28 February 2013

Life.

Bismillah.....



Hidup. Life. Hidup. Life.Whats the wonderful of my life.. I like it. Sampai aku rasa macam nak cabut aku punye keypad lappy ni. Such a hardest thing then aku belajar 6 bulan kat kedah tuh. Walaupun orang kata belajar itu susah tapi aku kata mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ni lagi susah dari belajar tuh. Minat tak minat kita kene lalui kehidupan ni. Kehidupan ni membabitkan semua aspek.. 
fizikal,mental,dalaman dan luaran. 



Sejak 2 3 hari ni tido macam tak tido je rasa sbb akan tersedar. Tak tahu kenape. Bila tesedar ingat kat dia. Tapi tak tahulah dia ingat kat kita ni ke tak. Bila ingat kat dia mula lah keluar mutiara yang tak berapa nak jernih ni. Maka tercetus lah sesi memujuk hati oleh diri sendiri. Nampak bodoh ke aku buat macam tuh ? Nampak sangat ke ?Aku dah tak kisah dengan apa orang nak cakap sbb orang semua tahu cakap je yang laluinya aku. Aku yang rasa kemanisan hidup dan kepahitan hidup.



Memang aku akui seronok melalui kehidupan sekarang tapi kadang kadang aku jatuh jugak sekali sekala tapi aku yakin semua yang berlaku tu bersebab bukan sengaja Allah nak buat benda tu pada hambaNya. Sesekali dia nak menyampaikan hikmah yang kita perlu fikir sendiri untuk menyedarkan diri kita.




Bukan dia tak pernah minta maaf dia pernah minta maaf dan aku maafkan dia. Aku pujuk hati aku dan alhamdullilah aku sikit pun tak menyimpan kat hati. Aku tak layak nak balas hanya layak memberi kemaafan yang dipinta. Biarlah semua Allah yang tentukan janji hati ikhlas memaafkan orang itu lagi penting. 




Dulu bila ada masalah je aku cuba nak lari, rasa nak jerit, rasa nak mati je sbb tak sanggup nak hadapi rasa macam masalah tu menyusahkan. Tapi lagi lama aku cuba elak aku stil kat tempat yang sama. Tak ada perubahan. But now aku cuba cari jalan untuk selesaikan masalah. Yeah I admit it bukan senang nak selesaikan sesuatu masalah, amik masa aku tahu tapi tak salahkan kalau kita sabar dan doa supaya semua dipermudahkan cuma berbalik pada diri je nak atau tak. Kalau kita nak InsyahAllah segalanya dipermudahkan oleh Dia. Tapi kalau tak nak tanggung sendiri la takkan orang lain nak tanggung masalah kita pulak kan. sendiri mau ingt lah.



Now aku masih terus cuba setelkan masalah yang sama untuk kali kedua. Percubaan pertama aku gagal. Then semalam juga aku col maxis dan tanya sendiri. Alhamdullilah aku dapat dan aku direct terus cakap kat dia tapi tak tahu lah dia nak ke tak.


Hari ni aku dapat tahu dia xcident. Aku terus col lepas aku baca status dia kat fb. Tak dapat. Hampa sangat. Aku inbox dia direct fb pun dye tak reply. Hampa untuk kali kedua. Then aku col lagi dan lagi Alhamdullilah dapat. Memang rasa sebak tapi nak buat macam mana aku kan kuat aku sabar. Awak kalau awak baca ni "Maafkan saya tak dapat nak datang kat awak. Saya mintak maaf sangat sangat. Saya  tak mampu nak jaga awak. Saya serahkan pada Dia untuk jaga awak sembuhkan awak cepat dan lindungi awak selalu."



Mudah mudahan segalanya dipermudahkan olehNya.



I wish You knew Dear

Bismillah.......


Aku ingin engkau ada disini
Menemani ku saat sepi
Menemani ku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu...

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati...

meski telah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpa mu

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Aku rindu...
Setengah mati...
Aku rindu...
Setengah mati kepadamu...
Sungguh ku ingin kau tahu...

Ku tak bisa hidup tanpa mu...
Aku rindu...





27 February 2013

#5 Asam Garam ~ Dia Penyabar.

Bismillah.....






Orang yang memendam perasaan ni, 
Sangat penyabar . 



Hanya dia yg tahu tentang perasaannya . 
Tak nak orang lain tahu 

Bila dia sedih,

         Bilaa dia marah, 

           Bila dia kecewa, 

                  Bila hati dia disakiti . 




Kita cuma akan nampak senyuman dia. 


Orang yg macam ni, 
mungkin kelihatan tiada emosi tp hakikatnya,


Dia cuba membahagiakan orang lain dengan senyumannya tanpa melihatkan kesedihannya.






Amin... Amin Ya Rabbal Al-Amin...


4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Bismillah.......






Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah




1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.



3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.



4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.



Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.





#4 Asam Garam

Bismillah......









26 February 2013

#3 Asam Garam

Bismillah.....


Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah.
Bila hati masih gundah.
Bila syaitan membisik mudah.


Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah.
Bila hati mudah berubah.
Bila manusia memandang rendah.



      Berubah itu payah,
      Bukan semudah berkata madah.
      Tapi sejauhmana kaki melangkah.
      Sekuat mana mengekalkan istiqamah.



      Berubah itu payah,
      Bila diri dikawal amarah.
      Nafsu membara dengan mudah.
      Kelak diri makin parah.




Berubah itu payah,
Bila manusia tak henti menyalah.
Bila teman sudah tak kisah.
Bila teman disisi tiada sudah.




Berubah itu payah,
Namun segalanya tak susah.
Mudah bila kerana Allah.
Mudah bila kena pada kaedah.



Berubahlah walaupun payah.
Walau manusia sudah tak endah.
Walau masa silam selalu menerjah.
Kerana ajal dijangka susah.
Takut bila tak sempat berubah.
Kelak akhirat merana tak sudah.


Berubahlah,
Segalanya pasti indah.
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah.



                    Berubahlah,
                    Jika tidak dirimu parah.
                    Kelak menyesal tak sudah.
                    Jangan menyerah bila susah berubah.
                    Kepada-Nya kita berserah.
                    Di akhirat moga dikurnia Jannah.



InsyahAllah.




posted from Bloggeroid

The way of my . . . .

Bismillah.....


Setiap orang ada cara tesendiri meluahkan perasaan dye. Mcm tu jugak aku. Kadang kadang aku tido dgn yakin nanti aku akn bgun dan lupa masalah tu. Tapi sia sia je sbb aku stil thinking it. Come on la wanie. Even aku ckp mcm mane sekalipun stil tak mengubah apa apa melainkan aku dah dpt jwpan pd segala pesoalan aku. Teruk seyh. HAHAHA



Tolong lah jujur dgn saya.
Tolonglah jangan tipu saya.
Tolonglah....
Tolong...



Erkkk tu pun kalau orang tu nak tolong ye cik wanie.



Kat bwh ni ada lah sikit untk kenal seseorang itu mcm mane.


1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.



Berusahalah untuk memahami orang lain, SELEPAS kita memahami diri kita sendiri.


Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....

20 February 2013

Teruja Sikit.

Bismillah....


Good evening peeps..sambil tak tahu nak buat ape kat office tumpangan ni aku pun rasa nak mengupdate tak banyak sikit jewk.. 


Keterujaan aku yang tak berape nak teruja kot bagi korang tapi apa aku kisah aku tetap akan terus tulis. Aku teruja coz aku boleh update aku punya blog using my hp. 



What ??? hp ?? 
Eh sejak bila kau tukar hp wanie? 
Sejak bila kau telah terjebak dengan dunia gajet ni wanie ? 
Sejak bila bla.. bla.. bla... ? 



Sejak.....sejak..... ada seseorang menghadiahkan aku sebijik iphong 5 hp yang agak luar biasa....eehhh tak la sejak aku mengupgradekan hp 2 guna segala wayar2 kat TM ni.. okay ini tipu. yang betul yang mula mula tadi tu la..


Post yang sebelum ni yang tak bertajuk dan entry yang bertulis " Testing Testing testing " 2 la yang aku publish via my iphong blogger-droid.



Ape yang aku rasa kalau setakat nak update yang ringkas ringkas leh la guna tuh kalau nak taip panjang berjela macam ular sawa 2 better using lappy or computer.



Sekian.


Testing testing testing

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 February 2013

Days

DUA.


Apa yang boleh aku katakan aku sudah jatuh ditimpa tangga. Ye memang aku jatuh cuma tak ditimpa tangga je. aku yang timpa tangga tu.

Sangat malu. tersangat malu. hahahaha malu dengan kakak aku n dia. seriusly aku memang tak nampak yang ada lagi anak tangga. padahal anak tangga last je pun.. nasib air yang aku pegang tu tak tumpah.. pastu jatuh macam sopan kot.. haha *perasan jap* nak tahu sopan ke tak kene tanya orang yang nampak aku jatuh. hahaha 




dah jatuh tu sempat lagi jerit...  " Makkkkkk "


Alhamdullilah tak ada kecederaan serius.. lepas jatuh tu aku sempat lagi jalan jalan cari pasal kat masjid india kot... aku sendiri pun tak tahu aku ikut jewk.. dah balik umah bawu terasa sakit kat ibu jari kaki. 


TIGA

Semalam dah kes jatuh tangga..... hari ni kes apa pulak.. owhhhh hari ni tak ada kes besar pun.. hahaha
Hari ni jumpa dia. Dia datang hantar kasut.. haishhh malu pun ada.. semua benda pinjam dye punya.. awak.. terima kasih banyak banyak.. banyak banyak terima kasih tau :)


Hari ni pun ada juga perkataan malu.. HAHA






EMPAT

Hari ni start kerja. Kerja dan kerja. Semangat nak keja tapi bila pagi pagi je aku jadi budak yang diam seribu bahasa. Sampai opiz baru aku bercakap dengan orang. TENSION !!!


Aku TENSION sbb pagi pagi aku macam tuh.


dan pagi hari ni juga lah aku kehilangan sesuatu. aku hilang HANDPHONE aku. 


Wei aku sayang hp tuh sbb aku beli guna DUIT PTPTN aku. *jujur*
Sbb aku yang beli bukan parents aku yang beli.
Sbb itu hp kedua yang aku beli sendiri.
Sbb hp tuh aku beli dengan kakak angkat aku kat KEDAH.
Sbb aku beli hp tuh kat KEDAH. *ok ni saje gedik* HAHA


Dan yang paling penting aku hilang semua mesej mesej dia. Dan aku hilang semua mesej yang bermakna dari dia. 

Setiap hari aku cuba perah otak aku untuk ingat 6 perkara yang di pernah mintak kat aku. 6 perkara mudah dari dia. Kadang kadang masa aku nak mandi aku stil cuba untuk ingat pasal 6 perkara tuh. Masa aku duduk dalam bilik sorang sorang tanpa buat apa apa. sebab tuh bila aku duk sorang sorang aku akan layan SUDOKU sampai otak aku jem nak selesaikan.


Nak sangat 6 perkara tuh.... tolong datangkan 6 perkara tuh dalam mimpi ku. 


" Hmmm redha la wey"
" Aq pn pnah rse mcm ko rse"


Ye aku terima. Tapi kadang kadang aku teringat kat hp tuh.. Walaupun hp tuh tak secanggih hp yang ada sekarang tapi hp tuh sangat value pada aku. Tersangat. 
Hp tuh penah rase kene baling. Mandi hujan. Jatuh dalam air hujan. Jatuh. Ditindih. Walaupun apa aku buat dia masih berkhidmat dengan elok kat aku sampai dia hilang hari ni.

Nak 6 perkara. !!!



LIMA

Aku dah berhenti berharap. Aku tahu aku tak mungkin dapat hp tuh balik. Dan aku pun tak semangat nak g buat sim card baru. 

Hari ni aku jalani kehidupan seperti biasa. Biasa dan biasa tanpa hp tuh. 



ENAM.

Aku cuba untuk ingat contacts dalam hp tuh.. hanya certain je aku ingat. Maaf la ye pada yang aku tak ingat tuh..

Dia.
Mama.
Along. 
Kakak Amy.
Senget.
Aretiq.


Ni je yang mampu ingat. Nampak tak betape teruknya aku. ye aku tahu memang aku teruk.





TUJUH.


Hari ni baru aku buat pengumuman yang hp aku hilang. Aku tak rancang pun nak bagi tahu tapi sbb perempuan hipokrit tuh aku terpaksa buat semua ni.. Arggghhhh tak habis habis... 


Hari ni aku masih dail lagi no yang tak mungkin berjawab tuh... Uwaaawawa sedihhnya....



LAPAN.

Sweet TWENTY to myself. HAHAHA..





Memang terseksa sikit 3 hari berturut turut ada je benda tak kene. Aku mengharapkan hari akan datang selepas 20 tahun nanti sentiasa diberkati ilmu, rezeki dan kesihatan yang diberikan, dimurahkan rezeki yang DIA bagi pada aku, diberi kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal.



Thanks for reading :)
Okay bye.



07 February 2013

#2 Asam Garam

Bismillah................





Jangan berubah kerana orang lain. 
Jangan berubah hanya kerana untuk mendapatkan sesuatu.
Jangan berubah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.
Jangan berubah kerana paksaan.


Berubahlah kerana diri sendiri. 
Berubahlah kerana kamu ingin menjadi lebih baik dari sekarang untuk kebaikan diri kamu sendiri.
Berubahlah kepada sesuatu yang memberi kamu kebaikan.


Jangan berubah sehingga kamu tidak kenal diri kamu.


#1 Asam Garam

Bismillah........























05 February 2013

Pakai Topi?





Tahukah anda bahawa sebahagian besar kepanasan tubuh keluar melalui kepala. Sekiranya anda sentiasa memakai topi ia akan menghalang kepanasan untuk keluar sehingga melambatkan proses pendinginan yang diperluakan oleh tubuh. Ia akan menyebabkan masalah kekeringan. Namun, jika tubuh anda di dalam kesejukkan pemakaian topi amat disarankan untuk memanaskan badan.









Jom makan betik !!!





Itulah betik atau nama lainnya PAPAYA :)


Betik mengandungi kandungan vitamin A yang bertindak untuk melindungi serta memelihara kesihatan mata. 


Selain itu, pengambilan betk ketika anda sedang berdiet juga amat baik kerana kandungan kalorinya yang rendah. Makan betik je pun boleh kenyang tau ! :)


Betik juga kaya dengan beta karotena yang lebih tinggi dari jambu batu, pisang dan epal. Sukar untuk dipercayai, tetapi betik mempunyai hampir kesemua nutrien yang diperlukan bagi membantu proses percernaan makanan..




Nota tangan: Susah membuang makanlah betik yoo. 



6 Rahsia Pemilihan Warna Si Jejaka

Bismillah.................






Ada 6 rahsia pemilihan warna oleh si jejaka.. kini tidak lagi rahsia sebab korang dah baca.. hikhok.. 



PUTIH 
- Melambangkan kesucian dan kesegaran. Simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang pelukis professional. Juga turut melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.


MERAH
- Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya, ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja kerjanya. aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual dan kemarahan.


HIJAU
- Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda. Jaga jaga warna hijau sering dikaitkan dengan perasaan cemburu.. hati hati yooo...


UNGU
- Warna peningkatan spritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.


HITAM
- Warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


COKLAT
- Sering dikaitkan dengan tanda wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Jadi jika mahu mempunyai masa depan yang terjamin, pilihlah sang lelaki yang memilih warna coklat.






Nota kaki: ini sekadar perkongsian.. betul atau tidak.. suka suka.. jika betul maka betul lah.. :)





Peace no war :)

01 February 2013

~ February 2013 ~

01 / /02 / 2013
Januari sudah pun habis. Tiada lagi Januari 2013.
Februari pulak datang.
Semoga Februari 2013 ini akan menceriakan korang semua. 
Kepada yang ada azam pada tahun ni, semoga berjaya melaksanakan azam korang semua. Dah sebulan berlalu, teruskan usaha. :)
dan tak lupa juga
Selamat Hari Lahir kepada bloggers yang lahir pada bulan ni ye..
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan diberi kesihatan yang baik.
Selamat berhujung minggu :)


dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI

terima kasih yoo.. :)