31 December 2012

Welcome and Bubye

Bismillah....


Penghabisan untuk tahun.........................




Yang penuh dengan seribu satu macam rasa dan resepi...
Suka Duka Gembira Sakit Hati Hempedu Limpa semua ada..





Selamat Datang .......................




Semoga berlainan resepi dan rasa...


Nota tangan: Adanya tahun 2013 yang akan muncul tidak lama lagi membuktikan yang Allah Maha Pemurah memberi ruang dan masa untuk menambah ilmu lebih banyak lagi. InsyaAllah :) with u my dear.


Terima Kasih. :)


30 December 2012

Bahaya Wanita Jiwa Kacau...

Bismillah...


" Faith is taking the first step even when you don't see the whole staircase. " - Martin Luther King, Jr.



Aku bukan nak cakap pasal pepatah bahasa inggeris ni sebenarnya.. back to the main topic. Bahaya tak bahaya jugak la wanita yang jiwa tengah kacau atau jiwanya telah pun dikacau. ehhh bukan same ke


Penyakit jiwa kacau atau kacau jiwa ni boleh diubati degan bannyakan bertakafur, berfikir dan mendengar bisikan kebaikan yang boleh didapati di tempat tempat yang disediakan oleh-Nya untuk hamba hambanya mencari ketenangan.


Rasulullah S.A.W bersabda:

" Tidaklah sekumpulan orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca kitabullah dan mempelajarinya melainkan para malaikat akan mengelilingi mereka, ketenangan akan turun untuk mereka, kasih sayang akan liputi mereka dan Allah menyebut mereka di tengah para hamba yang berada di sisi-Nya. " ( Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud )


Memanfaatkan masa yang ada dengan perbuatan yang baik dan sebaik baik yang mungkin lah...


" Sesungguhnya kebaikan itu mencerahkan hati dan wajah, menenangkan perasaan dan merungkai kekacauan jiwa manusia. "





Enjoy your day :)



dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI 

terima kasih yoo.. :)


29 December 2012

Wish and Hope.

Bismillah....


Aku masih gagahkan diri juga walaupun aku rasa payah.  Sesungguhnya hanya aku dan Dia yang tahu. Aku masih mampu meneruskan sisa sisa ini walaupun aku rasa sukar.... sebab aku masih punya peluang itu. Terima Kasih.




Buatlah sesuatu itu mengikut kata hati dan akal warasmu serta dengan keizinan dariNya.
Kamu akan sentiasa dilindungi olehNya.


Sebak......

Aku tahu cita cita kau tinggi, setinggi angan angan aku.. kenapa aku ??? aku pun ada angan angan dan impian jugak... 
Memang setiap manusia punya angan angan dan juga impian tersendiri. Aku tidak menafikan. Cuma aku ingatkan usahalah untuk mencapai angan angan dan segala impianmu.. at the same time remind for myself too.


Kau punya kelebihan yang tiada pada orang lain (siblings). Tahniah untuk itu.


Aku doakan kau  dapat yang terbaik seperti yang kau impikan untuk SPM kau. (all A's).
Serta impian kau untuk belajar ke Luar Negara. aku pun tak tahu kenape kau nak sangat belajar kat sane padahal lam Malaysia berlambak je U.. 
kau jeles ke ?? ?
Aku jeles ?? Nope la.... Remember that.. we 3 young ladies in our family. hohoho


So sebelum air mata aku ni merembas keluar aku nak stopp n tolong ingat ape aku pesan ni....


Jika hendak yang terbaik USAHALAH.... tanpa usaha semua hanya SIA SIA dan angan angan dan impian kau juga hanya kata kata kosong untuk menceriakan hidup remaja kau.


aku pernah lalui apa yang kau lalui.. maksud aku umor la....bukan apa yang aku buat ko buat ...


Jadikan ia kenyataan yang akan memberikan KEPUASAN kepada diri kau sendiri dan sisa untuk keluarga kau bahagia dengan adanya anak macam kau. 
Kami hanya mampu tersenyum gembira punya anak macam kau.. tapi kejayaan dan kenikmatan itu hanya engkau sahaja yang rasai bukan kami.




Aku tidak pernah padam tulisan kau milik aku. Jadinya kau masih milik aku..
Aku tidak pernah anggap ia berakhir. Jadinya ia masih seperti dahulu... 
Setiap yang dilafazkan... tetap seperti dilafazkan... all that is four.


Biar masa, keadaan dan Dia yang menentukannya. peace. Teruskan dan penuhi kehidupan seharian dengan resepi yang sungguh menyelerakan.





Enjoy your day :)




dan jangan lupa klik like untuk page ni :) KLIK SINI

terima kasih yoo.. :)

28 December 2012

Untitled Story by E.H

Assalamualaikum...
Bismillah...
E.H. ?
Who ?
E.H. stand for Eina Hott.
Ok sejujurnya ku memang tak tahu mana datang gelaran tu kat dia. Serba sedikit pasal dia. 
17 tahun soon :)
SABDA.
5 tahun dia berdikari sendiri.
so maybe gelaran tu datang masa dia kat asrama. kottt......


Sometimes laptop aku jadi jugak hak milik dia walaupun tak lama. Siap dia ada warning jangan baca doc dia dalam lappy aku. Huh !
Ye sememangnya aku tahan dah lama sangat. Sampai satu tahap aku jadi tak tahan dan aku bukak.
That time aku baca tu dia ada dekat rumah dia cuti sekolah.. so aku dah tak kisah dia nak marah atau ape sekalipun.
Yeah aku tahu aku jadi tak jujur. Aku cuma nak tahu ape benda yang rahsia sangat tu.. tu je.. :(

 

Setelah diselongkar di belek dibaca ini yang aku jumpa...




Hope korang enjoy baca...
Aku nak korang Comment / Ulas sekali setiap kali lepas baca. Wajib. hahaha
Aku buat semua ni nak support dia untuk habiskan novel buatan dia ni.. Aku nampak macam menarik..... hehehe
Tolong ye .. ^_^


Ada tiga cerita.. Korang boleh klik link kat bawah ni...feel free to leave a comment for her..
maybe 1 day novel ni akan siap. Who know right ? :)

Cerita 1
Cerita 2
Cerita 3


Enjoy reading, with love S.A. :)



Maybe It Will Continue..............

Bismillah....



            “Sya, jom gerak Sunway Pyramid?” Nana mengajak Aleesya yang sedang menonton cerita Housefull. Aleesya buat tatau.
            Nana duduk di sebelah Aleesya. “Sya, jomlah. Teman aku. Umar takdalah.” Nana cuba memujuk.
            “Okaylah. Aku siap kejap.” Aleesya melangkah ke bilik. Bila Umar takda baru cari aku. Nasib baik aku sayang kau Nana.

            Keadaan  Mc Donalds sesak dengan orang ramai. Almaklumlah ni Sunway bukan kedai tepi jalan. Aleesya mengambil tempat yang agak tersorok. Manakala Nana pergi beratur dan membeli makanan.

            “Jadi Sya, apa jadi dekat rumah mertua kau?” Nana tersengih-sengih. Aku lepuk gak minah ni kang.
            “Tiada apa-apa yang terjadi pun.” Aleesya menjawab selamba. Malas nak layan. Kang lebih-lebih pulak.
            “Takkan tak da pape kut?” Nana menjungkit kening. Tak puas hati. Takkan takda perasaan kut Aleesya ni? Ammar tu sikit punya handsome, kaya, baik. Ape lagi yang tak cukup?
            “ Serious lah Na. Nothing happen.” Aleesya masih terus sambung dengan makanannya.
            “ Tapi kan Sya…..” bicara Nana terhenti. Matanya membulat. Gaya macam tengok hantu.
            “Woi, kau apahal?” Aleesya melambai-lambaikan tangannya di muka Nana.
            “ Tu.” Nana menundingkan jari ke belakang Aleesya. Aleesya menoleh. Ammar! ‘Apa pulak dia buat kat sini? Banyak-banyak tempat kenapa mesti jumpa kat sini? Alahai. Macam mana ni?
            “ Na, jom lah ‘chow’.” Aleesya berjalan menuju pintu keluar. Tapi, dia tetap perlu melalui Ammar dan kawannya.
            Nana yang terlebih mesra itu menegur Ammar. ‘Aduh Nana ni. Ni bukan masanya untuk beramah mesra.’ Aleesya hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan Ammar. ‘Na, jomlah blah. Jomlah’. Aleesya mencuit Nana perlahan menandakan: kita perlu beredar segera. ASAP. Nasib baik kawanku terchenta ini faham. Kalau tak aku hempuk je dengan beg aku yang mahal ni.
            “ Bye Ammar. See you again.” Nana meminta diri. Ammar memandang Aleesya dengan tajam. Aleesya terus menarik tangan Nana dan meninggalkan tempat itu.

********************************************************************************************************************************

Bunyi lagu ‘Count On Me’ mengganggu Aleesya yang sedang melayan novel ‘Yes, Boss’. Aleesya mencapai telefon. Mama!
            “Assalamualaikum, ma.” Aleesya memulakan bicara. Novel ditangan dicampak jauh-jauh. Mesti ada hal penting ni.
            “Waalaikumsalam, Sya. Minggu ni Sya balik rumah mama ya. Kan adik nak bertunang hujung minggu ni.” Mama straight tanpa kona-kona.
            Aleesya menepuk dahi. ‘Macam mana boleh lupa.’      “ Okay ma. Nanti Sya balik.”
            “Jangan pulak kamu balik sorang. Menantu mama tu jangan lupa. Kamu tu dah berlaki buat cara orang ada laki.” Mama memulakan bebelan. ‘ Aduhai bonda. Anakanda ingat.’ Bikin malu je. Nasib baik mama cakap dalam telefon.
            “ Ya ma. Nanti orang bagitahu Ammar. Don’t worry.” Aleesay mematikan telefon bimbit selepas memberi salam. Nak bagitahu husband aku yang terchenta tu lagi satu kerja.

*******************************************************************************************************************************

            Aleeya terus mendail nombor Ammar. ‘Please lah angkat. Urgent ni.’ Aleesya berjalan tak tentu arah di dalam biliknya. Kalau Nana nampak ni, mesti dia perli aku habis.
            “ Hah! Kau nak apa?” Tidak sempat Aleesya bersuara, Ammar terus mengajukannya soalan. ‘ Aduh dia ni. Cuba berlembut sikit dengan aku. Ni garang semedang.’
            “ Maaflah. Saya nak bagitahu awak yang hujung minggu ni adik saya nak bertunang. Jadi, mama suruh saya balik. Memandangkan awak suami saya, mama suruh saya angkut awak sekali.” Buat pertama kalinya Aleesya bercakap panjang lebar macam ni. Satu kemajuan. Pencapaian yang membanggakan.
            Ammar di talian senyap. Pandai jugak minah ni cakap panjang lebar. Mungkin sebab sekarang ni dalam phone, kalau tak sepatah, dua atau  tiga patah je.
            “ Okay. Aku amik kau pukul lapan. Kau tunggu je.” Ammar terus mematikan talian. Huh! Macam perempuan cina dalam cerita Boboiboy lah dia ni. Laju je nak lesap.

******************************************************************************************************************************

            Pagi-pagi lagi Ammar sudah terpacak di hadapan rumah sewa Aleesya dan Nana. Aleesya yang baru bangun tidur, cepat-cepat siap. Bila period datang, tu yang terlajak tidur . tak ingat dunia. Dia menyarung kan kemeja hitam dan jeans serta shawl yang dililit di kepala. Aleesya melangkah masuk ke dalam bilik Nana.

            “ Na, aku balik kampung tau. Dengan Ammar.” Aleesya memberitahu. Kang minah ni tercari-cari aku pulak. Nana hanya menjawab ‘HMM’. Gila kau Aleesya. Dengan orang tidur pun kau cakap. Ntah dia dengar ke tidak.
            ‘ Takpelah. Nanti sampai kampung aku call dia.’ Aleesya bergegas ke bawah. Beg baju di tepi tangga dicapai. Dan dia terus keluar dari rumah sewanya. Ammar yang sedang menanti disapanya.
            “ Awak. Sorry terlajak tidur.” Mesti mamat ni fikir bukan-bukan pasal aku. Jatuh saham aku macam ni.
            “hmm.” Hanya itu yang kedengaran. Ammar terus dengan pemanduan dan Aleesya taksub dengan kebisuan yang dicipta oleh Ammar. Kereta ‘lawa’ Ammar terus membelah lebuhraya.




Nota kaki: Ok ini yang terakhir.... hujung pangkal aku tak tahu... aku pelukan comment n sokongan korang untuk dia sambung lagi cerita yang tergantung macam tali gantung ni.. hahahh




Enjoy :)


             

Maybe Second.......

Bismillah....


Selepas makan dan berjalan-jalan berdua sahaja, Ammar terus memandu keretanya ke Putra Heights. Rumah ibu bapanya. Dan juga mertua Aleesya. Ammar hanya diam. Aleesya pula tidak berani bersuara. Kalau dengan orang lain bolehlah macam poyo je. Tapi dengan Ammar dia tidak boleh. Kang kena sebijik, buat sakit hati je.

            “ Hoi, bangunlah. Dah sampai.” Ammar mengejut Aleesya. Kasar. Ganas. Dia terus keluar dari kereta tanpa mempedulikan Aleesya yang terkulat-kulat.
            “ Ammar, tunggulah.” Aleesya menahan. Tapi, Ammar buat tatau je. ‘ Haih! Apa punya lakilah dia ni.’ kutuk Aleesya dalam hati. Aleesya bergegas keluar dari kereta Ammar yang ‘lawa’ ni. Tidak mahu pula mertuanya menantinya. Macam ‘princess’.
            “ Assalamualaikum.” Aleesya memberi salam. Dia terus bersalaman dengan mertuanya. Ammar terus menghilangkan diri. ‘ Mamat ni ingat dia biskut ke nak hilang-hilang macam ni. Huh!’
            “ Kamu berdua dari mana?” tanya Datin Aisyah. Datuk Farid hanya memandang dengan penuh minat.
            “ Oh. Tadi abang ajak keluar. Kami dari luarlah ni. Alang-alang tu kami datang sini sekalilah.” jawab Aleesya ramah.
            “ Jadi, kamu berdua tidur sini malam ni. Lagipun Sya takda kelas kan. Cuti kan? Kamu tinggal lah sini sementara cuti ni.” Datin Aisyah memberikan cadangan.
            “ Yalah Sya. Kamu tidur sini je.” Datuk Farid menyokong. ‘ Hailah, tidur sini maknanya satu bilik dengan Ammar. Kerja gila. Nana,  tolong aku!’ Aleesya menjerit dalam hati.
            “ Okay ma. Sya tidur sini. Sya naik atas dulu nak bagitahu abang.” Aleesya memberi kata setuju. 

Tidak sanggup untuk menghampakan ibu mertuanya yang sangat baik. Dia terus menghilangkan dirinya menuju ketingkat atas. Bilik Ammar.

*********************************************************************************************************************************

Aleesya menolak daun pintu perlahan-lahan. Terjingkit-jingkit untuk masuk bilik Ammar. Gaya macamlah  dia seorang pencuri. Nak curi apa dalam bilik ni? Hati Ammar? Haih!  Lagilah harapan.

            “ Kau buat apa masuk bilik aku ni?” satu suara mengejutkan Aleesya.
            “ Oh mak aku baik!” Aleesya melatah. Kuss semangat. Nasib baik aku ni sihat dan kuat. Aleesya memandang Ammar. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi gaya Ammar yang tidak mempedulikannya membuatkan apa yang mahu diperkatakan terbantut. ‘ Macam mana ni? Takut pulak aku dengan dia ni. Dengan orang lain okay je. Siap boleh wrestling-wrestling lagi.
            “ Eh. Takda apalah. Awak turun tau makan.” Aleesya terus berlalu. ‘ Matilah aku lepas ni. Makan hati punya lah.’

********************************************************************************************************************************

Suasana meja makan keluarga Datuk Farid sangat meriah. Tadi, anak sulung Datuk Farid dan Datin Aisyah, Kak Rina bersama anak-anaknya serta suaminya datang singgah. Hanya ingin melawat. Alang-alang, Datin Aisyah mengajak mereka untu makan malam disini.

            “ Rina, kamu bermalam disini ya?” Datin Aisyah mengajak. Tapi, Kak Rina menolak kerana ingin melawat ibu mertuanya.
            “ Okaylah. Takpe kalau macam tu. Ammar tidur sini, jadi mama ingat nak ajak Rina sekalilah.” Datin Aisyah memberitahu. Ammar memandangku tajam.        ‘ Kan aku dah kata. Mati.’ Aku bergegas ke dapur. Melarikan diri yang pasti.
            “ Weh. Apahal kau tak bagitahu aku?” terdengar suara Ammar dari belakang. ‘ Mana pulak mamat ni datang? Tadi elok dia duduk diam-diam kat depan.’
            “ Aku tanya jawablah. Aku tak suka lah kalau aku tanya tak da jawapan.” Ammar masih menanti jawapan. Dan mula mendekatkan dirinya ke arahku. Dan aku kegelisahan. Aku memandangnya.
            ‘Tadi saya nak bagitahu awak, tapi awak macam taknak layan je.’ Aleesya berkata dalam hati. Kang jawab macam tu naya je.
            “ Saya lupa.” Aku menjawab dua patah. Logik ke jawapan tu? Hah! Tak kisah.
            “ Lupa? Awak ni comellah.” Ammar berlalu meninggalkan Aleesya yang kekeliruan. Putus fius ke apa mamat ni? Apa kena-mengena jawapan aku dengan comel? Tersangatlah berbeza.

           
 Continue........




Nota tangan: Ni mungkin yang kedua kot... hoho plez feel free drop a few comments down there n give support to her... thanks so much... with love.





Enjoy :)



Beginning Maybe.......


 Bismillah...


Aleesya mundar-mandir di hadapan rumahnya sendiri. Kelibat orang yang dinanti tidak kelihatan. Haish, kemalangan ke mamat ni? Ya Allah, mintak dijauhkan. Aleesya. Aleesya. Ada ke patut doakan orang macam tu. Cuba berfikiran positif. Tarik nafas. Hembus nafas. Tenang. Relaks. Aleesya mendail nombor Ammar. Huh! Tak angkat. Menempah maut betullah mamat ni.

            “ Sya, Ammar tak sampai lagi ke?” prihatin Nana bertanya. Sebenarnya sakit mata tengok anak dara sorang ni dok mundar-mandir depan mata. Rimas. Tak reti nak dok diam.
            “Belum. Tengoklah mamat ni. Ni mesti mummy dia yang paksa. Kalau tak takda maknanya dia buat plan macam ni. Pelik.” Aleesya mula membebel. Dah kenal sangat dengan perangai Ammar yang satu ni.
            “ Sya, cuba kau duduk kat sofa ni. Beli mahal-mahal tapi nak juga berjalan kehulu-kehilir. Relaks. Nanti sampai jugak mamat tu depan rumah kita ni.” Nana cuba menyedapkan hati Aleesya. Dan juga mencuba mengurangkan prasangka Aleesya terhadap Ammar.

            Aleesya duduk di hadapan Nana. Masih sabar menanti. Sepatutnya dia keluar ‘date’ dengan Ammar lima belas minit yang lalu. A least, kalau lambat seminit, dua minit tak kisah lah jugak. Nanti kau Ammar.

            “So Sya, Ammar nak bawak kau ‘date’ kat mana ?” Nana tersengih-sengih. Dia juga seperti Aleesya yang terkejut apabila Ammar kata nak bawak Aleesya keluar. Dia tahu hubungan Aleesya dan Ammar macam mana. Sorang keras kepala. Sorang lagi ego melangit.
            “ Cik Nana sayang, this is not a date. Macam lah kau tak tahu Ammar tu.” Aleesya menafikan. Dia tahu kalau bukan kerana Datin Aisyah, Ammar tak mungkin akan membawanya keluar sampai bila-bila.
            Dalam asyik bersembang, sempat juga Aleesya menyediakan Nescafe  untuknya dan Nana. Lima belas minit tambah lima belas minit = tiga puluh minit. Okay. Aku ‘fed up’ dengan mamat ni.

**********************************************************************************************************************************

            Bunyi kenderaan dihadapan rumah sewa Aleesya membantutkan ‘perbincangan’ yang sedang berlangsung. Aleesya mengintai. Oh no, Ammar!
            “ Nana, Ammar dah sampai. Jadi, aku ‘chow’ dulu. Jangan rindu aku tau” Aleesya mengenyitkan mata.
            “Euw, siapa kau untuk aku rindu. Baik aku rindu Umar.” Nana menjelirkan lidah.
            “ Anyway, kau hati-hati ye. Berlembut sikit dengan Ammar tu.” Nana cuba memberikan nasihat.
            “I’ll try.” Aleesya menjawab dua patah. Dia keluar pantas. Karang ‘singa jantan’ mengamuk satu hal pulak.

**********************************************************************************************************************************

“Assalamualaikum.” Aleesya memberi salam memandangkan Ammar sibuk mengadap jalan dengan telefon bimbit di tangan. Benda alah tu lagi penting daripada aku ke? Huh!

            Ammar berpaling. Dia cuma menjawab dalam hati. Ammar memandang Aleesya atas bawah. Kemeja purple bunga-bunga, jeans dan shawl yang dililit dengan kemas menambahkan kecantikkan Aleesya. Memang tak dinafikan pun. Patutlah mamanya berkenan. Dia? Entah.

            “ Sorry aku lambat. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.” Ammar memberi alasan. Sebenarnya,  beria-ia Karina mengajaknya keluar. Terpaksa lah diturutkan walaupun dia sudah membuat ‘plan’ dengan Aleesya.
            “ Oh, it’s okay.” Aleesya menjawab perlahan. Tahulah aku ni siapa, tapi ‘appreciate’ lah aku sikit.
            “ Mummy kirim salam. Malam ni kita singgah sana. Sekarang ni kita pergi jalan-jalan.” Aleesya terkejut. Jalan-jalan dengan Ammar. Berdua? Wah! Tidak kusangka.
            “ Saya ikut awak je.” Aleesya menurut. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Keluar dengan mamat ‘handsome’ ni. Kereta Ammar meluncur laju meninggalkan rumah sewa Aleesya.      



continue............


Nota kaki: sebenarnya aku tak tahu mane mula mana akhir... nak mintak tolong bagi komen dan support untuk dia sambung balik cerita dia je..



Enjoy :)


26 December 2012

A story of : Invasi

Assalamualaikum...
Bismillah...
 
 
Aku amik masa sehari untuk habis kan novel ni. Yeahh I did it. Congrats to myself. ^_^
 I like it. But not suitable for kanak kanak dan remaja. hahaha ni untuk orang dewasa je 18 and above. 
 
 
 

Aku terlalu berimaginasi baca novel ni sampaikan aku rasa macam ada alien je sekitar aku. hohoho
Sampaikan rumah aku always kunci. Bila ada orang hon atau dengar suara or bunyi je aku akan intai dulu kat tingkap. When i saw a right person baru aku suruh adik aku bukak pintu.LOL


Ni semua kerana INVASI.
Ni semua kerana aku dan adik adik aku je ada kat rumah dari pukul 6.00 pagi sampai malam. Kadang kadang sampai pagi. Limit at 2 a.m.


Ok cukup cerita pasal aku. Jom kita berimaginasi bersama novel keluaran FIXI yang ditulis oleh Raja Faisal.


Sinopsis:

Ahmad Bayani- jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan - tak sangka dunianya boleh hancur sekelip mata.

Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnahka dan membunuh tanpa belas.

Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.

Bayani juga berdepan semula dengan kisah silamnya: ibunya yang telah lama hilang, kekasih yang terhalang. 

Hari INVASI bermula, dan nasib manusia berubah selamanya.

______________________________________________________________________________

Sangat menarik. Walaupun bahasa yang digunakan agak kasar. A lot of moral value in this book.
Tak rugi kalau beli dan faham apa yang cuba di sampaikan walaupun ianya hanya fantasi semata mata.



Nota tangan: Family isn't about whose blood you have. it's about who you care about. - Trey Parker & Matt Stone.


22 December 2012

Aku, Kau, Dia

 Bismillah...
 
 
Kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan seseorang,
ALLAH ambil dia daripada kita, ALLAH jarakkan kita dengan dia,
untuk uji kita . .

Ye memang rasa teruji. 
 
 
 
 
MASIHKAH kita sayang pada yang Mengurniakan Rasa Sayang itu??
MASIHKAH kita sayang pada yang Menganugerahkan Rasa Sayang itu??
Dan MASIHKAH kita percaya pada aturan DIA??

Untuk sedarkan kita, bahawa ada DIA yang perlu Lebih kita sayangi daripada segala-galanya. .

Dan kadang-kadang, ALLAH ambil juga kembali orang-orang yang Tidak Kita Hargai, saat ALLAH jarakkan kita, 
 
Lalu timbul rasa Rindu dan Menyesal. .

 
Itu bukan untuk menghukum kita, tetapi untuk memberi pengajaran, bahawa apabila kita tak mahu Menyayangi mereka,

ALLAH akan Mengambil mereka untuk disayangi Lebih daripada yang mahu kita lakukan . .
 
 
 
Enjoy Reading :)