31 January 2013

Tip Pilih Hadiah untuk Pasangan

Bismillah....



Pilih hadiah ?? hadiah pun kene pilih ke ? Kalau main rembat je tak boleh ke ? Boleh untuk diri sendiri la HAHAHAHA... :D


Hadiah untuk ulangtahun perkahwinan, hari lahir dan segala hari la dan tak lupa juga hadiah untuk menghargai pasangan kita. Hadiah tak semestinya diberi sempena ulang tahun je.. bukan ulang tahun pun boleh bagi wokey...



Cari barang yang disukai pasangan.
Mesti korang dah kenal pasangan masing masingkan so seharusnya korang tahu apa yang pasanagan korang suka dan tak suka. Pada yang tak tahu jangan malu nak bertanya. Kalau tak bertanya nanti sesat jalan pulak... sekiranya pasangan korang syak sesuatu korang boleh dapatkan maklumat tu dari sumber yang lain. Contoh keluarga, rakan rakan atau adik beradik dia.



Beli ikut bajet.
Tadi dah tahu barang apa yang dia suka dan tak suka kan. Now korong kene periksa poket korang atau akaun bank korang. Pastikan barang yang dibeli itu ‘selesa’ dengan poket korang jangan sampai terpaksa ikat perut atau berhutang. Tak berbaloi baloi langsung. Beli sekadar mengikut kemampuan korang.



Hasilkan hadiah sendiri.
Selalunya kita lihat perempuan yang rajin buat macam ni. Pada kaum lelaki ada juga tak tak ramai. Mungkin sekali sekala korang boleh cuba kaedah ni. Dari sini Nampak korang lebih ikhlas dan bersungguh sungguh untuk memberi kepada pasangan korang. Walaupun ianya hanya sekeping kad ucapan aku rasa ia amat bermakna buat korang. Kalau tak percaya cubalah.. pasangan korang akan terasa dia dihargai baik laki mahupun perempuan sendiri.



Kiriman nota cinta.
Korang boleh create satu nota cinta buat pasangan korang. Tak semua jenis yang romantic dan meluahkan rasa cinta kepada pasangan masing masing kan. So dengan kiriman nota cinta ini boleh dijadikan medium untuk korang yang malu malu atau ego untuk meluahkan rasa cinta korang pada pasangan masing masing. Dan nota nota cinta ini boleh disimpan sampai bila bila sebagai kenangan.




sekian sahaja tips dari saya.. tak ada hadiah ke untuk saya.. HAHAHHAAH :D


Happy always all peeps :)
picture credit to uncle google :D



TEMPAHAN BAJU I LOVE BLOGGING Hazwan Hairy

Bismillah......




Hah hari ni blogwalking blog Hazwan Hairy sbbb dia top referral.. Terima kasih Hazwan Hairy.


Macam macam ada.. dan yang menarik hazwan ada buat tempahan baju I LOVE BLOGGING.


Boleh bagi nama serta bayaran selewatnya 2/2/2013 ( sabtu )Baju akan di proses mulai 4/2/2013 dan akan di pos seminggu lepas tarikh tersebut.So lepas raya cina korang boleh lah mengayakan baju ni dengan cara masing-masing.. :p

Design baju ni boleh anda lihat di bawah ni, kelebihannya website ( boleh letak atas,tengah,bawah,depan ) anda akan di letakkan di baju anda, Jadi jika korang pakai baju ni orang akan tahu website blog korang ni salah satu cara nak tingkatkan trafic blog korang di carian google..hehe







Kalau korang berminat boleh buat tempahan melalui

Email : hazwan943@yahoo.com.my
facebook :  i love blogging

Saiz          : XXS- 3XL ( unisex )
Warna      : Putih ( tidak jarang tp tebal ), hitam ,merah, etc (sarankan putih )
kolar         : Bulat
Harga Lengan pendek  : Rm30
Harga lengan panjang   : Rm33
termasuk kos penghantaran semenanjung, sabah & sarawak ( pos laju )
Tulisan I LOVE BLOGGING kaler HITAM..

Ukuran bahu dan labuh baju

XXS  = BAHU  35cm  LABUH  58cm
XS    = BAHU  37cm  LABUH  60cm
S      = BAHU  39cm  LABUH  62cm
M      = BAHU  42cm  LABUH  64cm
L       = BAHU  45cm  LABUH  66cm
XL     = BAHU  49cm  LABUH  71cm
XXL   = BAHU  53cm  LABUH  73cm
XXXL = BAHU  55cm  LABUH  75cm

saiz kanak-kanak 
28 = BAHU 32cm LABUH 46cm
30 = BAHU 33cm LABUH 47cm


Like page ni ----->  I LOVE BLOGGING


untuk maklumat lanjut korang KLIK SINI.



credit to Hazwan Hairy




dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI 

terima kasih yoo.. :)

29 January 2013

Detik Detik Terakhir......

Bismillah.....



DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR 

(Mujahidah yang telah ke alam sana) Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum wbt. ... Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (Alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
 Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin) 
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.


8 Jan 2013 (Selasa) Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


9 Jan 2013 (Rabu) Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)
 Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya. Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat) 
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu) 
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.


13 Jan 2013(Ahad) 
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun. Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya. Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif.


14Jan 2013 (Isnin) 
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil. Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH. Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.” Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan "kenapa senyum?” Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”. "Selalu ke akak terbau macam tu?” Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
 Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN) Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak? Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong. Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013(Rabu)
 Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang. Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu. Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah. Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk. Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak” Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan. Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)
 Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya. Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui. Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu. Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : "Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah. Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat) 
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
 Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk. Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar. Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi. Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri. Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir 20 Jan2013 (Ahad) Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin. Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya SITI HAJAR Engkau bermula dengan sengsara Dalam mencari bahagia Terasa bagai bayang bayang Gelap walau di suluh cahaya Pepasir pantai pun berubah Pabila HAKIKAT melanda Ketenangan yang kau cari Terpancar di lorong sufi Kelunakan tangisan kasihmu Dalam simpuhan ketaatan Bagi mengharapkan keredhaan Darimu TUHAN pencipta Alam Sungguh agung pengabdianmu Kau berjaya menjadi iktibar Ayuh bersama kita susuri Perjalanan kekasih Allah #Air mata KA bergenang baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mndapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah



Sumber: Facebook.. Al- Fatihah untuk arwah.





dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI 

terima kasih yoo.. :)


4 Pantang semasa Temu Janji.

Bismillah......



Temu janji... Temu janji sama ko dengan dating ? Okay korang jawab sendiri ye.. Jawapan aku biarlah rahsia ea. muehehehe



Pantang yang pertama.
Tidak menepati masa.

Si perempuan selalunya berdepan masalah kiranya si kekasihnya lewat atau salah masa daripada apa yang dijanjikan. Kiranya, banyak kali juga si gadis ni terpaksa menunggu atau membuat aktiviti lain terlebih dahulu untuk menunggu kekasihnya tiba. Alasan klise jalan sesak. Hoooohoo ada sesetengah tu kata terlajak tidur. Lelaki ni kalau dah tidur memang tak ingat dunia dah.. HAHAHAHA kepuasan hati itu penting.

Tapi tak kurang juga dengan golongan gadis yang ada kalanya seperti :tidak faham bahasa, suka sanagat membuat kekasih tu hah menunggu di luar rumah semata mata ingin menunggunya bersiap. Lain kali kalau nak keluar pukul 12 bangun pagi pagi dan berdandan awal awal ea.. Kalau keluar rumah selepas berjam jam berdandan, jadi macam neeolafa lain cerita, ini sama je gayanya. HAHAHAH...


Pantang kedua.
Jangan terlampau melayan telefon semasa berjumpa dengan sidia.

Kepada si jejaka atau si gadis yang begitu komited terhadap kerja, tolonglah letak sebentar segala tanggungjawab itu ke tepi kerana jika terlalu kerap “bermain” telefon atau menjadi penyelesai masalah ketika bertemu janji, ia akan menimbulkan rasa menyampah atau sakit hati kepada pasangan anda. Ayat yang biasa kita dengar” amboi sibuk mengalahkan perdana menteri”. 
Dan sekarang lain situasinya.. Kepada si jejaka dan si gadis yang begitu komited terhadap laman social spt facebook dan twitter tolong lupakan sebentar dan beri sedikit masa kepada pasangan masing masing untuk berbual.  Lain masa macam tak boleh main je kan.. HAHAHHA......


Pantang ketiga.
Jangan membebel kerana ia boleh menjejaskan “mood” si dia.

Pantang tersalah atau silap sikit, terus saja membebel tanpa berhenti. Lebih menakutkan, mulut mengomel dan membebel lebih sejam sedangkan perkara yang dibisingkan itu kecik sahaja. Hahaha rasakan... 
Itulah realiti kebanyakkan gadis kononnya mengambil berat, tapi tanpa sedar, sikap itu mengingatkan si jejaka kepada ibu mereka. Takkan masih nak ingatkan karakter ibu kalau hendak bertemu janji. Lebih baik menemani saja ibu mereka ke pasar dan dengar bebelan ibu mereka. So kepada jejaka buatlah pilihan yang tepat ye.. 


Pantang keempat.
Elak bercerita hubungan lalu.

Karakter banyak cakap atau terlalu lurus bendul akan mudah terjerumus kepada kesalahan ini. Bercerita atau dengan selamba berkongsi kisah cinta yang lalu kepada kekasih sekarang.
Itu adalah satu perkara yang sepatutnya dielakkan kerana boleh membuatkan pasangan anda terasa atau kecil hati lebih lebih lagi berkongsi saat manis dalam hubungan terdahulu.
Lain pula dengan pasangan yang sibuk ingin tahu pasal hubungan lalu, kononnya ingin membandingkan dengan cinta dulu dan kini. Ada sesetengah nak membuktikan yang cinta dia kini lebih tulus daripada yang dulu. HAHAHA ada ke ? . Itu adalah satu penyakit yang harus dibuang jauh sekirannya anda tergolong dalam kategori itu.

Dan juga lain ceritanya sekiranya seseorang itu boleh menerima cerita mengenai hubungan masa lalu tuh.. tapi sekarang susah nak dapat seseorang yang senang menerima dan berfikiran terbuka. 





Nota tangan: Saya terima 3 pantang jewk... :) Hidup ini biarlah sentiasa menceriakan kita. Jika ada masalah diselesaikan dengan cara yang mendatang seseuatu kepada kita bukan yang membuat diri kita rugi. Hidup pada hari ini cuma satu kali tiada ulangan dan tiada punat untuk berpatah balik. 

Walaupun masa atau waktu hari ini kita mengalami pada keesokkan harinya dan akan datang tapi belum tentu apa yang kita dapat hari ini boleh dapat pada keesokkan harinya. 





Have a nice day all :)





25 January 2013

Siapa Gila Komputer ?

Bismillah..............



Sedar atau tidak sebenarnya korang sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan ‘gila komputer’ ini..


1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah ‘Entri apa aku nak update hari ni?’ 

hahahaha terasa aku. yapsss memang itu yang selalu jugak but now dah sibuk sangat sampai tak ada masa nak upate ditambah dengan line internet pun dah tak ada skang ni.. huhu :(


2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.

Hahaha.. betull dan sekarang ni dunia dah maju dengan telefon bimbit pun dah boleh melayari facebook, twitter dan segala social network yang ada lah.. bercakap dengan kita tapi mata pandang tempat lain.. apa yang jadi ??? hilang fokus dan dari rancak bercakap boleh jadi lain.. hilang rasa ak cerita.. huhu sabor je lah.. 


3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!

Hahaha.. ini tak pernah lagi lah....korang macam mana ??? cuma terlalu teruja tengok iklang berkaitan komputer ataupun laptop kat surat khabar.. haha bajet macam duet banyak je nak beli kan.. padahal belajar pun tak habis lagi.. ngehhhh~


4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.

:) Walaupun tak update blog or chatting dan sebagainya.. sehari mesti bukak juga laptop nak tengok gambar2.. hahaha layan perasaan.. hhohohoh ~


5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, ‘What is bla bla bla’ atau ‘How to bla bla bla’.

Betulll.... pak cik google n yahoo banyak membantu.. muehehe...


6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.

bukan dengan kawan la tap dengan abg sendiri.. hahaha.. pernah terjadi masa first time nak beli laptop...


7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.

Tak perna h lagi... tapi setiap kali bukak laptop akan usha blog kawan kawan.. :)


8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

Hahahaha... 


9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.

HUHUHU.. tahu x pe.. yang lain download tapi buat penuh je.. hahaha sampai dah tak dapat nak masuk benda lain.. jadi terpaksa la beli external.. 


10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!


Owhhhh ni tidak.... dusta.. belum lagi tahap macam ni.. muehehe.. makan masih makan nasi lagi.. minum masih minum air dari sumber yang sahih.. main? masih main aktiviti sukan yang lain.. tidur ?? masih tido atas katil dengan bantal busuk.. hahahaha..


nota kaki: Suka suka je.. 



Enjoy your reading :)



Temukan dengan Orang yang Salah???

Bismillah...



Perkongsian daripada seorang sahabat...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

  • 5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

  •  Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

  • Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..




Have a nice day. :)



dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI 

terima kasih yoo.. :)

14 January 2013

Berpindah Randah.........

Bismillah....



Setelah menanam anggur lebih kurang 2 minggu sebab tak dapat tempat latihan, macam macam plan nak buat untuk isi masa 6 bulan sebelum masuk semester baru. Cadang nak amik MUET, buat bisnes online n kerja lah.. macam macam nak buat. HUHUHU

Awal bulan Januari dapat panggilan untuk tawaran latihan industri dari TM. Dalam masa 2 hari perlu setelkan macam macam dengan segala surat n col sana sini, faks surat n hantar surat kat poli...GRRRRR sangat rumit.  Okay teruskan jugak dan akhirnya siap.

8 Januari 2013.

Lapor diri nun jauh di KL sana tu... Yeahh first time jejak kat Menara TM a.k.a menara rebung. Tingkat...................




Tinggi dan berdengung... Lift pun rasa goyang goyang..

Makanan kat sana pun sedap. Orang orangnya pun okay, friendly. Yang penting kita paling muda. mihmihmih semua pangkat akak akak n abang abang. 


Seminggu kat sana memang tak sempat nak buat apa sebab dorang nak transfer ke Klang untuk duduk kat Ibu Sawat. Seminggu tu sempat la melawat kawasan sekitar menara rebung, buat laporan akhir sikit. huhuhu.. Yang pasti memang tak pakai baju kurung sangat nanti. HUHUHU.. saya lagi manis berbaju kurung. errkkk hohoho :)


9 Januari 2013.

Surat tawaran dah dapat dan jawapan aku ialah.............. BERPINDAH ke IBU SAWAT. Walaupun rasa berat tapi banyak yang perlu difikirkan sebab untuk kebaikan diri aku jugak. Seawal 6.30 pagi dah keluar rumah balik dah pukul 8.00 malam. Sangat penat walaupun keje dalam opis tak la banyak mana pun. Penat sebab travel sahaja. Doakan suatu hari aku dapat keje kat sana.mihmihmih


14 Januari 2013.

Hari pertama lapor diri kat tempat baru.. Yang pasti aku lambat. HAHAHA siapakan nak dipersalahkan ? Ntah aku pun tak tahu. Pukul 7.30 pagi aku dah siap sedia. see betape semangatnya aku.. mihmihmih.....




Alhamdullilah walaupun mula mula dah putus asa coz tak dapat tempat latihan industri. Tak dapat nak konvo dengan budak budak kelas t.. KATA MONA.. bukan kata aku.. hahaha. Akhirnya aku dapat jugak buat latihan industri macam MONA . sorry awak kita guna nama glamour awak.




Nota kaki: Terima kasih kepada Encik Syazman yang berusaha bagi aku tempat. Kak Bed bagi kad rapid KL n selalu ajak aku makan bekal yang dia bawak. HAHA dan tak lupa juga dia yang uruskan pertukaran tempat aku. Dan awak yang tesayang selalu teman kan saya bila balik keje. Dan yang terlibat secara tidak langsung atau langsung. 






Akan rindu kat kura kura comel ni :) ntah tak tahu sapa punya. HAHA



Have a nice day :)



dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI 

terima kasih yoo.. :)


11 January 2013

Ladies Only!!!

Bismillah....




Kaki siapa??? 
Hah kaki ni aku jumpa dalam Ladies coach :) HAHA


Topic Hak Wanita kott.... padahal aku pun tak tahu nak letak topik ape sebenarnya cuma aku ada something nak kongsi dari ape yang aku nampak about semalam.



On the way back from my opis aku amik second trip of KTM ke Pelabuhan Klang. Yang first trip aku lepas kan sebab tak nak berhimpit dan bersesak bagai dalam gerabak uh dan semestinya aku takkan dapat duduk. Kalau dekat tak pe ni hah destinasi jauh uh.. dan tak kurang jugak t macam macam bau ada... hahaha


Around 6.20 p.m. second trip koc ke Pelabuhan Klang. Koc yang lama, only 3 koc and the middle for "ladies only". On that time keadaan tak la sesak coz masing masing dah naik yang first trip tadi tu. So aku dapat tempat duduk. Tapi tapi kannnn aku tak duduk pun sebab bagi ruang ada sorg ni dye besar. Yeah aku kan masih muda masih mampu untuk berdiri.. ngeehhhh


Ok sampai je kat Stesen Angkasapuri or Pantai Dalam. sory r tak ingt ada 2 manusia yang berjantina lelaki masuk kat koc "ladies only" tu. Pastu lama jugak la sampai kat Stesen Petaling tak ada sape pun tegur dia. Biasanya kan Polis Bantuan and Staff KTM akan tegur. On that day both of them no exist. So aku just wait and see ada tak sesiapa yang nak tegur. Until the end NOTHING. NOTHING.





Apa yang aku nampak masing masing yang "seksa" akan cuba menutup bagi nampak lebih "seksi". Yang pki skirt duduk dengan sopan dan cover the peha yang mulus tu. itu sahaja. Aku biasalah memang takkan berkata kata sbb.... okay aku tak ada jawapan untuk itu but aku rasa ada lagi yang lebih tua dari aku sesuai untuk menegur "ladies celup" dalam tu.....opss adakah alasan aku ni diterima pakai.. hahaha lantak p lah..


Dan aku pun intai koc sebelah kiri dan kanan. Okay ni yang aku rasa macam nak marah kat "ladies celup" uh sbbbbb koc yang kiri dan kanan tu tak PENUH dan SESAK pun. Grrrrrr..... atau pun dorg ada agenda tersendiri or mengambil kesempatan untuk mencuci mata dan apa apa saja lah... Arghhhh.. Lagipun dorg berdiri even ada tempat kosong pun. So what the motif dorg ada dalam "ladies coach" ??? 


Kalau ada akta boleh pukul or tampar orang tanpa dikenakan tindakan memang "ladies celup" tadi akan terima hadiah dari aku. Huh. 



Kesimpulannya.............. aku nak korang kalau kene situasi macam aku ni TOLONGLAH tegur mereka. Jangan jadi macam aku. Suruh ke koc lain.. Kalau penuh ?? Kalau penuh mesti ada solution lain kan...kan.... aku bukan apa yang untungnya "dorg" tu.. Kita pun kan dah sedia maklum dengan ladies ladies malaysia ni pelbagai bangsa dan dress up.. huhu so SEMOGA BERJAYA..





Nota Tangan: Bersama sama mempertahankan hak kita sebagai wanita. Hidup WaniTa. Lebih kepada wanita yang selalu menggunakan Komuter dan memilih untuk duduk di Ladies Coach.^_^



Enjoy Reading :)