Buku Denaihati

21 August 2013

Nahas Bas di Genting: 37 disahkan Maut.

بسم الله الرحمن الرحيم



Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita. Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit. 



Nahas bas di Genting: 37 disahkan mati, 24 lelaki, 13 wanita


Lagi berita KLIK SINI.




Bas Jatuh Gaung di Genting Highland

بسم الله الرحمن الرحيم 



 Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit. Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid.



jatuh gaung bas Gambar Sekitar Kejadian Bas Genting Highland Jatuh Gaung



 Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan. Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.


 Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat. Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.


jatuh gaung bas Gambar Sekitar Kejadian Bas Genting Highland Jatuh Gaung




p/s: takziah kepada keluarga yang terlibat.



20 August 2013

Keringkan jerawat dalam satu malam

بسم الله الرحمن الرحيم





AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan. 



CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya. 



PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat. 



UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih. 


PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat. 



p/s: dah cuba ?? nanti boleh bagitahu feedback dia kat komen yea. hikhok :)  Have a nice day.