam ni nak trace dak mane yg selalu nak ponteng solat tarawih. . hehe biasa la tarawih 8 rakaat ad yg x larat sbb mase buka mamam bnyk sangt. . hahahaha :P

masa yang sangt sekejap menjwb soalan . . hahaha 2 jam 2 lame tp entah la maybe aku x sihat kot 2 sbb 2 jam jadi mcm 2 minit je rase jwb soalan td. . kuang kuang kuang :P

emmmmm ape lgi ye..... rasenye dah x de dah. .

okie next time create lagi tata sume. .  miss u all so much :)

12 November 2011

Lonely ! :P






sunyi

sepi

tak ada teman
tak ad yang sayang (lelaki ) "_"

hahaha dah mula dah merepek.. :)

aku pelik sangat. .dia cakap cam ni 'awak pegi la cari laki lain yang boleh jage awak, saya ni jahat..jage dri awk kt tempat orang'
2 mesej terakhir dari dye untuk aku :(
sebelum ni bukan main benci lagi ayat dye mesej kat aku..
aku sangat perasan setiap mesej yang dia hantar mesti ayat ni ada "jage diri awak kat tempat orang"
time kasih banyak2 pada dia..
sbb dye penah buat aku bahagia suatu masa dahulu..
sekarang semua 2 dah lenyap..
aku redha menerimanye..

walaupun dye tak ada
aku masih ad DIA.
ad family yang sayang aku..
ada kakak yang sentiasa dgn aku.
ada kawan2 yang setia dgn aku.. walau hakikatnye ada kawan yang makan kawan..
ad yang menyayangi aku dari jauh..hahaha :P


perasaaaannn gila..huahuahuahua :D

11 November 2011

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN JKE :)

ARAHAN PEPERIKSAAN

SEMUA CALON HENDAKLAH MEMATUHI ARAHAN-ARAHAN BERIKUT

  1. Calon diminta berada di luar pusat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  2. Calon yang lewat lebih daripada 30 minit selepas peperiksaan dimulakan adalah dilarang masuk ke pusat peperiksaan dan seterusnya, tidak boleh menduduki peperiksaan bagi kursus tersebut.
  3. yang lewat tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan dimulakan akan akan dibenarkan menduduki 
  4.  peperiksaan tetapi waktu tamat peperiksaan bagi kursus tersebut adalah sama dengan calon yang lain.
  5. Calon di kehendaki membawa kad pelajar dan slip pendaftaran kursus. Kegagalan membawa kad pelajar boleh menyebabkan calon dihalang daripada memasuki pusat peperiksaan untuk menduduki peperiksaan kecuali mendapat kebenaran bertulis dari pegawai peperikaa.
  6. Calon dilarang meninggalkan pusat peperiksaan dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan tamat. Dalam keadaan tertentu di mana calon perlu keluar dan masuk semula, kebenaran daripada pengawas adalah diperlukan.
  7. Calon dilarang meniru, cuba meniru atau memberi tiru dengan apa-apa cara jua semasa peperiksaan.

(Rujuk buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Penilaian Edisi Ke-3 Februari 2009)

14.11.2011 ( ISNIN )

BB101 ~ ENGINEERING SCIENCE
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B28

15.11.2011 ( SELASA )

ET 101 ~ ELECTRICAL TECHNOLOGY (DEP2A,DET2C,DET3D,DEP3B, DEP1D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B21



16.11.2011 ( RABU )

BA101 ~ ENGINEERING MATHEMATICS 1 (DEP1D,DEP2A,DET2C,DET2D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: BLUK 1



17.11.2011 ( KHAMIS )

EE 101 ~ MEASUREMENT (DET1D,DEP2A,DET2A,DET2C,DET2D)
MASA: 8.30 A.M. ~ 10.30 A.M.
PUSAT/TEMPAT: B28

10 November 2011

Berterus Terang Jeee !!

emmm. . . topic 4 today??? thinking 4 a while. .

hah dah jumpe dh. .ni dye. . . .

SEBUAH KISAH YANG SESUAI DIBACA UTK PASANGAN YG SEDANG BERCINTA :P

Saya suka ... tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..




02 November 2011

Petua ~ Petua :)

Empat perkara menguatkan badan
 

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 


Empat perkara melemahkan badan
 

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
 

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 


Empat perkara merosakkan mata
 

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat 


Empat perkara menajamkan fikiran
 

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rrajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama 


4 CARA TIDUR
 

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH ~ Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN ~ Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. . .



sama ~ sama kita renungkan :)

Rumah owwHHHH Rumah

hmmmm. .bila difikrkan balik mmg susah nak cari umah sewa. . bila dh jumpe ad je yg x kene. .contohnye mcm ni:

  • rumah pertama ni okie dh. .pagar mmg dh safety dh. .siap ad bumbung ag 2. .mmg terlindung la dri hujan kn. .then kami pun masuk la umah 2, pintunye lawa. .hehe . . wwoooowww okie not bad this house. .speaking la skajp kn. huhu ruang tamu dye not bad. .okay la. .ad keselesaan. .then kami beralih plak pada ruang dapur dye. .emmmm :( jubin kt dinding 2 dh ad yg tertanggal. .usha plak bilik dye. .sume ad 3 bilik tp yg x bestnye x de kipas so terpaksa la bawak kipas sndri. .(xsuke coz malas nak angkut barang bnyk2, umah jauh la katekn) :) then yg paling penting tandas dye sangat menyeramkan kuasa dua. .huh! mmg x best tang ni la.. mangkuk tnds 2 pech sket. . seram kot nak buang air nnt. .emmm so rumah 2 cancel ! :)
itulah cerita untuk umah pertama. .ni cite umah kedua plak. .

  • hehehe. .umah ni ad la somewhere around here. .hehe :) bersebelahan dgn umah dak laki. .haha :D mcm x best je. .(nnt x leh la nak memekak n memekik) rumah ni nmpk mcm x ok coz pgr dye x safety sangat. .dh la senget benget pagarnye x tahu la boleh tutup ke x lg 2. .haha then kami pun bg la salam. . Asalamualaikum. .lepas 2 kami pun dijemput la untuk tgk umah 2 mcm manew kn. .emmm not bad la coz dye sediakan peti ais, tv, mesin basuh, n dapur. .ni sangat penting sbnrnye. .hehe yg x bestnye rumah ni mcm nak kene bukak lampu walaupn siang hari. .(tinggi bil nnt) then toliet satu je jd jgn la duk2 ramai2 ye. .nnt ad yg x g kelas bila ad yg TEERRRRRRRbangun lambt n sewaktu dengannye :) tp rumah ni dh sold out. !
rumah ketiga. . . . . . .


  • emmm ni cri pun tetibe tergerak hati nak g kt taman 2. .so kami pun pegi la. .taman 2 mmg bnyk la umah kososng tp dorg mcm x nak sewakan je. .(rugi tau. nnt aku nak beli bnyk umah kt kwsan mcm aku study ni then sewakan. .haha kn baik 2) :D kami pun pusing la taman 2. .2 kali tau. .pusing first 2 mmg x jumpe pape pn. .then kali kedua 2 la nmpk la ad pekataan sewa tp kt jalan raya aku nampak 2. .bukan tersangkut t pagar. .haha. .ape lg brek mengejut la kiteorg. .haha sengal je kitaowg ni. .then col no 2 ari 2 jugak kitaowg masuk tgk umah 2 mcm mane. .woooowwww sangat best. .ad 3 bilik n 2 bilik air. . :) suke suke. . lepas 2 disediakan kabinet dapur n dapur, peti ais n mesin basuh :) pagar pun dh safety habis. .kipas pun okie. .complete la katekn. . mmg ad peningkatan yg berkali ganda. TAAPPPPPIIIIII duet yg bakal keluar juga akan berkali~kali gandanye. . hahahaha. . mmg aku suka yg 2. . sewanye adalah RM 700 sebulan. . ayah dok perli aku hang nak duk sane ke? nak jd owg kedah ke? hahaha. . 
     emmmmm x tahu la mcm mane. . . pilihan yg tepat harus dbuat dgn serta mertakan dan teruskan usaha mencari rumah sewa yg lainkn. . ?

    mcm2 insiden n peristiwa lucu, sedih, gembira, sume ad saat mencari rumah sewa ni bersama 'dye' . . :)

    IBU & AYAH

    BESARNYA NIKMAT IBU MENGANDUNG.
    BESAR JUGA TANGGUNGAN SEORANG SUAMI/AYAH.

    • Dia bekerja dengan Tuhan. . jadi ' kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. :)   
      • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati TAPI cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang ye. .jangan bauat cuti sendiri pulak. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. . :)
      • Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. . lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. . Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? ? ? :)
       Marilah kita pegang kepada tali Allah.
      Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid. .Allah izinkan terus masuk Syurga. .

      Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

      • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
      • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. .   

      Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

      Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

      •  Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.   

      Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

      Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........  

      Wallahu'alam


      Sayang mama n ayah ------>>>Puan Suriyati & En. Nor Afandi

      01 November 2011

      Perkongsian Gambaran Hari Kiamat

      Bacalah, jika kamu seorang manusia.

      *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
      • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

      • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

      • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

      • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

      • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

      • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

      • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

      • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

      • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

      • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

      • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

      ⅰ- Pemimpin yang adil.

      ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

      ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

      ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

      ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

      ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

      ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

       
      •  Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
        sama2 kita renungkan........
        petikan ini dipetik dari facebook untuk disebarkan kepada yang lain2 di luar sane. . :) have a nice day u all. .