02 January 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

بسم الله الرحمن الرحيم



Bukan Kerana Aku Tak Cinta..cerita baru..tak ada laa baru sngt dah keluar bulan 12 ari tu dan beranak pinak dah episodnya... Aku je yang ketinggalan.. hope korang macam aku jugak. hahahah :D cerita seperti Setia Hujung Nyawa, Love You Mr. Arrogant, Playboy itu Suami Aku sebab diadaptasi dari sebuah NOVEL.

Disebabkan aku dah layan sedikit cerita ni nak share ngn korang la sinopsisnya.. hehe aku layan pon sbb En. Poyo nak sngt aku download cerita ni katanya rumah tak ada astro. Perghh layan jugakk mesti dalam hati bertaman bunga ada kupu kupu siapa air terjun. haha sini boleh kutuk sbb bukan dia tahu.. mihmihmih. :D

So kalau korang nak tengok dri mula boleh la aku KLIK SINI untuk full episode.. Jom baca sikit Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
                          

Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Pelakon, Nelydia Senrose (Hannah Mastura), Sharnaaz Ahmad (Jebat), Iqram Dinzly Aryan)


Apa macam best tak? Komen komen pendapat anda dialu alukan. 60 episode semuanya jadi bersiap sedia untuk masak.. hahhaa..


Toddlesss...

1 comment: